Monday, February 25, 2013



Dan Selamat Sejahtera.
Latihan untuk pelajar tingkatan 4 Beta.


           HIKAYAT INDERA NATA- Soalan Pemahaman


Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”
Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”
Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”
i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.
( 2 markah )

ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai ke tepi laut ? ( 3 markah )

iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?
( 3 markah )



Selamat Menjawab..
___________________________________________________________________






Monday, February 18, 2013

Jus Terapi
 buh peti jap...sejuk...sedap
ni lah beetroot ...ubi merah
Penah minum x air ni? Kwn aku, cgu bio  kata jus ni sgt berkhasiat. Beliau beri nama jus terapi. Aku pun cari info..takat ni dr info yg aku dpt, jus ni mmg berkhasiat..Boleh buat muka merah, x yah sapu blusher sbb fungsinya sebagai penambah darah atau dapat menambah sel darah merah dm badan.
Untuk buat jus ni aku blend beberapa potongan beetroot ni bersama 2 pelepah pjg saleri, 2 biji epal hijau dan 2 batang karot saiz sedang yg kurus tu..aku gandakan bhn sebab buat 2 gelas utk aku n suami.
Beetroot ni aku beli kt pasar jumaat sekilo rm 7 hinggit je.

Dr info yg aku baca..selepas minum jus ni  sesetengah orang akan pening kepala .
Yg pentng sekali, beetroot ini juga dpt mencegah cancer.

Bacalah info ni aku amik kt ..sini

Klu ada info lain bolehlah kita kongsi2 ya. Aku pun masih mencari2 info lg ttg jus ni.
Antara khasiat Beetroot yang diketahui umum: 
  
mengandungi anthocyanadins sebagai sumber antioksidant semula jadi,sumber ini  yang menyumbangkan unsur warna merah hati gelap didalam beetroot;  



sumber asas vitamin dan mineral;

sebagai makanan yang digunakan sebagai makanan yang menggalakan penambahan darah didalam badan untuk orang yang anemi;
membantu proses perkumuhan didalam badan;
terutama hati dan organ organ dalaman badan (termasuk buah pinggang, pundi kencing); 
Beetroot may aid the natural process of elimination and support detoxification processes 


kaya dengan vitamin C, kalsium, fosforus dan iron yang sesuai untuk pesakit arthritis yang tidak dapat mengambil vitamin C berasas dari buah tomato,oren etc  kerana kandungan asid yang tinggi didalam vitamin C membuatkan tempat yang sakit atau inflame  semakin teruk;

mengandungi unsur iron yang penting untuk tubuh badan serta unsur iron didalam beetroot ini dari tumbuhan secara semulajadi dan tidak mempunyai kesan sampingan;

 Beetroot amat berguna didalam *acidosis kerana ianya kaya dengan sumber alkali;

sesuai untuk orang vegetarian; 

dan elok untuk merawat hypertension..darah tinggi.
ROTI BOY



Kali ni baru nk menjadi topping dia tu. Selalu juga buat tp bab buh topping je fail..rasa frust n serik n buat. X cantik dan x berapa lalu nk makan.
Roti yg dibuat kali ni pun x guna bread improver n softener. Aku ganti dgn water roux, tepung pun guna tepung gandum biasa je. Roti tetap lembut.
Utk Roti
380 g tepung high protin -aku guna tepung gandum biasa je
3 sb susu tepung
80 g gula halus
3 sk yis
1 biji telur
100 ml air suam ( aku x buh semua..buh sikit2 tgk doh mcm mana keadaannya) ejas je sndri..
100 g water roux 
1/2 sk garam
30 g butter
30 g shortening
Aku buh suma dlm BM n tekan on..siap uli..perap 1 jam@kembang 2 kali ganda
pas tu bulat2kan buh inti, tunggu kembang buh topping
bakar 15 minit api 180".
Inti
100g butter pukul bersama 1/2 sk esen vanilla dan 35 g gula perang.
dah lembut n sebati, simpan dlm peti sampai masa nk guna.
Topping

100 g butter
pukul bersama 80g gula ising sampai lembut, masukkan 2 biji telur , pukul lg
masukkan pula 3 sb serbuk  nescafe (larutkan dgn 2 sb air)
akhir sekali masukkan 100g tepung naik sendiri. 
Adunan utk topping ni buh dlm paiping bag utk dipaipkan atas roti.
aku masukkan dlm palstik n potong sikit bucu plastik tu.

* sblm ni guna capucino 3 in 1 - rasa lbh sedap dr guna nescafe kosong..guna nescafe 3 in 1 pun ok..
Water roux..tepung gandum 1 sb bancuh dgn 5 sb air, masak atas api perlahan hingg agak pekat.

Monday, February 11, 2013

Coklat molten cake


Choclat Molten Cake


makan guna sudu..


luar kering..dlm basah2..

Dah berkurun buatnya..masa kt manila dulu hihi..Tak di n3 kan..lupa ada terselit gambar ni dlm simpanan...meh cuba..senang sgt nk buatnya. Tp isi dlm x mcm tuan asalnya..homekreation..yg nk cuba rujuk link yg saya bg tu ya.


