Friday, December 16, 2011

Garlic Bread


Assalamualaikum..

mencuba roti ni pulak ..drpd dapur Ita Masam Manis. Roti ni juga tak menggunakan dough improver n dough softener, juga tanpa telur..tapi tetap lembut..Terus kpd bahan2 ya..x sempat ni kejar masa nk pack barang..

Bahan

3 cawan tepung roti
1 cwn air suam kuku - aku ganti dgn susu penuh krim
1 sb yeast
2 sb gula
extra virgin olive oil - aku ganti dgn butter
1 sk garam

Cara

Aku campur semua bhn n on Bm. Bila dah jd doh tunggu hingga doh naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh n bentukkan.
 Bahagikan doh kpd 2 yg sama besar. Canai doh menjadi btk 4 segi, sapukan garlic spread dan gulung, slps tu potong 4. Susun dlm loyang. Tunggu naik lg baru bakar selama 30 minit dgn api 170'.

Garlic spread
50 gram salted butter
3 ulas bawang putih - cincang halus
sedikit daun ketumbar- cincang

Campurkan semua bhn..






Cinnamon Pull Apart Bread

Assalamualaikum.


Assalamualaikum.

Aku mmg suka mencuba resepi roti yg baru. Ketika meneliti resepi garlic bread Ita Masam Manis, terjumpa pulak resepi roti ni di blog Nor Secubit Garam. Ptg tu juga terus buat sbb teruja membaca ayat2 'hasutan' nor. Roti ni walaupun tanpa shortening, water roux, softener dan dough improver hasilnya sangat mengkagumkan. Roti yg sangat lembut, x rugi mencuba.

Sengaja buat 2 jenis bentuk. 1 aku roll kan dan satu lg ikut bentuk asal. Seronok juga makan roti bentuk asal yg bertimpa2 tu. Kita cuma tarik sekeping..sekeping tanpa perlu gunakan pisau, dr situ kita dpt lihat n rasa betapa lembutnya roti ni..terima kasih secubitgaramnor..saya share resepi kt sini utk anak2 saya pula ya..

bahan

2  3/4 cawan + 2 sb tepung roti
1/4 cawan gula kasar
2 1/4 sk yeast
1/2  sk garam
4 sb butter
1/3 susu penuh krim
1/4 air biasa
2 biji telur
1 sk vanilla

Filling

1 cawan gula ( au guna separuh je)
serbuk kayu manis secukupnya
4 sb butter - cairkan hingga jadi brown
1/2 sk nutmeg - x buh

cara

masukkan 2 cwn tepung, gula, garam dan yeast - ketepikan

pukul telur - ketepikan

dlm periuk kecil campurkan susu n butter, panaskan hingga butter cair, campurkan pula air dan vanilla..biarkan suam2 kuku

Tuangkan campuran butter n susu dlm bhn kering, kacau dgn senduk, masukkan telur n kacau lg..Tambah baki tepung n on BM. Setelah jd doh biarkan hingga doh naik 2 kali ganda ..lbh kurang 1 jam ( doh mmg melekit).

Tumbuk doh n kuarkan angin pas tu bolehlah mencanai..

Doh di bahagi 2 sama besar. canai doh, ratakan filling, potong 6.
Timpakan kepingan doh ni cam rumah pangsa, kemudian potong lg kpd 6..
susun kepingan dlm loyang, biarkan hingga ia naik smla. Dah kembang baru masukkan dlm oven yg dah dipanaskan.
bakar selama 30 minit dgn api 170'.


canai lebar n tabur filling


potong 6

susun kepingan rapat2
yg ni aku roll..

Sunday, December 11, 2011

Kerabu Taugeh


Assalamualaikum

Kerabu taugeh ni hasil intaian aku di blog Dapur Tanpa sempadan Mat Gebu . En Mat gebu dapat drpd Ummi Kuantan ..homesweethome. Terima kasih sebab berkongsi resepi. Sedap kerabu ni tp aku ubah suai sikit. Ubah suai dari segifgh bahan2 bukan bumbunya ya. Apa saja yg ada di dapur aku bubuh sekali. Makanyaf dalam kerabu aku kali ni sebahagian besarnya adalah taugeh, sedikit daun pegaga dan sedikit jantung pisang. Bagi menaikkan aroma aku buh daun kesum, daun ketumbar, dan juga bunga kantan yg dihiris halus.

Bahan ..kuantiti agak2 la ya.

taugeh - celur sekejap
jantung pisang- rebus hingga empuk
daun pegaga
daun kesum
bunga kantan
daun ketumbar
hirisan bawang
hirisan lada merah/hijau/cili api
1/4 cawan kerisik
sedikit santan pekat
1/3 cawan beras - goreng tanpa minyak n kisar halus
air asam jawa/jus limau kasturi
garam
kerang- rebus, ambil isi. (aku x buh- x de).
aku ganti dgn udang kering sangai yg dikisar.

