Sunday, August 21, 2011

Tepung Pelita.




Assalamualaikum.

Pertama kali dlm hidup buat kuih ni. Ingatkan susah sangat rupa2nya sangat senang. Tak perlu masa yg lama utk siapkannya puuuunn. Ramai kawan2 senior yg dah buat kuih ni cuma aku je yg selalu tertinggal keretapi. Tak pe lah ...niat yg sebenar nk belajar, nk mencuba dan simpan resepi sbg rujukan sendiri. Resepi ni aku rujuk drpd dapur dapur mamasya, terima kasih byk ya.




Bahan (utk lapisan bawah)

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan
secubit garam
sedikit kapur (x ltk sbb x de)

Cara
Kisar daun pandan dgn 5 cwn air dan tapis. guna air ini utk bancuh semua bhn. Masak adunan hingga  pekat dan berkilat. Tutup api dan tuangkan dlm bekas.

Bhn ( lapisan atas)

5 sudu besar tepung beras ( resepi asal guna 4 sudu besar je)
4 cawan santan ( 1 biji kelapa)
sedikit garam

Cara
Bancuh semua bhn dan masak adunan hingga pekat dan berkilat. Tuangkan adunan ke atas lapisan hijau yg pertama tadi. Sejukkan baru sedap makan.


Tak anyam daun pandan pun utk jadi bekas. Pokok pandan dah togel dikerjakan hari2.


Baked sandwich




Assalamualaikum

Wpun nmpk simple je bhnnya tp sedap n lps ni mesti buat lg.Rasa rangup roti yg dibakar, inti yg lembab2, lemak drpd cheese. Utk bos n mem buh cili api sikit...tambah2 sedap. Terima kasih byk2 kpd Sasharahmat sbb kongsi  resepi ni.

Bahan

6 keping roti
butter utk sapu kat roti
2 biji telur
3/4 cup susu cair
sedikit lada hitam
parutan cheese

utk inti

isi ayam/ sosej/daging cincang
sayur yg sesuai- carot, lada capsicum dll
perasa

utk sos

campurkan susu n telur, tambah sedikit lada hitam n perasa. Kacau sebati.

Cara

masak inti dulu, ikut selera masing2. Tumis bawang merah n putih yg didadu, pas tu masukkan daging, dah masak masukkan pula sayur n akhir sekali tambah perisa. Boleh je guna sos tomato n sos cili atau ganti dgn  lada hitam.

potong tepi roti, terap bulat pun boleh, x terap pun boleh. Sapu butter n masukkan dlm acuan. Bakar 8 minit suhu 170'.
Pas tu.. Masukkan pula inti yg kita buat td. Tuangkan campuran telur n susu, tabur sedikit cheese dan bakar semula pada suhu 170' selama 10 minit.