Tuesday, October 25, 2011

Dalca

Assalamualaikum

Dalca ni antara menu yg aku masak masa jamu tetamu yg datang ke umah 2 minggu lps layan dgn nasi serai. Aku masak dalca ni x buh santan sbb nk lebih sihat..tp rasanya tetap ok..Kalau kena caranya dalca ni mmg sedap, x terlalu pekat atau terlalu cair. Pandai2lah menentukaan kuantiti kacang dal.

Bahan

1/2 kilo kambing ( bhg rusuk) - rebus empuk. simpan air rebusan
2 gengam kacang dal- rendam 1 mlm.Rebus hingga lembut, kisar 1/2 bhg. Kalau dah hancur x yah kisar lg..
kacang panjang
terung bulat
lada hidup
lobak merah- belah 4
kentang - belah 4
tomato- belah 4
bawang merah- kisar
bawang putih- kisar
halia-kisar
serbuk kari daging
kayu manis, bunga lawang, pelaga
minyak utk menumis

Cara

Tumis rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar, bila dah naik bau masukkan pula serbuk kari (jadikan pes dulu) tunggu hingga naik minyak.
Masukkan daging kambing bersama air rebusan dan kacang dal. Jika daging dah empuk, masukkan sayuran. Masukkan yg lambat empuk dulu ya..akhir sekali..tomato.
Sesuaikan kuantiti kuah dan buh bahan perasa.
Boleh juga buh santan utk rasa yg lebih kaw..



Dalca ni lagi sedap bila kita dah perangat2 banyak kali makan pulak dgn roti canai..

Wednesday, October 19, 2011

Udang Goreng

Assalamualaikum.

Resepi yg mudah dan sedap. Anak2 x berapa gemar makan udang tapi kalu goreng cam ni mahu jugak mereka menyentuhnya. Sedang elok dimakan semasa panas-panas sbb ..rangup tp di bhg luar shaja, di bhg dalam masih 'juice' ....fresh.

Bahan

udang - bersihkan buang kulit, kaki n kepala
sedikit tepung tempura
1 biji telur - pukul ringan
bread crum secukupnya
minyak utk menggoreng.

Cara

Tos udang yg sudah dibersihkan
salut udang dgn tepung tempura
celup udang dlm telur yg dipukul ringan tadi
salut pula dgn bread crum.
goreng dlm minyak panas.

* kalau nak udang ni lurus setelah digoreng cucukkan ' tooth pick' di bhg blkg udang. Cucuk drpd atas ke bawah.

Tuesday, October 18, 2011

Sinigang Salmon Belly



Assalamualaikum

Masakan sinigang ni masakan org2 sini..filipino. lebih kurang mcm masakan kita ..singang. Rebus je x guna minyak. Sesuai utk org yg sedang mengawal kolesterol. Selain asam rebus, singang, masak cuka, dan sup kita boleh tambah 1 lg menu..sinigang. Sesekali ubah selera dan mempelbagaikan masakan apa salahnya.

Masakan ni pedas2 sikit dan masam2 yg terbit drpd kalamansi atau limau kasturi. Salmon belly ni pulak kaya dengan lemak omega 3 yg sangat baik utk kesihatan. Di sini sangat mudah utk mendapatkan ikan jenis ini. Kalau bhg belly ni mmg mereka dah pack2 dalam 1 kilo. Di Msia x pasti pulak...sbb sebelum ke sini, aku pun x pernah makan bhg belly ni..bahagian yg paling byk lemak. Boleh juga ganti dengan ikan lain kalau nak cuba masakan ni..Tak nak cuba ke?




Bahan

1/2 kilo salmon belly
 7 batang kangkong
1 biji terung panjang - hiris
1 batang carot putih - hiris dan celur sekejap
1 labu bawang besar belah 6
3 biji cili hijau - belah 2
3 biji cili api- kalau nk lg pedas
jus limau kasturi
garam
perasa

Cara

Masukkan semua bahan kecuali kangkung, masak hingga mendidih.
Masukkan kangkung, bahan perasa ,garam dan jus limau kasturi. Kuantiti jus limau kasturi tu agak2..sampai kuah terasa masam2 sikit.


