Monday, July 18, 2011

Pasta carbonara



Assalamualaikum..Menu ni kegemaran anak2 sbb x byk sayur dan mewah dgn rasa cheese. Maknya pun suka jugak masak menu ni sbb senang sgt, time2 malas menu nilah yg akan jd pilihan.

Bahan

1 tin sup cendawan dlm tin
1 tin air
1/2 tin susu cair
10 ekor udang
parutan cheese
serbuk oregano
lada hitam
garam
sedikit rosemary
2 sudu besar mayonis
lada benggala
tomato dadu
250 g pasta penne (rebus)

Cara

Masukkan sup cendawan  dan 1 tin air dlm periuk dan..didihkan.Dah didih masukkan susu dan semua bhn lain (kecuali mayonis), dah didih masukkan pasta penne, kacau2 kejap je n sesuaikan kuantiti kuah..agak2 menyalut pasta je..tutup api masukkan mayonis..gaul rata. Lps tb bubuh pasta dlm bekas tahan panas, parut kan cheese atasnya masuk dlm oven lbh kurang 10 minit @ hingga cheese cair. ..Utk kita ibu2 n bapak2, lbh sedap taburkan hirisan cili api..


parutkan mozarela cheese

masukkan oven smla utk cairkan cheese

SIAP..

No comments:

Post a Comment