Saturday, November 17, 2012

LEPAT PISANG BERINTI KELAPA
gambar jd berbelang..x tau nk buat cam mana lg..
Kuih org dulu2 yg sangat mudah untuk disediakan. Kuih ni saya belajar drpd en suami. Kuih nilah yg arwah mak mertua saya buat masa dulu2. Selalunya lepat pisang yg saya buat x berinti, tetapi lps makan versi yg ini, terasa sedaplah pulak.
Tak ada sukat2, semua ikut sesedap rasa je.
BAHAN
4 biji pisang....lecek
sedikit tepung gandum
2 sb gula pasir
3 sb kelapa parut
secubit garam
# campurkan sebati semua bhn di atas.
utk inti...segengam kelapa parut yg digaul dgn secubit garam.
# kuantiti boleh ubah suai ikut selera masing
CARA
bungkus adunan menggunakan daun pisang yg telah dilayur.
bubuh inti kelapa ditengah2
lipat daun n kukus 20 minit.
# pandai2 buh inti tu ya..ada teknik tp aku x sempat bljr dr mak mertua. aku hentam cara aku je...leperkan adunan, buh inti pas tu tutp smla dgn adunan.bg inti tu duk elok2 kt tgh.



Friday, November 16, 2012

SINGANG DAGING
Napalah gambar belang2..x larat nk buat byk kali..x pe lah ya..
Terima ksih kpd sahabatku..FARAH JUHANA yg bersusah payah mengajar n bawa semangkuk ke skolah utk aku rasa. Masakan pantai timur yg sangat sedap. Abadikan di sini utk dirujuk pada masa masa akan datang.
Bahan bahan
daging..potong nipis
lengkuas diracik halus...segengam
halia diracik halus...besar ibu jari
bawang besar 1 labu dimayang
bawang putih 1 ulas..mayang
3 sb keumbar biji..tumbuk kasar
5 tangkai lada kering ...potong pendek2
2 keping asam keping
garam
Cara
reneh daging td dgn semua bhn hingga empuk
apabila daging dah empuk tambah perasa n asam keping.
sedap hirup panas2..



Wednesday, November 14, 2012

APAM PISANG
Suami beli pisang yg sgt cantik, gemuk pendek pisang tu, kulitnya pun licin mencin. Tp cuma dia yg sorang je yg mkn..nmpk gaya aku kena buat sesuatu. Kek pisang dah selalu buat, nk buat jemput2 pisang, berminyak la pulak, nk buat lepat mls nk melayan daun pisang tu..akhirnya jadilah apam pisang.
Resepi yg paling ringkas, lembut n x muak..boleh makan berulang2.
Bahan
7 biji pisang...besar jugak saiznya
1/2 cup gula
1sk garam
# lecek pisang bersama gula n garam
tambahkan 2 cup tepung kek yg di ayak bersama 1sk soda bikarbonat.
perap 1 jam
kukus 45 minit.
makan dgn kelapa..aku x sempat beli kelapa..sbb tiba2 je ujan lebat td..aku mkn cecah dgn milo..sedap.

Monday, November 12, 2012














PULUT DURIAN
Musim durian dtg lg, pg td dpt baik punya durian ioi...kuning keemasan. Murah pulak tu, cuma RM40 utk 4 biji yg besar. Apa lg cancel menu nasi ayam..ganti dengan menu pulut durian. 
Biasanya org johor mcm aku ni x pandai mkn pulut durian cam ni, sekarang ni sudah pandai setelah d ajar oleh suamiku. Selalunya dia akan gaul n ramas2 utk aku..anak2 tgk eeee...tp sedap, betul, x tipu. Makan pulak kena cepat2 klu lambat2 takut muak.
Cam ni cara nk makannya..tanak pulut dgn air biasa je...jgn lupa buh garam sikit.1 nisbah 1. 1 cup pulut 1 cup air. Sediakan santan pekat campurkn sedikit garam, sedikit gula perang dan beberapa ulas durian.
Siram beberapa sb santan atas pulut, tabur sedikit gula n gaul dgn beberapa ulas durian, ngap cepat2.




Saturday, November 10, 2012

sos cili homemade

SOS CILI
Home made sos cili ini sgt baik utk org yg tgh berdiet sebab...sos yg kita buat sendiri sangat kurang kandungan gulanya. Kalu kita beli sos yg ready made, sangat manis dan sudah tentu kandungan carb nya pun sangat tinggi. diet dah berminggu tapi berat tak turun2. Kalau nk mkn salad tanpa sos...makan cam tu je alamak...terkulat2 la pulak kan. Jadinya sapa2 yg tgh diet atkins tu, buatlah sos sndri, kosnya x sampai 5 hinggit, sedap n mudah pulak tu.
Bahan2
lada merah segar dlm 7 btg...beli kt rezki x sampai 2 hinggit
5 ulas bwg putih
garam secukup rasa
gula 1 sk
cuka makan 2 sb
Cara
blend lada n bwg putih..buh air tau
masak atas api kecil hingga didih
tambah perasa n cuka.
klu x nk buh gula pun boleh..lg baik sbb x de carb.
tunggu agak pekat, sejukkan n simpan dlm botol kaca. botol aku tu plastik je..tu pun farah yg bg..buat kenangan katanya.



Friday, November 9, 2012










sambal mempelam





x pernah buat n makan selepas zaman kanak2. Baru hari ni selepas 20 tahun, aku buat n menikmatinya smla selepas kemaruk makan sambal tempoyak. Simpan resepi ni baik2kt sini manalah tau esok2 anak2 aku pulak nk mencubanya...tak gitu husna.?

bahan..

cili hidup tambah sikit cili api
sedikit belacan....bakar dulu ya.

mempelam muda...kuning sikit pun ok
garam secukup rasa
bawan kecil 2 ulas

cara..

blend sumanya dalam pengisar yg kering
tambah sikit lg dgn racikkan halus mempelam td.
sesuaikan rasa...siapp
Powered By Blogger