Sunday, October 16, 2011

Jemput-jemput

Assalamualaikum

Org Johor kata jemput-jemput tp suamiku org utara kata..cucoq..apa2 je lah. Menu tradisi ni perlu dipelajari oleh anak2 dara  zaman  ni sbb...klu nk buat jemput2 pun x tau...lekeh lah...buat malu kompeni je.

Jemput2 ni x liat dan x keras walaupun sejuk gedi..sbb ada rahsianya..Rahsianya ...kena buh nasi yg dikisar. Kalau ada nasi mlm td x habis masih elokkan..jgn buang. Sok pg kisar tambah tepung leh jd bf.


x buh tauge pun..

Bahan

tepung gandum - suka hati byk mana. tp klu buat sampai 1 kilo lebihkan je nasi kisar.
bawang dadu
kucai - potong pendek
lada merah/hijau - hiris
ikan bilis/udang basah
sedikit taugeh- klu suka
1 senduk nasi - kisar dgn air.
garam
perasa

Cara

Bancuh tepung gandum dgn nasi yg dikisar hingga menjadi adunan yg sederhana kepekatannya. ( boleh disudukan). Jika terlalu pekat boleh tambah air biasa, klu terlalu cair tambah sedikit tepung.
Masukkan bahan2 lain..kacau sebati.
Panaskan minyak, goreng hingga masak.

layan dgn sos..lupa pulak nk buat sambal kicap.

Thursday, October 13, 2011

Chocolate Bottom Banana square

Assalamualaikum.

Penutup n3 utk minggu ni sbb pd hujung minggu kebanyakkan kaum ibu terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Pada hujung minggu juga lah anak2 akan terlalu sibuk menggantikan tugas x rasmi mamanya, mengadap laptop.

Nama glamour kek at atas tu...kek pisang coklat. Jumpa kek ni di dapur yatiememories. Suka juga mencuba kek pisang ni sbb en suami suka dan selalunya akan jadi bekal tuk dia. terima kasih ya yatie, minta izin share n simpan kt sini ya utk rujukan masa2 akan dtg.




Bahan.

1/2 cwn butter
1 cawan gula
1 biji telur
1 sk esen
1 1/2 cwn pisang lenyek
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 sk baking soda*
1/2 sk garam*
1/4 cawan serbuk koko

 ayak bhn bertanda *


Cara
Pukul butter n gula, masukkan telur, esen dan pisang lenyek. pukul sebati.
Masukkan dlm adunan bhn yg di ayak ( tepung, baking soda, baking powder n garam). Gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 2 bhg,
Campurkan 1 bhg dgn serbuk koko.
Griskan loyang 9x13 in. Tuang adunan selang seli iaitu adunan coklat dan adunan asal atau ikut kreativiti masing2.
Bakar 30 min dgn kepanasan 170'.



Wednesday, October 12, 2011

cheese tart lg..

Assalamualaikum

Practise makes perfect. Buat lagi utk baiki skills.. sambil2 jamu tetamu yg datang drpd Malaysia. Resepi rujuk di sini ya.




x cantik..warna lapu kuning..

kek cream caramel

Assalamualaikum..

Musim bloger buat kek caramel dah habis tp aku baru nk n3. Tak pa la kan..tak salahkan sbb ramai lg kawan2ku , anak2 buahku n adik2 ku yg masih belum cuba buat kuih ni. Kek ni 2 dlm 1..ada kek dan ada cream caramel. Tak susah pun nk buatnya jgn susah hati. hari minggu nnti blehlah mencuba lps tidur2kan anak tu, sbb klu x ada prjk cam ni maknya pun mesti tertidur samakan..

