Sunday, July 24, 2011

Roti Yogurt




Assalamualaikum

Nampak roti ni di blog http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/roti-kismisyogurt.html.. Teruja utk mencuba jugak dan hasilnya membanggakan Roti yg sangat lembut sama mcm roti kentang dan roti labu yg dah buat hari tu. Aku buat 300 gram je dan dpt 20 biji sedang elok utk keluargaku.  Me kasih Izah sbb kongsi resepi.

Bahan

1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1 sudunkecil garam
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil softener
2 sudu besar shortening
125 g yogurt
3 sudu besar air suam ( jika perlu)
300 gram tepung high protin
2 sudu kecil yis kering

Cara

Masukkan semua bhn mengikut urutan dlm BM..dan on.Sesekali jengah klu perlu masukkan air, klu dah elok adunan x yah...sbb aku guna yogurt tu sampai 125 gram, klu ikut resepi asal cuma 50 gram je..mls nk simpan baki sikit2..

Yg uli manual pun boleh cuma uli macam biasa..

Aku uli hingga sebati je x lama sangat, biarkan doh naik 1 kali ganda ( lbh kurang 1 jam) (letakkan doh di tempat hangat supaya adunan cepat naik). Sementara tu buat kerja lain.jgn tunggu dpn tu nnti dia segan nk naik..

Jika adunan dah kembang.tumbuk doh utk kuarkan angin, lps tu terus bentukkan..aku buat 20 biji. Dah siap bentukkan tunggu lg sampai dia naik lg 1 kali ganda..sapu susu manis tabur gula dan bakar190 darjah 14 minit.



No comments:

Post a Comment