Thursday, July 28, 2011

kek lapis



Assalamualaikum

Resepi kek lapis ni dpt drpd kawan sekolah masa kecik2 dulu. Mintak izin tepek kt sini ya..sedap, sayang pulak klu x disimpan resepi ni. Buat setengah adunan pun dah dpt 1 loyang ..6 x 6. Klu nk setengah adunan bahagi dua ya quantiti bhn tu.

Bahan

2 1/2 cawan biskut marie - kisar
1 cawan gula - aku guna 3/4 je
5 telur
1 buku butter
3/4 cawan susu pekat manis
esen vanila
pewarna
asam duit2/ sebarang jem


Cara

Pukul butter hingga kembang dan ketepikan dulu

Pukul telur dgn gula hingga kembang dan campurkan butter td, masukkan susu dan esen vanila sambil terus pukul. Akhir sekali masukkan biskut marie yg dah dikisar halus..kacau sebati. Bahagikan 2 bahagian dan warnakan.

Kukus selapis ( eloknya sukat guna seduk barulah ketinggian lapisan tu sama je )...bila lapisan dah kering ( lbh kurang 4 minit)..sapu jem atau susun asam duit2, tambah lg selapis warna lain..buat sampai habis. Utk yg lapisan terakhir tutup loyang dgn aluminium foil supaya wap x jatuh atas kuih. Kukus 45 minit.


asam duit2 x de, buh coklat chip je

x larat nk melapis lg..bakar je..sedap jugak..anak2 suka

Wednesday, July 27, 2011

Kelas renang

Assalamualaikum.

Hari ni nk kongsi pengalaman tentang kelas renang anak2ku. Cuti summer yg lps aku hantar 3 org anak pompuanku ke kelas renang..si abg x nk ikut..sbb sayang nk tinggal game dia. Rupa2nya x susah nk  berenang ni ya..( budak2 je lah..mak budak (aku) dah kaku..susah sikit..org lain boleh kot). Hari pertama selepas 15 minit pertama terus boleh berenang. Aku sungguh gembira sbb aku ni fobia air jadi rasa teruja, seronok sgt2. sekurang2nya x lah mereka ikut mamanya ni yang semua takut nk buat, semua x reti. Naik basikal x reti, motor apatah lg..berenang x pandai, rasa ruginya x belajar masa kecik2 dulu. Nasib baik boleh bawa kereta..klu x....

Kelas renang ni cuma 10 sesi je..bayaran pun murah ..utk sorang lbh kurang 200 hinggit, tptnya pulak depan umah..10 tapak je dr umah aku..klu kt tpt aku.Jln 4 tu mungkin aku x dpt peluang cam ni...mesti kena antar n amik, jauh pulak tu, kena tunggu depa..eee...x kuasa.

Habis 10 sesi tu, mereka dah boleh kuasai teknik terjunan, gaya bebas, kuak kupu2, apa lg gaya aku pun x ingat. Si Izah yg 7 thn pun dah teror berenang mcm kakak dia jugak n berani pergi bhg dewasa yg dlm 7 kaki tu, boleh dia gawang2 timbul kt situ aku risau je wpun bapak dia ada kt sebelah. ..klu dulu cuma pandai berenang katak cara2 dia lah..Alhamdulillah..syukur sangat2.

Monday, July 25, 2011

Kelas batal

Hari ini selasa, 26 julai..kelas anak2 dibatalkan..baru je g kolah..dah nk kena amik smla. Ada typoon Juaning katanya..hujan dah mula turun dr mlm td ni..selalunya klu ada typoon mau 3..4 .ari hujan x renti. 3..4 ari gak lah aku x basuh..x suka basuh masa hujan cam ni..kain baju bau masam..Tp kain batik aku dah habis ni. bawa g sini 4 lai je..bawa yg baru2..setelah 2 thn..1 lai dah koyak..tinggal 3 je. Kt Manila ni x de jual kain batik...aku suka berkain batik sbb selesa...terpaksalah pakai suar klu cam ni..huhu

Pagi td bagun kul 4.30, lps solat subuh, masak nasi utk bekal diaorg..lauknya isi ayam masak kicap campur kentang. Isi ayam je sbb senang diaorg nk mkn kt kolah nnti. Sempat lg buat roti kentang..utk bf..panas2 sedap bangat. Buat 300 g tepung , dpt 20 biji. Wah... dah makan nasi, makan roti x jd kolah pulak..Tu bekal nasinya..4..4 org akan bukak makan kt umah pulak..abg seronok la tu..x kolah..leh main game..Yg 3 anak dara tu mesti ajak g Mega Mall beli cepit rambut..dr td mlm dah rengek2..

