Monday, October 3, 2011

Asam pedas johor

 Assalamualaikum

Dari sehari ke sehari nak menaip, tak jadi2. Hari ni curi masa sikit. Asam pedas ni menu yg tak boleh tinggal, dah sebati maklum sejak dara sunti lg dah pandai masak lauk ni..org Johor lah katakan..

Bahan

sebarang ikan - bersihkan, lumur kunyit
5 batang kacang bendir
2 biji tomato belah 2.
1 kuntum bunga kantan
beberapa tangkai daun kesom
1 batang serai - ketuk
3 ulas bawang merah *
1ulas bawang putih *
sedikit halia *
sedikit belacan *
lada kering- rendam- kisar *
air asam jawa
garam
sedikit minyak utk menumis





Cara
 Kisar bhn bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bhn kisar bersama serai hingga naik minyak. masukkan ikan, biar seminit dua, masukkan air sbg kuah secukupnya..agak2 nak mendidih masukkan kacang bendir yg dipotong dua, tomato, bunga kantan, daun kesom, air asam dan garam. Sesuaikan rasa. Tutup api jika dah mendidih dan sayur dah masak.

warna kuah kita ni x cantik sbb lada kering yg ada kt umah ni warnanya gelap sgt..yg bawa drpd Msia ari tu dah lama habis. tak de rotan akarpun berguna.