Wednesday, November 14, 2012

APAM PISANG
Suami beli pisang yg sgt cantik, gemuk pendek pisang tu, kulitnya pun licin mencin. Tp cuma dia yg sorang je yg mkn..nmpk gaya aku kena buat sesuatu. Kek pisang dah selalu buat, nk buat jemput2 pisang, berminyak la pulak, nk buat lepat mls nk melayan daun pisang tu..akhirnya jadilah apam pisang.
Resepi yg paling ringkas, lembut n x muak..boleh makan berulang2.
Bahan
7 biji pisang...besar jugak saiznya
1/2 cup gula
1sk garam
# lecek pisang bersama gula n garam
tambahkan 2 cup tepung kek yg di ayak bersama 1sk soda bikarbonat.
perap 1 jam
kukus 45 minit.
makan dgn kelapa..aku x sempat beli kelapa..sbb tiba2 je ujan lebat td..aku mkn cecah dgn milo..sedap.