Inilah pengalaman hidup di tempat orang, mudahan2 x jumpa di Msia..selang 2 minggu mesti ada typoon..tp x lah seteruk hujung thn 2009 sampai banjir. Masa tu suami baru dtg ke sini. KuasaNya tiada siapa boleh menghalang..Subhanallah..

Calzone Ala Turki



Assalamualaikum
 Amik resepi ni drpd blog nOOrsha, http://noorsha.blogspot.com/2011/07/calzone-ala-turki..terima kasih n mintak izin share kt sini plak. Pertama kali nmpk je terus berkenan, lps 2..3 ari baru buat, x lena tido selagi x buat roti ni. Semua keluargaku suka..dan yg penting akan jadi menu utk hidangan sahur Ramadhan kali ini. Klu nk tau semua ahlil keluargaku x berapa lalu makan nasi masa sahur, jadi kami hanya makan menu yg ringan2 mcm  ni lah. Putar ligat kepala maknya ni mikir nk masak apa..klu nk mkn nasi x pe..senang cerita. Yang tengah belajar posa pun x nk mkn nasi jugak. Klu kt Msia ada byk pilihan..selalunya anak2 akan makan roti canai segera yg dibalut sosej buh sos n mayonis, roti pita yg aku buh inti daging burger cincang. Tp kt Manila ni, roti pita x jumpa lg, roti canai segera pun x de..sosej , burger pun x berani nk beli. Tak ke fenin kepala maknya tuu..Ok jom tgk resepinya, ubah sikit2 ikut apa yg ada di dapur..

Bahan doh

300 g tepung high protin
2 sudu kecil yis
2 sudu besar shortening
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil softener
1 sudu kecil garam
1 sudu besar mayonis

Bahan inti

200 g daging cincang
1 labu bawang besar- dadu
1 ulas bawang putih - cincang
sos cili, sos tomato (aku guna yg ready made je..yg tuk buat spageti tu)
2 biji tomato- dadu
secubit rosemary
sedikit lada hitam
sedikit serbuk oregano
garam
gula

Cara

Utk doh roti..masuk semua dlm Bm..tekan on, aku uli 15 minit je..tunggu naik 1 kali ganda, pas tu tumbuk2 buang semua angin..dan bahagi kpd 4.

Utuk inti pulak..tumis bawang, masukkan daging, bila daging dah masak, buh sos dan perasa..masak hingga kuah pekat.

Leperkan doh td..saiz lbh kurang besar pinggan makan, sapu putih telur, bentangkan salad, buh inti atas salad, tabur bawang besar hiris, sedikit lada jalapeno, tabur cheese mozarela di sebelah bahagian dan katup dgn bhg sebelah lg satu..macam buat karipap..kelim utk cantumkan dia. Sapu pulak kuning telur yg dah dicampur dgn sedikit pewarna kuning. Biarkan lbh kurang 10 minit..agak2 roti ni dah kembang..bakar dlm oven 20 minit api 180 .Sblm masuk oven..gunting sikit badan dia.. Nk lbh faham tgk gambo kt bawah ni..

bubuh inti n cheese

sapu kuning telur dan gunting sblm bako. akk kelim x lawa lgsung..abaikan ya..tangan keras..

baru kuar oven

SEDAP...



award.~! :)





  Aku terima award drpd http://ovenkecil.blogspot.com/ :). terima kasih banyak2 ya Naz. Ini award yg pertama. Tak sangka ada gak org yg sudi bg award, maklumlah umur Sumber Ilhamku ni pun x sampai setahun jagung..masih merangkak2 lg..Punyalah excited nk amik award ni.. bawa bakul bagai..dah sampai kt umah Naz..jolok2 x jatuh2..adooii aii lawak sungguh aku ni..x tau cam mana nk amiknya...hihi.. malu kt org je..tp x pe, ini pengalaman pertama..



