Wednesday, November 30, 2011

cheese cake

Assalamaualaikum.

Tinggal 2 minggu je aku kat sini, awal thn dpn sudah berada di Msia dan bekerja semula. Sekarang ni aku berada dlm situasi yg agak sibuk, mengemas dan pack barang2 yg perlu ..tp benonya lom start pun lg...malasss. Aku juga perlu n3 kan semua resepi yg terperap sbb bila dah sampai Msia..x tau apa ceritanya.
Sekarang aku juga perlu menghabiskan stok2 yg ada, bhn2 kuih. Setiap hari aku kena buat kuih ni..tp sapa yg nk makan ? Anak2 x berapa suka makan kuih muih ni..yg mereka kejar...naaasssiiikk. Aku? x boleh..sedang berpantang. Oh..satu2nya sahabatku di sini, si Ina, driver kami dan kawan2 suamiku di pejabat..mereka akan menjadi mangsa..

Resepi ni aku dpt drpd Biduri@myresipi. Pertama kali mencuba, aku guna resepi ni sbb inilah resepi yg paling mudah dan alhamdulillah menjadi..dan ada org puji ..dia kata kek ni lbh sedap drpd kek yg dia makan di kedai. Sesiapa yg baru berjinak2 nk mencuba buat cheese cake ni, eloklah cuba resepi ni.


campakkan blueberry
Utk crust

hancurkan biskut ( blend) dan gaul sebati dgn butter yg telah dicairkan..(agak2 boleh kepal tu ok..) Aku hentam je..pernah guna biskut tiger, digestive dan akhir sekali beli biskut yg ready made (siap kisar)...lg mudah kerja.Kuantiti tu agak2 je.

Loyang tu lapik dulu dgn kertas minyak, kemudian baru tekankan crust..jgn padat sgt..susah nk potong nnti. Masukkan loyang ni dlm peti sejuk sementara kita siapkan adunan kek. Guna loyang spring form ya..yg ada klip tu supaya senang nk kuarkan kek td.

guna loyang ni..
crust ..


bahan kek

250 gram cream cheese
200 ml plain yogurt
1 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90 gram gula.

Cara

Pukul cream cheese bersama gula hingga soft.
masukkan telur 1 per 1, pukul lg hingga sebati.
masukkan plain yogurt dan jus lemon, pukul sebati.
akhir sekali masukkan tepung, kacau guna spatula hingga sebati.
tuang adunan kek dlm loyang yg dah ada crust td.
* ( resepi asal..masukkan semua bhn dlm blender n blend je terus).
masukkan dlm oven yg sudah dipanaskan.
bakar suhu 145' selama 55 minit..(kek akan bergoyang2 sikit di bhg tengah)..normal tu.
setelah cukup masa membakar, biarkan kek di dlm oven dgn membuka sedikit pintu oven. (utk elakkan perubahan suhu yg menyebabkan kek retak)
keluarkan drpd oven setelah kek sejuk n simpan pula dlm peti ais.
tunggu beberapa jam baru boleh potong..aku biarkan 1 mlm dlm peti, baru potong..

*teknik membakar- sepatutnya loyang kek dimasukkan ke dlm loyang yg lebih besar n berisi air panas. Buh kt rak oven yg paling bawah..ini cara yg betul utk elakkan kek drpd merekah.

Tp...masa first time aku buat dgn yakinnya aku masukkan loyang kek dlm loyang yg ada tu..tiba2 bunyi...blup...blup...blup..huhuhu...kekku suda banjir..habis cerita..

X putus asa..study...study..cam mana nk buat..dpt akal..buh loyang kek dlm loyang biasa yg lebih besar..(x de air tau) Loyang kedua ni pulak akan di masukkan pula dlm loyang yg lebih besar lg..yg berisi air..so loyang pertama yg ada kek selamat...adai ada ketirisan..


loyang kek dlm loyang besar , loyang besar dlm loyang yg lbh besar n berisi air panas.