Cara
Campurkan semua bahan hingga sebati dan sesuaikan rasa.

Friday, December 9, 2011

Talam Suji 2

Assalamualaikum.

Resepi talam ni sma dengan resepi yg pertama cuma aku tambahkan sebiji telur kt lapisan bhg bawah. Rasanya tentulah lebih lemak, sedap. Boleh rujuk resepi kt sini, sukatan sama saja. aku buat setengah adunan je pun dah dpt banyak.

Thursday, December 8, 2011

Sardine Rolls

Assalamualaikum.

Teruja selepas melihat roti ni di blog Nor Secubit Garam. Terus mencuba dengan menggunakan resepi beliau sbb sebelum ni aku x pernah lagi meroti menggunakan teknik water roux. Sebenarnya aku memang teringin sangat nak mencuba guna teknik  water roux ni dan nak merasa kelainannya. Ternyata roti ni sangat lembut walaupun aku tak letak shortening ( habis stok).

Mula projek pukul 5 pagi, masih sempat utk dihidang sbg breakfast sebelum pukul 7 pagi utk anak2 n suami sebelum keluar rumah meneruskan tugas masing2 Terima kasih kepada Nor. aku guna resepi basic doh di sini ya..--->secubitgaramnor.

Bahan

380 g tepung high protin
3 sudu besar susu tepung
80 gram gula halus
3 sudu kecil yis segera
1 biji telur gred A- pukul ringan
100 ml air
100 gram water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gram butter
30 gram shortening

cara

masukkan semua bhn cecair dahulu kemudian diikuti bahan2 kering dlm bread maker dan tekan on. ( ikut Bm masing2)
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 1 kali ganda. ( aku biarkan adunan dlm BM sbb dlm tu suhu hangat sikit..cepat naik).
Keluarkan doh dan tumbuk utk keluarkan angin.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan bentuk spt dlm gambar di bawah.

Untk Inti

Boleh ubah suai mengikut selera masing2. Aku guna inti sardin, masak seperti biasa tetapi biar kering sedikit sbb klu berkuah susah nk menggulung nnti.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 195'.

Utk water roux:
1:5 --1 utk tepung dan 5 utk air

50 gram tepung
250 ml air

bancuh sebati dan masak guna api sederhana hingga pekat.

water roux

canai doh n ratakan inti ..anak2 punya x buh sayur

kami punya..tambah bawang n tomato dadu, hirisan lada n tabur daun ketumbar


gulung kemas dan cantumkan sblm dipotong2
Puas hati... habis sblm ptg..

Wednesday, December 7, 2011

Biskut Coklat Chip

Assalamualaikum.

Biskut ni anak dara yg buat..Projek si Husna. Akhirnya klu x tumpah pun..titis juga kuah kt nasi. Dia dpt resepi ni drpd kawan kelasnya di sekolah. Dlm subjek BI di sekolah dia ada aktiviti 'show and tell' setiap pelajar kena bentangkan projek dengan lengkap di depan kelas. Salah seorg kawan dia terangkan cara2 nk buat biskut ni daripada A hingga Z. Balik umah je..sibuk ajak beli bahan dan terus buat. Aku cuma pantau dr jauh je. Tiga kali berturut buat biskut ni..sedap sangat katanya..

bahan

2 cawan tepung gandum*
1 cawan butter
1 1/4 cawan gula perang ( aku kurangkan)
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu teh baking soda*
2 sudu teh vanilla
2 cawan coklat chip
2 biji telur
* ayak bersama
Cara

Pukul gula dan butter hingga lembut, campurkan telur dan vanilla  pukul hingga sebati.
Masukkan campuran tepung bersama baking soda sedikit2, dan coklat chip
Sudukan kt loyang yg dah dilapik dgn baking paper. Letak jarak2 sbb dia mengembang
Bakar selama 15 minit dgn suhu 175'


Tuesday, December 6, 2011

Apam Polkadot

Assalamualaikum..

Apam dot2 yg aku buat ni x ada corak dot..dot pun..sbb kantoi utk mendot-dotkannya. last2 lorek2 je lah..tp cantik juga kan.. Tp dr segi rasa sama je kot dgn apam dotdot yg lain. Cantik kembang dan x merekah.
 Lg satu aku x guna pewarna. Lorekan tu aku campurkan dengan sedikit serbuk koko. Buat setengah adunan je tp dpt byk juga.Utk intinya pula aku letakkan jem strawberry. Kepada rakan2 yg nk mencuba, resepi di sini ya.dapur-mamasya. Terima kasih mamasya..

corak yg cacamerba..

Sunday, December 4, 2011

Kerabu jantung Pisang

Assalamualaikum..