Sunday, July 24, 2011

up side down pizza


Assalamualaikum

Resepi ni belajar dr Izah muffin lover , http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/upside-down-pizza.htm   .Anak2 suka makan jenis masakkan yg cam ni..buatnya pun mudah jugak.Aku start buat kul 5 pg..termasuk masak fillingnya sekali n kuar oven kul 6 pg..sempat buat bf diaorg sblm g kolah. Cepat kan..Terima kasih Izah.

Bahan  (filling)

Boleh guna isi ayam @ daging kisar. Aku guna daging kisar je. Masak je..tumis dgn bawang merah, bawang putin, buh lada hitam, rosemary sikit, oregano, sos tomato, sos cili, garam, gula..aku guna sos ready made yg tuk buat spagethi tu. Yg suka boleh tmbah sayuran yg sesuai.

Adunan Beter

2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu teh garam

Blend je suma bhn ni.

cara

Tuang filing dlm bekas tahan panas, pas tu taburkan parutan cheese mozarela, tuang pula beter di atasnya Masukkan dlm oven 180 drjh selama 25 minit. Aku tabur lg cheese n masuk smla dlm oven slama 2 minit.

tabur mozarela cheese atas filling
tuang beter
tabur lg cheese atas adunan yg dah masak
msukkan oven  smla 2 minit utk cairkan cheese
hasilnya..sedap...

Jus Pegaga

Assalamualaikum.
Rezeki aku menyewa di rumah ini dpt pokok pegaga sekali. Pokok pegaga kt sini elok tumbuh melata masa musim panas..bila dtg musim hujan..daunnya jd mcm berkurap plak. Terbalik kot..kt tpt kita bila musim hujan baru dia naik elok kan...apa2 je lah..Sebenarnya org sini x tau pun ttg pokok ni apatah lg khasiatnya. Kuasa Allah..mcm mana pokok ni boleh melata plak kt halaman umah aku..

Makan pegaga ni bagus tau terutama utk org perempuan lps bersalin..boleh mengecutkan rahim. Utk org yg x bersalin plak boleh gak makan, kulit akan cantik berseri2..awet muda. Bentuk daunnya yg seperti bentuk otak manusia boleh meningkatkan kecerdasan..sesuai juga utk anak2. Tapi diaorg x mau minum sbb baunya. Untuk hilangkan bau maung daun pegaga ni perahkan sedikit lemon..

Bahan

secekak daun pegaga - bersihkan
sedikit madu/ gula batu/gula pasir
sedikit perahan lemon

Cara

Blend pegaga, tapis dan campurkan bhn lain..sejukkan..

tumbuh sekelompok di laman dpn umah



blkg umah..

Nasi lemak


Assalamualaikum

Seminggu sekali mesti masak nasi lemak, bukan ketagih tp malas nk fikir menu lain. Anak2 ni tau.. ikan x mau, sayur x makan, yg dia tau nk lauk ayammm je.Kalau offer telur pun suka lah sangat. Kt sini saangatlah susah nk beli ayam..bkn mcm kt jln 4, stok abis je lari g kedai blkg..dpt ayam. Kt sini 2 minggu sekali baru g beli ayam sbb jauh kt sanun..sekali g beli 6 ekor ayam, 2 kilo daging 1 kilo daging kisar ...jenuh aku menyiangnya...stok utk 2 minggu. Habis lauk ni.kena.makan ikan..TERPAKSA..mak n paknya kena cubit2kan utk 4 org anak yg dah beso2..x leh ada kulit sikitpun..kalau termakan sikit pun dia rasa loya nk termuntah..ikut perangai sapa entah..aku suka je..tulang je aku x makan.

Nasi lemak ni ikut cara masak belah mertuaku, suamiku yg mengajonya..sbb mak dia masak macam ni masa dia kecik2 dulu. Layan je lah..

Bahan

beras ..suka hati berapa pot pun
santan kelapa
bawang kecil - hiris
halia - ketuk/hiris
sedikit halba
daun pandan
garam

Cara

Bersihkan beras, tuangkan santan mengikut sukatan yg biasa anda guna, masukkan hirisan bawang, halia, halba, daun pandan yg disimpul dan garam secukup rasa.