Monday, November 28, 2011

Roti Jalin..

Assalamualaikum.

Kali ni buat roti, x ikut resepi mana2. Masih guna bahan asas yg sama..resepi rujuk  sini . Tapi aku tambah sedikit yogurt, kentang lecek dan mayonis. Satu lg..x guna air langsung. Ingat nk guna teknik water roux tp x sempat. Lain kali akan ku cuba jugak. Apa pun roti ni lembut dan sedap. Yogurt, kentang lecek dan mayonis tu yg gantikan air, masa bm tu mengguli, jengah2 kejap tgk teksturnya..klu dah sedang2 elok x perlu tambah air.

Apabila kita sudah semakin mahir 'meroti', kita boleh ubah suai dan tambah apa saja yg kita rasa boleh menambah kelembutan dan keenakkan roti kita..pasti jadi..jangan risau.

Dulu2..sblm dpt info ttg cara buat roti, tmbah pula pengalaman pertama menguli, guna tangan pulak tu. Buat ikut resepi bulat2 tp x jadi..sseeedih tp sekarang tambah apa pun..insyaallah jadi. Belajar drpd pengalaman. X susah sebenarnya buat roti ni..

inti serunding daging

tabur brown sugar dan parutan cheese

teknik melipat sblm tu leperkan tepung guna penggelek.

baru kuar oven..hitam2 tu bkn semut tau....serunding ..hihihi

Kucing Kami..

Anak kucing yg kami kutip setelah ditinggalkan ibunya..


dibedung oleh izzah


tido atas riba..


sgt suka menggigit tangan kita..berbeza sungguh dgn kucing Msia.

baju baru beli tuu..

agak ganas tp manja
izzah mandikan.."sikit je siram air"...katanya

Macam mana nk balik Msia ek? Boleh ke? Apa prosedur nya? Kesian nk tinggalkan...

Wednesday, November 23, 2011

Sup Gulikan Tuna.

Assalamualaikum.

Pernah x buat guli ikan drpd ikan tuna atau ikan tongkol? Klu x pernah meh cuba..Aku belajar masakan ni drpd kakak ..Norlela. Dia belajar drpd arwah mak mertuanya. Masa cuti sem dulu2 aku rajin datang umah kakak ku, nolong2 jaga anak sambil2 tu dia banyak mengajarku memasak ala2 mak mertuanya masak.

Selalunya ikan tongkol ni kita masak kicap atau, kari tp kali ni kita buat guli ikan dan jadikan sup. Dinasihatkan beli ikan yg agak besar jd mudah sikit kerja kita melapah isi ikan. Untungnya aku kt Manila skrg ni, x yah lapah2 sbb peniaga sini ada jual bhg isinya, dah siap sebongkah. so kita mintak je nk berapa slice. Sbb ikan tu besar mcm org.

Cara:

Mula2 bersihkan ikan n basuh dgn asam jawa. Pas tu lapah n buang kulit..kita ambil isi ikan sahaja.
 Kisar halus isi ikan td..aku guna blender bhg yg kering tu.
 Isi ikan yg dah blend td dicampurkan dgn sebiji telur, secubit garam dan sedikit lada hitam. Gaul hingga sebati.

Sementara tu sediakan sup, masak sup mcm biasalah..ikut cara masing2. Bila kuah sup dah mendidih, kita masukkan ikan kita ( buat bulat2 mcm guli, boleh guna tangan atau guna sudu janji bulat). isi ikan akan timbul bila sudah masak. Tambah apa2 yg sesuai dlm sup kita tu.

isi ikan yg dah siap blend.


Boleh juga guna ikan tenggiri, proses yg sama tp x perlu letak telur sbb ikan tenggiri ni boleh bersatu bila kita kepal2. Adunan ikan yg kita 'baling' atau 'hempas' ..bukan ke dinding..tp dlm mangkuk akan buat guli ikan kita kenyal. 'baling @ hempas' pelan2 je bkn sekuat hati.

sesuai utk anak2 kecik, selamat x de tulang.

