Monday, June 27, 2011

Puding sagu

Selalunya org panggil sagu gula melaka sbb pemanis yg digunakan adalah daripada gula melaka dan dimakan bersama santan. Tp kali ni aku anak2ku tak makan dgn santan dan gula melaka, mereka gantikan dgn susu dan sirap ..ala2 sirap bandung. Kita boleh guna susu segar atau susu cair...sedap giler kata anak2 ku...


Bahan

Sagu biji ( yg kecil)..kuantiti ikut suka..
air secukupnya
secubit garam
sirap manis
susu segar@ susu cair

Cara

Bersihkan sagu dan rendam lbh kurang 1 jam. Tujuan merendam ni supaya cepat masaknya..Sagu ni akan muai (dpt byk) so jgn buat byk sgt..lbh kurang 200 gram pun ok..klu buat 1 kilo tu dah mcm nk buat kenduri..

Didihkan air dulu pas tu masukkan sagu td..paras air tu tengelam sagu, stanby je air kt sebelah..klu rasa pekat sgt..tambah air lg..Masak hingga sagu berubah menjadi jernih...x de warna putih2. Klu nk cepat masak..guna api minima n tutup periuk sambil sesekali kacau..selalunya aku buat cam ni, tp lps didih la sagu tu..tutup api..tutp periuk..tinggal..lps 15 minit..buka periuk..semua dah jernih..Bubuh sagu dlm tapis santan dan basuh dibawah aliran air paip..nnti tinggal biji2 je..klu x nk basuh pun ok gak..

Bubuh dlm bekas, sejukkan dlm peti. Masa nk makan cuma siram sirap n susu...sedap tau..


puding sagu sirap badung

makan setelah disejukkan ..sedapppp

kali ni guna sagu biji yg perasa pandan..warna hijau

yg ni gula melaka dgn susu

Boleh juga ganti dgn santan..ikut selera masing2..