Kelainannya di sini ialah penggunaan halba. Bukan halba campur tau..halba campur tu utk masak kari. Beli kt kedai mamak atau india. Bijian kecil warna kuning keorenan..Klu nk lbh aroma titikkan serai..aku x buh sbb pokok serai aku segan nk hidup pasai hari2 aku dah kerjakan..x sempat rimbun..


Roti Yogurt




Assalamualaikum

Nampak roti ni di blog http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/roti-kismisyogurt.html.. Teruja utk mencuba jugak dan hasilnya membanggakan Roti yg sangat lembut sama mcm roti kentang dan roti labu yg dah buat hari tu. Aku buat 300 gram je dan dpt 20 biji sedang elok utk keluargaku.  Me kasih Izah sbb kongsi resepi.

Bahan

1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1 sudunkecil garam
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil softener
2 sudu besar shortening
125 g yogurt
3 sudu besar air suam ( jika perlu)
300 gram tepung high protin
2 sudu kecil yis kering

Cara

Masukkan semua bhn mengikut urutan dlm BM..dan on.Sesekali jengah klu perlu masukkan air, klu dah elok adunan x yah...sbb aku guna yogurt tu sampai 125 gram, klu ikut resepi asal cuma 50 gram je..mls nk simpan baki sikit2..

Yg uli manual pun boleh cuma uli macam biasa..

Aku uli hingga sebati je x lama sangat, biarkan doh naik 1 kali ganda ( lbh kurang 1 jam) (letakkan doh di tempat hangat supaya adunan cepat naik). Sementara tu buat kerja lain.jgn tunggu dpn tu nnti dia segan nk naik..

Jika adunan dah kembang.tumbuk doh utk kuarkan angin, lps tu terus bentukkan..aku buat 20 biji. Dah siap bentukkan tunggu lg sampai dia naik lg 1 kali ganda..sapu susu manis tabur gula dan bakar190 darjah 14 minit.



Seri Muka

Assalamualaikum,

Buat kuih ni utk bekal suami 'menebas' bersama dgn kwn2nya drpd Palau dan Pakistan. Kawan2 dia ni suka makan kuih muih Msia. Tiap minggu mesti kena pikir menu utk bekal diaorg ni..
Saja aku masak pulut ni lebih sikit, pagi makan dgn serunding dan belah petangnya buat kuih seri muka.biar hangin satu badan.

Bahan (utk bhg bawah)

pulut (rendam 1 mlm)
santan
garam

Pada aku kukus lbh senang, bubuh pulut dlm loyang, buh santan (separas pulut je), dan garam, kacau sikit bg garam tu larut dan kukus lbh kurang 1/2 jam. Biasanya bhg pulut ni buat nipis je..sbb anak2 aku nilah mkn yg atas je..so nk sukatnya.masa rendam tu guna loyang yg sama, dr sini leh la kita dpt agak ketinggian pulut tu..nk tinggi takat suku loyang ke.setengaah loyang ke.ikut masing2.

Bahan (utk bhg atas)

1 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan santan dan jus pandan (blend sekali)
3/4 cawan gula
1 biji telur
garam secubit

Masukkan semua bhn dlm blender dan blend hingga sebati, tuang atas pulut yg dah siap kukus tadi ,jgn lupa tekan dan padatkan dlm loyang dulu. Kukus semula 40 minit. Aku guna loyang 6 kali 6 inci...ngam2 je..



loyang tu lapik dulu dgn aluminium foil supaya senang nk potong dan kuarkan

Pulut serunding



Assalaamualaikum

Mula 2 nk buat pulut inti..tgk2 gula merah habis la plak, gula kabung ada 1 ketul lg tp sayng nk guna. Tak de kt sini tuu.aku bawa dr Msia, esok2 nk guna utk buat kuih buah melaka, Husna suka. Jadiknya ubah haluan..buat serunding maka jadilah pulut serunding. Aku dgn suami je yg makan pulut serunding ni...anak bujang makan dgn nasi konon2nya nasi ambeng...