Bahan

140g coklat masakan yg gelap tu ya
3 telur gred A
1/2 cwn gula (asal 3/4 cwn)
1/4 cwn tepung kek
5 sb butter
1/2 st esen vanilla

Cara

cairkan coklat n butter - sejukkan ( aku guna microwave je)
gula + telur dipukul hingga kembang n pekat
+ coklat td - gaul sebati
+ tepung  - gaul sebati
tuang dlm bekas ( guna ramekin senang sikit) - sapu butter dulu
bakar 12 minit suhu 200'
sejukkan sikit - hidang suam2
aku hidang dgn bekas2 tu je..aku bakar dlm ramekin.









Carrot Cake






kenapa gambar saya jd cam ni......puluh2 kali upload..cam tu gak. mls nk msukkn gambo yg lain2. esok2 try lg.
Carrot cake ambil drpd dapur Puan Ros..sinaranmenu.. Minta izin utk cnp dan simpan disini pula utk rujukan pada masa2 akan datang. Cake yg sangat sedap dan x muak.Yg buat kek ni tambah sedap adalah campuran kelapa kering, walnut n nenas cincang Dapat rasa masa kita mengunyahnya...best.sgt.Pn Ro pula ambil dr sini...patyskitchen
Ingredients/ bahan-bahannya


1 cup Brown Sugar / 1 cawan gula perang
1 cup Vegetable Oil / 1 cawan minyak sayur
3 Large Eggs / 3 biji telur
Pinch Salt / secubit garam
1/2 teaspoon Bicarb Soda / 1/2 sdt soda
2 cups Self Raising Flour / 2 cawan tepung naik sendiri
2 cups finely grated Carrot (around 4 large carrots) / 2 cawan lobak merah parut lebih kurang dari 4 batang lobak
1 cup chopped pineapple (from the can) / 1 cawan nenas tin yang dicincang halus
1 cup dessicated coconut / 1 cawan kelapa kering
1/2 cup Walnuts, finely chopped / 1/2 cawan kacang walnut yang dicincang halus
1 teaspoon Cinnamon / 1 sdt serbuk kayu manis
1 teaspoon Nutmeg / 1 sdt serbuk pala

DIRECTIONS
Cake
  1. Heat oven to 180 degrees celsius. / Panaskan ketuhar pada 180 
  2. Beat sugar and oil until thick, then add 1 egg at a time and keep beating for a few more minutes. / Pukul gula dan minyak sehingga pekat kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul beberapa minit lagi
  3. Add salt, bicarb soda, carrots, flour, walnuts and spices. / Masukkan garam, soda, carrots, tepung walnut, kelapa kering, rempah dan nenas.
  4. Mix with wooden spoon until all combined. / gaul rata menggunakan senduk kayu
  5. Put batter in well greased loaf pan or tin and bake for 35-45 minutes (cake) or 15-20 minutes (cupcakes), or until light golden and cake springs back when touched in the middle./Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 35-45 minit bergantung kepada oven. Baking time might vary depending on your personal oven.


Utk frosting tu saya cuma guna 1 buku cream cheese diputar sebati dengan susu pekat manis lebih kurang 3/4 cwn..ikut takat manis yg kita suka.





Sunday, February 10, 2013

Slice Cheese Cake
Slice Cheese Cake
Suka sgt dgn kek ni, sedap. Gebu n lembab2 gitu. Jumpa kt ..dapurmas. Sesedap rasa, tidak terlalu manis. Mintak izin cnp kt sini utk rujukan sendiri. Terima kasih Mas. Tapi ada 1 masalah yg x dpt diselesaikn..jenuh cari kt blog2 lain..x dpt juga..tang filling tuh..aku x pasti guna jenis yg mcm mana. aku punya filling suma tenggelam..x mcm mas punya..huhu tp x jejaskn rasa..kira ok lah tuh. Kena nuntut juga dgn sifu ni..
Blueberry Slice Cheese Cake
Resepi :  HaSue
Sumber : Izahdaut

Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90 g gula halus
110 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110 g mentega @ marjerin
Blueberry filling secukupnya



Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c, gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. 
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega @ marjerin.
Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah).
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling * yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.

Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang  sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven).
untuk lihat step by step...klik  SINI. 




Saturday, February 9, 2013



                                                       Snow Cheese Cake

Snow Cheese Cake

Snow Cheese Cake, teruja nk mencuba. First time cuba terus jd..x manis sgt..sedang2 je, kek yg gebu  n ringan tp x muak. Frosting dr cream cheese bergabung dgn susu pekat..mmg meletop. Jumpa kt ..sini Tima ksh byk2 kt Izah. Mnta izin cnp kt sini ya..sbb lain kali nk buat lg ni..anak2 suka makan.


Resepi : Sherry mz@MyR



  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - saya guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- saya pun letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Saturday, February 2, 2013

Kek Durian
Kek yg sangat gebu n sgt sedap. Simpan kt sini utk rujukan musim2 durian yg akan dtg. Jenuh cari smla blog yg saya rujuk tu tp x jumpa..esok2 saya cari smla n letak linknya kt sini.
Bahan.
185 g butter
120 g gula halus
4 biji telur - asing putih n kuning
185g tpg naik sndri
200 g isi durian
secubit cream tartar
Cara
 pukul putih telur n cream tartar hingga kembang -ketepikan
pukul butter dgn gula hingga kembang
masukkn kuning telur, pukul lg hingga gebu
masukkn isi durian (blend dulu) selang seli dgn tepung (ayak dulu)
campur adunan ini dgn adunan puting telur td - guna seduk - kaup pelan2
bubuh dlm loyang yg dah disapu butter
bakar 170' selama 50 minit.
Powered By Blogger