Tuesday, November 22, 2011

Ikan Salmon Tumis Cili Api

Assalamualaikum.

Kali ni masakan simple yg mudah tp amat 'segar' menghirup kuahnya. Masakan ni ada bau2 bacang dgn masak cuka, singgang, sinigang.Rasa yg lebih kurang sama, masam2, pedas2 sikit. Kalu dah buntu mikir nk masak apa..cubalah masakan ni. Pertama kali merasa masakan ni ketika aku balik kampung dulu2..Kak Enon ku masak .Dia dpt resepi drpd mana aku pun x tau..dia hentam je kot, aku rasalah ... sbb dia x pernahnya cari resepi kt blog2 ni. sejak tu aku jadikan menu ni sebahagian drpd menu kami..Anak2 ku cukup suka..

Tak semestinya guna ikan salmon ek..boleh masak dgn ikan apa pun..

Bahan

Ikan -bersihkan n lumur kunyit.
3 ulas bawang / klu guna bawang besar 1/2 biji je cukup.*
1 ulas bawang putih *
5 biji cili api ( klu suka pedas tambah lg) *
sedikit halia *
2 keping asam keping
1 btg serai- ketuk
2 biji tomato
minyak utk menumis

Kisar bhn bertanda *. Panaskan sedikit minyak, tumis bhn kisar bersama serai hingga naik minyak. Masukkan air sbg kuah, suka hati byk mana dan asam keping. Bila dah nk mendidih masukkan ikan dan tomato yg di belah. Tambah garam dan bhn perasa. Tutup api bila kuah dah betul2 mendidih.

Monday, November 21, 2011

Ikan susu panggang.


Assalamualaikum.

Pernah x makan ikan susu ni? Kt Manila ni dipanggil ikan bangus. Ikan ni byk tulang mcm ikan terubuk, sblm ni x pernah cuba sbb suami tu mcm fobia dgn ikan yg byk tulang...takut nk makan. Kt sini kan.. ikan ni sgt famous sbb kebanyakkan mskt sini suka makan ikan ni selain talapia. Esok kita sembang pasal ikan talapia pulak ek.

Sebulan je lg nk balik ni..tiba2 je teringin nk cuba makan ikan ni.mula2 beli sekor ..sbb ikan ni jenis besar. Yg syoknya tu kita boleh suruh peniaga tu siang dan BUANG TULANG...siang tu biasalah kan..Tulang tu dibuang sampai habis..upah dlm seringgit lbh  utk 1 ekor.. Kita boleh makan dgn senang hatilah pendek kata..Aku nk je belajar mcm mana dia buang tulang tu dlm masa yg singkat..tp aku nmpk dia guna playar.

ikan akan dibelah 2 sblm dibuang tulang..sesuai utk dibakar mcm ni.
Bab bakar2 ni klu ikut aku senang je..tabur lada hitam, rosemary, renjis kicap cair masin, tuang sos cili pedas..grill sampai masak..Makan cecah dgn air asam dgn potongan bawang n cili..

Lepas merasa sekor, esoknya beli lagi..sedapp..bhg tengah yg warna hitam tu lemak dia..aku suka.

Tortilla

Assalamualaikum.

Menu yg sangat simple dan mengenyangkan. Sesuai dihidang pada bila2 masa..mcm iklan tu..sebab apa aku kata senang dan simple? Tortilla tu ready made..beli je..dalam 1 bungkus ada 6 keping, harganya pun x sampai 10 hinggit, yg ni saiz besar, ngam2 saiz frying pan.

