Tuesday, August 23, 2011

Mee kari




Assalaamualaikum.

Semua org sibuk buat kuih raya n buat persiapan sambut raya sekarang ni kan..maklum raya tak sampai seminggu lagi. Kami di sini macam tahun lepas jugak, ala kadar sahaja. Sebenarnya tak jugak ala kadar tapi bawah sikit drpd ala kadar. Tahun kedua raya di tempat org, tanpa sesiapa..kecuali keluarga sendiri yg seramai 6 org..perasaan ni biasa saja, bagiku cukuplah ada suami dan anak2. Mak bapak dua belah pun dah lama tiada.

Tak ada pun baju kurung baru (raya tahun dpn kt Msia, kami balas dendam). Kuih raya pun buat 1 jenis je..tart nenas. Kalau malas masak, pagi raya nanti kami makan je kat luar..Berharga sungguh pengalam ni kan...

Lari tajuk pulak..sebenarnya nak cerita tentang mee kari. mee kari ni resepi kakakku Norlela. Sedap, lain drpd yg lain. Setiap kali buat mee kari aku mesti guna resepi yg ini. Kelainannya berpunca drpd penggunaan ikan bilis yg direbus.

Bahan

5/6 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
segengam ikan bilis - rebus dan setelah sejuk dikisar
1 1/2 paket kecil rempah kari daging - jadikan pes
santan pekat n cair ( 1 biji kelapa)
fish ball, fish cake, tauhu kering
garam
bahan perasa

Hiasan

Sayur sawi (celur) - sedap kalu guna sawi yg berbunga kuning tu..lembut
Tauhu goreng - potong nipis memanjang
telur rebus
hirisan lada hijau, merah dan cili api yg diperah limau

Cara

Tumis bahan kisar bersama rempah kari yg dah dibancuh hingga naik bau n naik minyak.
Pas tu masukkan santan cair, ikan bilis yg dah di kisar tadi, fish ball n fish cake..tunggu hingga didih
Masukkan pula tauhu kering dan santan pekat, guna api perlahan sentiasa kacau, tambah perasa tutup api jika dah mendidih.

Sesuai makan dgn mee kuning, spageti, kue tiew. Jangan lupa juga tambah hiasan yg dinyatakan. makan dengan cili yg diperah limau..sedap.

kali ni makan dgn spagethi, sawi lupa nak beli, tauhu kering mmg x de kt sini.




Powered By Blogger