Kek ni dah banyak kali buat, rasanya kali pertama buat masa baru2 sampai kat sini  ..thn lps..Tapi bila 'musim' ni datang smla, kita pun buat lg..dan lagi..saja nk mencuba kelainan drpd pelbagai sumber.. sbb lain bloger lain cara..dan lain rasa. Buat kali pertama mmg lupa aku ambil dr mana, kali ni mencuba drpd   Ita Masam Manis   dan Sasha Rahmat.



Bahan ( caramel)

2 sudu besar gula
Taburkan gula terus ke dlm loyang 8x3 dan masak atas api perlahan. Tutup api bila gula dah mula cair dan bertukar warna keemasan.

Bahan cream caramel

3 kuning telur
2 telur
1 cawan susu cair
1 cawan susu manis
sedikit esen

Campurkan semua bahan, kacau sebati tp jgn sampai berbuih, tapis. Tuangkan bahan ke dlm loyang yg dah siap kita buat caramel td.

Bahan kek

3 kuning telur
135 ml air
3 sudu besar minyak masak
1/4 cawan gula
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*

* ayak bersama

Cara
Putar semua bhn kecuali bhn yg diayak hingga gebu, masukkan pula bhn ayak..kaup balik hingga sebati. ketepikan..

Bahan (meringue)

6 putih telur
1/3 gula halus
1 sudu teh cream of tartar.




Cara
Pukul putih telur hingga kembang, masukkaan gula sedikit demi sedikit bersama cream of tartar. putar terus hingga bertanduk.

Campurkan meringue td ke dlm adunan kek. Masukkan 1/3 dulu..kaup balik guna spatula hingga sebati kemudian masukkan yg bakinya, kaup balik hingga sebati. Bahagikan kpd 3 bhg n warnakan.

* nk buat meringue ni kena tau teknik tau.
Peralatan mesti bersih n bebas drpd minyak. Sbb tu aku buat meringue ni dulu sebelum buat adunan kek..mls nk basuh2 pekakas.

Cara nk buh dlm loyang yg dah ada cream caramel:

sendukkan 3 sudu warna pertama di tengah2 loyang, diikuti warna ke2 n warna ke3. Buat hingga 3/4 loyang. Buh pula 2 sudu warna 1..sama cam proses di tas. Akhir sekali guna 1 sudu..




Guna teknik steam bath. Buh dlm loyang yg berisi air panas. Letak kt rak yg paling bwh..45 mnit 160'





yg ini ikut resepi sasha rahmat..


yg ini ikut resepi Ita Masam Manis..caramelnya lembut sikit
jamu kt tetamu..

Tuesday, October 11, 2011

marble choclate cheese cake

Assalamualaikum

Dah sebulan buat kek ni tp baru hari ni ada kesempatan utk di n3 kan. kek ni sedap, lembut dan yg paling bestnya  ada gabungan cheese, ngamm...Terima kasih kpd yatiememories. Minta izin share kt sini pulak ya.

Bahan A

250 gm mentega
1 1/2 cwn gula halus
5 biji telur
1/2 cawan koko*
1 1/2 cwn tepung gandum*
2 sudu kecil baking powder*
1/4 cawan susu cair
bahan * ayak

Bahan B

250 gm cream cheese
3 sudu besar gula
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen




Cara

Panaskan oven 160', lapik loyang dgn kertas minyak dan lenserkan.
putar mentega hingga putih,
masukkan telur 1 per 1, putar hingga kembang
perlahankan speed, masukkan tepung selang seli dgn susu hingga habis, gaul sebati guna spatula. Ketepikan dulu

Dlm mangkuk lain pukul cream cheese, esen n gula hingga lembut
masukkan telur n pukul lg hingga berkrim

masukkan adunan coklat dlm loyang , ratakan kemudian masukkan pula adunan cream cheese dan ratakan. Buat sampai habis. Boleh juga ikut kreativiti sendiri. Bakar selama 45 minit.

Monday, October 10, 2011

Pau keledek



Assalamualaikum.

