Thursday, October 13, 2011

Chocolate Bottom Banana square

Assalamualaikum.

Penutup n3 utk minggu ni sbb pd hujung minggu kebanyakkan kaum ibu terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Pada hujung minggu juga lah anak2 akan terlalu sibuk menggantikan tugas x rasmi mamanya, mengadap laptop.

Nama glamour kek at atas tu...kek pisang coklat. Jumpa kek ni di dapur yatiememories. Suka juga mencuba kek pisang ni sbb en suami suka dan selalunya akan jadi bekal tuk dia. terima kasih ya yatie, minta izin share n simpan kt sini ya utk rujukan masa2 akan dtg.




Bahan.

1/2 cwn butter
1 cawan gula
1 biji telur
1 sk esen
1 1/2 cwn pisang lenyek
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 sk baking soda*
1/2 sk garam*
1/4 cawan serbuk koko

 ayak bhn bertanda *


Cara
Pukul butter n gula, masukkan telur, esen dan pisang lenyek. pukul sebati.
Masukkan dlm adunan bhn yg di ayak ( tepung, baking soda, baking powder n garam). Gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 2 bhg,
Campurkan 1 bhg dgn serbuk koko.
Griskan loyang 9x13 in. Tuang adunan selang seli iaitu adunan coklat dan adunan asal atau ikut kreativiti masing2.
Bakar 30 min dgn kepanasan 170'.