Selalunya aku sediakan hidangan ni waktu sahur masa bulan puasa sbb anak2 jarang nk makan nasi. Intinya pula terpulang pada selera masing2. Selalunya aku buat scrambled eggs, serunding ready made atau kalau rajin sikit buat inti drpd daging kisar yg dimasak dgn sos cili atau boleh jugak ganti dgn lada hitam. ikut mana yg sempat dan apa yg ada kt dapur.

kali ni guna serunding, sapukan mayonis dan sos kt permukaan tortilla, kemudian letakkan serunding kt sebelah bhg je (sebelah lg nk ditangkup), salad dan tabur dgn parutan keju.
cara masaknya pulak, percikkan sikit minyak masak kt frying pan dan masaklah tortilla ni dgn api perlahan hingga kekuningan ..bagi dia rangup2 sikit..lupa..tortilla tu lipat bg tangkup.


layan pulak dgn capucinno panas

Sunday, November 20, 2011

Trifle juga..

Assalamualaikum..

Yg ini trifle yg pertama, tapi buat sebiji besar. Dapat ilham selepas  tgk kt kedai makan. Guna buah mangga. Bahagian bawah aku menggunakan kek drpd resepi  swiss roll aku..gebu...



Boleh guna resepi yang ini.

Trifle

Assalamualaikum.

Sebelum ni kan x terlintas pun nak mencuba trifle ni. Keinginan tu dtg apabila ternampak dessert ni di jual di sebuah kedai makan di sini..tp dia x buh jelly, masa tu nmpk mcm sedap je..dia susun potongan mangga kt atas kek yg disiram kastard.

Balik umah terus buat .Lepas tu buat lagi utk tetamu2 suamiku. Aku guna cawan ais cream supaya mudah utk dihidang..tak perlu potong2..Licin mereka makan.

Utk bhg bawah aku guna kek swiss roll resepi ..kat sini. Potong2 kek tu dah masukkan dalam cawan. Kalau guna buah dlm tin, renjis sikit sirapnya atas kek ni. Aku x renjis sbb aku x guna buah dlm tin..x de sirap..



Bahan kastard

4 cawan susu
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik vanilla
1 biji kuning telur
1 sudu besar butter.
secubit garam

guna swiss roll yg aku buat sendiri

Cara

Bancuh tepung kastard dengan sedikit susu, bila dah larut masukkan baki susu gula dan garam. Masak guna api perlahan hingga agak pekat.Masukkan vanila dan kuning telur sambil terus kacau hingga sebati dan adunan kastard nmpk berkilat,. tutup api bila dah mula mendidih. Tambahkan butter.

Tuangkan kastard meliputi kek yg dah kita sediakan dlm cawan td. Selepas kastard mengeras kita susun buah2 potong diatasnya. Suka hati nk guna buah apa.

Selepas itu, kita sediakan jellynya pula, masak jelly ikut arahan yg disediakan. curahkan saja jelly atas buah2 yg kita dah susun. Sejukkan sblm ngap...


guna buah kiwi dgn buah blueberry je.

Thursday, November 17, 2011

Choco Mousse Brownise

Assalamualaikum

Terjumpa resepi ni di blog Yani.dan terasa bersemangat nak terus mencuba petang tu jugak. Sblm ni penah merasa kek mousse ni, sambil makan tu sambil fikir..macam mana buat kek ni..Oh..hari ni dapat resepi dan x lpskan peluang terus mencuba..buat belah petang dan esoknya baru dapat potong..sbb tunggu dia set elok kann..alhamdulillah menjadi dan pada aku kek ni mmg sedap. Senang pulak tu nak membuatnya..Aku kurangkan sikit kuantiti gula.

Brownise

45 gram butter
65 gram gula pasir ( aku guna cuma 55 gram)
1 telur
50 gram tepung gandum
1 sudu besar koko powder
1/2 sudu teh baking powder

Cara

pukul mentega bersama gula hingga kembang
masukkan telur dan pukul lg 3-4 minit
masukkan tepung, koko dan baking powder yg dah diayak bersama, gaul sebati dan bakar selama 15 minit dgn api 175'..sejukkan..