Teruja nk mencuba buat pau keledek ros ni setelah melihat di blog Nuri, bakery2embroidery. Tengahari tu jumpa, rasanya dan2 tu jugak nk p cari keledek. Dpt keledek dah dekat maghrib tp sbb semangat dah datang buat jugak mlm tu. Keras2 tangan ni jadik jugakkk bunga ros tp x lah secantik tuan asal wendyinkk.blogspot n Nuri punya.
Pau keledek ni lembut dan manis dia pun senang2 je, pendek kata x rugi mencuba. Buatnya pun x lah cerewet sgt. Sapa2 yg kreatif tu mesti jadi lebih cantik. Jom cuba.

Bahan

125 gm keledek yg dah kukus (aku rebus je)
100 gm air
6 gm yis
50 gm gula
25 gm shortening
225 gm tepung pau ( aku guna tepung gandum)*
1/2 sudu teh baking powder*
1/8 sudu teh garam*
ayak bhn *

Cara
lenyek keledek hingga halus
larutkan yis dgn 100 gm air
masukkan bhn yg diayak dlm mangkuk bersama gula dan keledek.Boleh juga letak sedikit pewarna ketika ini ..jika suka ( aku x letak)
masukkan bancuhan yis dan uli sebati hingga jd doh.
masukkan shortening dan uli lagi hingga sebati.
tutp adunan dan rehatkan adunan dlm 1/2 jam @ hingga adunan kembang sedikit.
Tumbuk doh dan uli sejap, bentukkan bebola kecil. ( nuri buat 12 kuntum = 30 bebola tp aku buat lebih kecil..60 bebola .)

Cara membentuk bunga

leperkan 5 bebola yg sama saiz, susun dgn menimpa antara 1 sama lain..timpa separuh je.



saja2 sapu jem konon2 sbg inti..



lepas tu gulung dgn kemas spt di atas.

ambil chopstik 'gergagi' di bahagian tengah melintang hingga gulungan td putus dua..maka jadilah cam ni..


kukus dgn api max 12 minit. Pastikan x timpa wap ya.

* utk dptkan gambaran yg lebih detail leh tgk kt tuan asal..spt yg dah dinyatakan diatas.
* oleh sbb aku buat waktu mlm, udara pun sejuk je..so adunan ni x leh cpt sgt mengembang. Lg 1..campuran yis tu aku xbuh semua sbb  takut terlembik adunan..ada dlm lbh kurang 2 sudu besar yg aku tinggalkan..so aku x ltk pun dlm peti semasa dlm proses mengubah.


Monday, October 3, 2011

Asam pedas johor

 Assalamualaikum

Dari sehari ke sehari nak menaip, tak jadi2. Hari ni curi masa sikit. Asam pedas ni menu yg tak boleh tinggal, dah sebati maklum sejak dara sunti lg dah pandai masak lauk ni..org Johor lah katakan..

Bahan

sebarang ikan - bersihkan, lumur kunyit
5 batang kacang bendir
2 biji tomato belah 2.
1 kuntum bunga kantan
beberapa tangkai daun kesom
1 batang serai - ketuk
3 ulas bawang merah *
1ulas bawang putih *
sedikit halia *
sedikit belacan *
lada kering- rendam- kisar *
air asam jawa
garam
sedikit minyak utk menumis





Cara
 Kisar bhn bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bhn kisar bersama serai hingga naik minyak. masukkan ikan, biar seminit dua, masukkan air sbg kuah secukupnya..agak2 nak mendidih masukkan kacang bendir yg dipotong dua, tomato, bunga kantan, daun kesom, air asam dan garam. Sesuaikan rasa. Tutup api jika dah mendidih dan sayur dah masak.

warna kuah kita ni x cantik sbb lada kering yg ada kt umah ni warnanya gelap sgt..yg bawa drpd Msia ari tu dah lama habis. tak de rotan akarpun berguna.

Powered By Blogger