Bahan

pulut
santan
garam

Kukus  pulut yg dah direndam 1 mlm. Perahkan santan agak2 paras pulut dan buh garam. Lbh kurang 15 minit lps kukus..tgk pulut klu nk... boleh buh sikit lg pati santan, gaul2 guna senduk pas tu kukus smla lbh kurang 20 minit lg.

Bahan serunding kelapa

1/2 biji kelapa parut
5 tangkai lada kering- kisar
2 batang serai- kisar
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan - kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar udang kering- kisar
3 ulas bawang merah -kisar
1 ulas bawang putih - kisar
garam
gula

Cara

tumis bahan kisar sampai naik minyak, masukkan serbuk kari, ketumbar, jintan, kunyit, kacau sebati akhir sekali masukkan kelapa. Kacau terus dgn api kecil hingga kelapa agak ringan dan kering.


Monday, July 18, 2011

tepung gomak

Assalamualaikum..2..3..ari ni x berapa sihat..demam jangkit dr anak2. Tp klu x buat kuih/kek/ yg sewaktu dgnnya hidup ni rasa x sempurna..gatal je tangan. Pada hal budak2 ni bknnya makan sgt klu kuih manis2 cam ni. X kira buat jugak..nk bg kt pembantu peribadi ari ni yg tulun kemas umah n suami dia yg benonya pemandu kami tp merangkap body guard, tukang kebun..apa saja arahan dr kami dia akan jawab..yess sirr..sangat baik orgnya, alhamdulillah Allah telah permudahkan urusan saya di sini..smlm dia jugak teman anak2ku tgk konsert yg x berapa konsert David Archuleta (promosi album benonya). Tak kuasa kami nk g..

Kuih ni kuih org dulu2..buatnya senang, x payah sukat2..bau harum kacang hijau yg disangai tu buat aku teringat2..

Bahan

tepung pulut
air
garam secubit

inti - kelapa/ kacang merah
1 gengam kecil kacang hijau, goreng tanpa minyak dan kisar kering.



Didihkan air dlm periuk, Uli bhn di atas hingga jd doh..ambil secubit ..leperkan n buh inti di tengah n tutup smla dan tekan biar dia leper sedikit..masukkan dlm periuk yg dah mendidih airnya. kuih akan masak jika ia timbul di permukaan. Tos dan golekkan atas kacang hijau yg dah kita blend..

Utk inti kelapa..masukkan lbh kurang 1/2 cwn air, 1 helai daun pandan yg disimpul, secubit garam an gula merah. Masak hingga gula larut, pas tu masukkan kelapa..seeloknya guna kelapa yg agak muda. Kacau terus hingga inti ni agak kering, masukkan 2 sudu kecil tepung gandum kacau sebati. Tepung ni akan buat inti kita x berderai, elok je bersatu. Masak inti ni amik masa 20 minit je lbh kurang, bkn mcm buat serunding tau agak sebati je tutp api, kecuali klu nk buat byk n simpan lama.

kacang hijau yg dah di sangai dan dikisar

aku dgn suami je yg makan

rupa mmg x cantik..sbb tu namanya tepung gomak..kecik2 dulu sapa yg pakai bedak putih melepak..kwn2 akan ejek..pakai bedak cam tepung gomak..cam ni lah rupa..tepung gomak..


Pizza




Assalamualaikum..Smlm tgh uli2 tepung si Izzah mintak piza.. So niat tu nk buat roti kacang hitam je, tp ubah haluan sikit sbb permintaan anak bongsuku. Doh pun serupa jd x de lah masalah..

Bahan doh

sama mcm resepi roti kacang merah
Basenya bakar 1/2 masak ..