Choclat mousse

140 gram dark cooking coklat ( cairkan double boil) ..aku guna mikrowave je lbh kurang 1/2 minit.
1 sudu besar serbuk gelatin
100 ml air
2 putih telur
200 gram whipping cream - pukul sampai berkrim dan pekat
40 gram gula halus ( aku guna 30 g je).

cara

Campurkan gelatin dlm air dan biarkan 5 minit. pas tu campurkan pulak ke dlm coklat yg sudah dicairkan, kacau sebati n biarkan sejuk.
Pukul putih telur hingga kental sambil campurkan gula sikit2, kemudian masukkan whipping cream bersama adunan gelatin yg bercampur coklat td. kacau guna spatula pelan2 hingga sebati.
Tuangkan adunan ke atas brownies dan simpan dlm esbok hingga set  ( klu buat ptg ..tunggu esok)
tabur serbuk koko di atasnya..AKU TAK BUH..TERLUPA SGT2..

guna loyang springform supaya senang nk kuarkan..dan lapik dgn kertas minyak.

Sunday, November 13, 2011

menu sihatku..

Assalamualaikum

Menu simple kt atas tu antara menu sihat aku..Cuma potong telur rebus dan campurkan bersama hirisan daun salad, sedikit hirisan bawang besar, hirisan timun dan hirisan lada benggala. Siram sedikit dengan sos dan mayonis.


Ikan yg aku grill kt atas tu ikan dowry.. tak perlu perap berejam dan menumbuk tung tang bagai..aku cuma lumur lada hitam, sedikit rosemary, kicap cair masin dan sos pedas siam..siap..dan rasanya pun lazat..

laksa..tp jangan buh laksanya tu..cuma buh aksesori yg kt bawah ni ha..

tambah daun salad ...kenyang jugak.
ayam goreng perap ketumbar jintan, halia, bawang n tabur daun kari masa goreng.

Wednesday, November 9, 2011

Roti Arab


Assalamualaikum..

Byk sungguh cabaran nk update blog ni. Hari ni cuba masukkan 1 resepi..esok n lusa cuti menaip, yg sempat buat masa ujung minggu cuma lawat blog kawan2 je.

 Roti Arab ni kali kedua aku buat, kali pertama masa tgk rancangan masak2 kt tv..tp masa tu dia panggil roti puri. Kali ni buat lg tp ikut resepi sinaranmenu. Roti ni sesuai makan dgn kuah kari tapi x leh makan banyak ..agak muak sbb roti ni digoreng dgn minyak banyak..deep fry.

Bahan.

2 sb mentega
2 sb minyak masak
2 sb gula
300 ml air suam
6 gram yis segera ..aku guna 1 sudu besar
500 gram tepung gandum
garam secukup rasa

Cara

mentega, minyak n gula di bancuh dgn air suam.
gaul tepung, garam dan yis
campurkan semua bhn dan uli hingga sebati
perap 1 jam dlm bekas tertutp
uli smla dan bentukkan kpd 18 bebola kecil
canai nipis..0.4 cm
panaskan minyak, goreng sebiji..sebiji, tunggu kembung baru balikkan. (deep fry).


sedap makan dgn kari..buh dlm tipuware je .. bekal En abg ni..

Thursday, November 3, 2011

Kek Pesona


Assalamualaikum.

Kek pesona yg aku buat kali ni  ambil drpd blog  Masam Manis. Resepi asal drpd ryo. Mintak izin panjangkan pulak kt kawan2 akak ya..terima kasih byk2. Kek aku ni kejadiannya drpd segi paras rupa tak lah mempesonakan sangat sbb tangan aku ni x berapa seni. Drpd segi rasa...memang sedap. Kalu tergolong dalam kumpuklan cheese cake..apa nk kata...kompom sedap. Nk buatnya pun senang..x de bako2..mesti jadik punya.. bahannya pulak simple..apa tunggu lagi..mehlah cuba. Aku buat 1/2 adunan je..

Bahan

300 gram biskut marie perasa coklat
250 susu segar- panaskan takat suam2 kuku

250 cream cheese
5 ml susu segar
1/4 cawan gula halus.