Jantung pisang kt sini x yah jolok2 dgn galah..jolok dgn duit je jatuh dlm troli. Melambak kt mall, senang sgt dpt dan harganya pun murah dlm seringggit gitu..aku pula mmg suka makan jantung pisang.

Kerabu ni aku buat guna bahan yg ada kt dapur dan sekeliling umah. Tak perlu pening2 kepala. Jom tgk bhn..

Bahan.

Jantung pisang - kupas kelopak hingga ke bhg putih, didihkan air dan rebus dgn secubit garam hingga empuk
                           dan toskan. hiris halus
udang kering - sangai dan kisar halus
sedikit daun kesum - hiris
sedikit bunga kantan -hiris
sedikit daun ketumbar -hiris
2 btg serai ( ambil bhg yg dlm kelopak) -hiris
lada merah, hijau -hiris
bawang besar - hiris
garam
jus limau

Cara

Campur semua bahan hingga mesra rasa masam n masinnya. Boleh juga tambah sedikit santan pekat. Aku x bubuh sbb nak lebih sihat.

Sayur2 yg ada kt sini

Assalamualaikum..

Tahu x daun apa kt atas tu? Itulah daun pokok malungai..kita sebut marungai. selalunya kita guna cuma buahnya sahaja utk dicampur dlm masakan dalca. Kaum india suka masak buah marungai ni. Bentuk daun ni seperti daun turi, rasanya pun seakan2 sama..pahit sikit2.

Sebenarnya daun ni cukup berkhasiat utk menentang cancer. Di sini mereka tanam secara meluas sebahagiannya diproses utk dijadikan ubat, vitamin, jus dll .Serbuk jus yg dijual kt sini semuanya dicampur dgn daun marungai ni..tp sedap.. Aku pun selalu masak sayur ni, biasanya aku campur dengan labu, sedap dan berkhasiat..klu cjumpa kt tpt kita cuba masak..


Ni pulak daun apa? cuba teka? klu nk tau ni sebenarnya daun pokok cili api..kt sini dipanggil sili. antara yg dijual di pasaraya. rupa2nya sedap juga daun ni..kita jadikan rampai..campur dgn sayur lain..labu ke..apa2 yg sesuai..sapa2 yg tanam pokok cili kt blkg umah tu..boleh cuba..Jemu kan makan sayur kobis, sawi, bayam..

Set Noritake

Assalamualaikum.

Siapa suka kumpul set Noritake? Kt sini murah tau..boleh borong banyak2 sbb setiap tahun mereka buat jualan gudang. masa tu harga yg mereka offer sehingga 50%. Sebelum ni aku x tau lah sgt ttg harga set ni..tp setelah kawan suami bercerita dia pernah beli di tpt kita n harganya mencecah ribu utk 1 set..Esoknya suami bawa mereka ke Mega Mall ( wpun kt pasaraya tp harga  jauh lbh rendah) dan mereka pun borong sakan..

Aku beli masa offer je ..jualan gudang 1 thn 1 kali..off 50 %. Benarnya aku x mintak kt suami..dia yg minat sangat2..layan je lah..Harga set2 kt bawah ni x sampai RM 500. Byk corak n design n byk gak yg aku dah borong..Kt bwh ni antaranya..




Percutian Sblm Balik Ke Msia.

Assalamualaikum..
Nk abadikan kenangan di sini. Minggu lps kami ke Davao, jauh gak 2 jam dgn kapal terbang. Davao ni di Pulau Mindanao sedangkan kami tinggal di Manila di pulau Luzon, di bhg tengah Pulau Visayas.

Kami pilih lokasi ni sbb senang sikit nk cari makanan halal sbb kawasan sini kan ramai org muslim. Tempat yg kami tuju antaranya Pulau Samar iaitu Davao Pearl Farm. Naik feri hampir 2 jam jugak. Pemandangan sangat cantik, laut x tercemar. masih boleh lihat dengan dekat landak laut, tapak sulaiman, gamat di kawasan pantai..bersama dgn ikan2 yg sama2 'mandi' dgn kita.

Lg satu lokasi.. Aden Park di pergunungan Apo. Udara sejuk, senang kata mcm Cameron lahh.. Kt sini yg paling menariknya anak2 mencuba skyrider. Aku yg kecut perut..Termasuk anak bongsuku..umur 7 thn tp berani meniti satu2 anak tangga sampai ke puncak dan seterusnya melongsorkan diri dgn skyrider..



buah ni utk hiasan saja..namanya mickey mouse.
izzah ..aku dah jerit2..jangan2..takut dia bolos kt jeriji besi..tp dia boleh senyum lebar..

tuu dia..kecik je sayup kt atas tergantung2..izzah ..izzah..kamu sungguh berani, mama kagum..
Powered By Blogger