Bahan topping

Isi ayam - cincang
4 biji tomato - blend
4 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang - dadu
serbuk oregano
sedikit rosemary
lada hitam
mayonis
Cheese mozarela

Cara

Tumis bwg merah n putih hingga naik bau, masukkan ayam, kacau2 jap, masukkan tomato dan semua jenis sos dan bahan perasa.

ratakan mayonis kt permukaan base piza, kemudian bubuh sos yg dimasak td, tabur mozarela cheese..masukkan oven lbh kurang 5 minit..(x perlu lama sbb bhn2 yg aku guna semua dah masak)


bhg yg tabur bawang dgn lada capsicum tu utk mak n bapaknya..anak x mau..
Selang sehari buat lg..utk bawa bekal g kolah plak..so buat bulat2..roti dgn inti buat mlm..pagi2 tinggal buh atas roti dan masuk oven jap je..kali ni buat sos ikut cara http://jommakan-saadi.blogspot.com/2011/07/mini-pizza-seafood-fresh-from-oven.html ..tq..buah fikirannya..

yg ni tuk suami tambah bawang n lada capsicum

anak2 punya x de sayur...huhu napalah anaku x mkn sayur..jenuh pujuk..

buh toping, parutkan cheese..bako jap..

Roti kacang merah

Assalamualaikum..smlm buat roti lg tp guna inti kacang merah. Inti kacang merah ni pun buat sndri bkn sbb rajin sangat tp sbb x de kt sini. beli masa awal2 sampai kt manila ni, masa tu buat separuh..skrg ni menghabiskan bakilah kononnya..dah nk balik msia dah pun...nasib baik x tumbuh dlm almari tu. Suami plak terbeli tepung whole wheat ..hantam saja lah..

Bahan

200 ml air suam kuku
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil softener
2 sudu besar butter/shortening
500 g tepung high protin
2 1/2 sudu kecil yis

Cara

Yg guna BM masukkan bhn ikut susunan n tekan on. Mcm biasa..siap uli..rehatkan doh..tunggu dia naik 2 kali ganda..pas tu tumbuk doh kuarkan angin..bentukkan plak..tunggu naik lg..baru bakar. Kuar oven..sapu butter kasi kilat baru mengancam..


Pasta carbonara



Assalamualaikum..Menu ni kegemaran anak2 sbb x byk sayur dan mewah dgn rasa cheese. Maknya pun suka jugak masak menu ni sbb senang sgt, time2 malas menu nilah yg akan jd pilihan.

Bahan

1 tin sup cendawan dlm tin
1 tin air
1/2 tin susu cair
10 ekor udang
parutan cheese
serbuk oregano
lada hitam
garam
sedikit rosemary
2 sudu besar mayonis
lada benggala
tomato dadu
250 g pasta penne (rebus)

Cara

Masukkan sup cendawan  dan 1 tin air dlm periuk dan..didihkan.Dah didih masukkan susu dan semua bhn lain (kecuali mayonis), dah didih masukkan pasta penne, kacau2 kejap je n sesuaikan kuantiti kuah..agak2 menyalut pasta je..tutup api masukkan mayonis..gaul rata. Lps tb bubuh pasta dlm bekas tahan panas, parut kan cheese atasnya masuk dlm oven lbh kurang 10 minit @ hingga cheese cair. ..Utk kita ibu2 n bapak2, lbh sedap taburkan hirisan cili api..


parutkan mozarela cheese

masukkan oven smla utk cairkan cheese

SIAP..

Sunday, July 10, 2011

kek kastard

Assalaamualaikum..kek ni lain dari yg lain..aku suka sgt, anakku amira pun suka..dia melalak bila bagun pg..kek ni dah lesap ...bapak dia bawa  bekal main gof n jamu skali kwn2 dia. So aku buat lg..tp senang je..no hal..Saya amik resepi drpd 1001 resepi..terima kasih byk2. kek yg sangat gebu ...sedapnya..

Bahan

125 g butter
1/4 cawan gula
1 telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

Cara
pukul kembang butter dgn gula, masukkan telur,pukul lg.. masukkan plak 2 jenis tepung ni (yg dah diayak bersama)

bahan kastard

1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar gula
2/3 cawan susu
15 g butter
2 sudu teh vanilla

Cara
 Satukan semua bhn kecuali butter, bancuh dgn susu n masak hingga pekat, bubuh butter.

Ratakan adunan kek dlm loyang atau..dlm cup pun boleh., bubuh separuh je adunan, pas tu buh fillingnya ..custard yg kita masak td..pas tu buh lagi adunan yg baki td...Bakar 180 selama 30 minit..

bubuh separuh adunan kek
bubuh plak kastard
bubuh lg adunan kek
hasilnya..
Powered By Blogger