Cara
Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati
Tuangkan susu segar dan terus pukul hingga kembang

Sediakan bekas yg dilapik dgn baking paper/plastik
Ambil biskut dan celup dlm susu suam td anggaran 1 saat ..kejap je tau
Susun dlm bekas, bila dah dpt 1 layer, sapukan adunan cheese td.
Buatlah sampai berapa layer @ biskut habis.setiap layer disapu adunan cheese..ulang proses yg sama je...
utk permukaan yg atas sekali..taburkan biskut marie yg dikisar halus..pas tu tekan pelan2.
Akhir sekali sejukkan dlm peti sejuk lbh kurang 6 jam sebelum dipotong.

Wednesday, November 2, 2011

Pau Labu

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih x menjengah ke sini, sibuk... pun x berapa sibuk..nak redakan selera sebenarnya. Kalu jengah sini nnti nmpk menu2 yg mengancam lari pulak diet aku...Tapikan..ikhlas aku cakap ni...syukur sgt2 sbb tercebur dlm dunia baru ni...dunia bloger masak2..yg untung tu dpt follow blog2 orang..org x follow kita x pe..jgn sedih. Kita yg nk ilmu so kita kena follow org. Terlalu ramai kawan2 bloger yg hebat2 memasak, setiap hari ada saja menu baru yg membuka selera dari sarapan pagi hinggalah makan malam. jadi... kita pun x kan kering idea apabila berada di dapur umah kita.

Dulu kan sebelum terjebak dgn semua ni..selalu je kepala ni buntu n fikir nk masak apa ari ni? Kuih apa lah yg sedap utk minum petang ni? Kadang tu terfikir gak nk makan kek tp tak tau ..kek apa yg sedap...dan sampai 1 tahap aku google je dgn menaip 'kek sedap' @ 'kek gebu'...

Tapi sekarang ni..hari2 aku leh jumpa kek sedap..bkn kek je..semua jenis masakan hasil perkongsian kawan2 yg hebat n pakar dlm bidang masakan. Ada saja resepi baru yg mesti dicuba, selagi x cuba x lena tidur...Terima ksih banyak2 ya kwn2 sbb kongsi resepi dan sentiasa memberi idea ..'nk masak apa hari ni '.

Masuk cerita pau kuning kt atas tu pulak...aku dpt resepi ni drpd wendy. Beliau sungguh kreatif, x caya cuba tgk blog dia. Kt tpt aku ni mudah sungguh nk dpt labu..maka...aku pun cubalah buat pau labu ni dgn inti labu jugak..sedap kata suamiku..

Bahan ( inti)

300 gram pumkin puree - rebus/kukus dan haluskan
30 gram gula
1 sudu teh tepung jagung

Campurkan semua bahan dan masak hingga pekat. Sejukkan sebelum guna..Buh dlm peti ais.



Bahan (pau)

60 gram gula ( aku kurangkan sikit)
90 gram pumpkin puree
1 sudu kecil yis
150 gram tepung pau ( aku guna gandum je)
1 sudu teh double acting baking powder ( aku guna baking powder biasa je)
10 gram butter


Pau ni kan sangat gebu..lembut wpun dah sejuk.

Satukan gula, pumpkin puree n yis. Ketepikan.
Satukan tepung, baking powder dan butter. Gaul ramas hingga terbentuk seperti serbuk roti.
Satukan adunan dgn campuran yg pertama td..gula, puree n yis.
Uli adunan hingga jadi doh.
Rehatkan adunan hingga saiznya menjadi 'double'
Uli smla 1@2 minit n bahagikan kpd 12 bebola kecil.
Bentukkan menjadi pau dgn masukkan inti yg kita siapkan td.
Buat hiasan dgn 'potongan' ..tekan sikit je dgn menggunakan 'dinner knife'.
Kukus setelah pau dibiarkan seketika ( kembang) 12 minit dgn api max.

* garisan tu akan berkurangan setelah dikukus. Klu nk cantik..lps kukus tekan lg dgn 'dinner knife' tu.


Powered By Blogger