Tuesday, September 27, 2011

Ikan masak cuka

Assalamualaikum.
Dah seminggu tak bersiaran, terkejut dgn pertambahan berat badan dan juga sibuk dgn anak2 di rumah. Typoon Pending menyebabkab class suspended 2 hari, so budak2 ni yg sibuk mengadap laptop idea pun susah gak nk dtg klu rumah riuh rendah. Hari ni mereka suma dah ke sekolah smla dan dpt lah aku menyambung misi.

Aku dah mula berdiet, lebih kurang 5 hari. Potong semua pengambilan carbohidrat. Tak amik nasi, semua jenis mee, roti, air manis..pendek kata semua makanan yg bercabohidrat. Sehari cuma boleh amik 20g carb je. Alhamdulillah wpun baru 3 hari, sudah berlaku penurunan..diet yg x perlu berlapar..jom kita sama2 diet.

Lupa pulak..gambar kt atas tu ..ikan masak cuka. Sebelum berkeluarga aku x kenal dgn masakan ni, rasanya x ada dlm resepi kuarga kami ..org Johor. Dapat resepi ni selepas berkahwin, suami yg ajar. Sedap makan masa cuaca panas, hirup kuah masa hangat2 rasa ..segar je.

Bahan

Sebarang jenis ikan - bersihkan , lumur garam kunyit n goreng 1/2 masak.
1 labu bawang besar - belah 6
2 in halia - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang
2 biji lada hidup - belah 2
1 sudu besar biji sawi.
sedikit minyak utk menumis
air secukupnya
cuka makan secukupnya
garam, perasa

Cara

Tumis semua rencah termasuk biji sawi hingga layu, masukkan air, ikan, cuka, garam dan perasa. Tunggu mendidih, tutup api..Kuantiti cuka tu ikutlah citarasa sendiri, jgn terlampau masam..sesedap rasa saja.