Friday, August 5, 2011

Puding roti berkaramel




Assalamualaikum.

Puding roti ni rasanya saling x tumpah macam cream caramel, tapi saya lebih suka yg ini sebab nak hidangkan senang, boleh dipotong2. Puding yg sedap dan texturnya amat halus..Saya suka dengan puding ni..terima kasih kpd http://bakery2embroidery.blogspot.com/2011/08/puding-roti-berkaramel.html. Utk resepi asal bolehlah rujuk kt laman web tu.



Bahan

Utk Karamel
1/4 cawan gula
sedikit air

Utk Puding

3 keping roti - siat2
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sudu teh esen
3 biji telur ( kacau pelan jgn timbul buih)

Cara

Utk buat karamel, Masukkan gula dlm loyang dan buh sedikit air. masak dgn api perlahan. tutup api bila gula dah keperangan.

Utk puding plak, kacau perlahan 3 biji telur dlm 1 bekas dan ketepikan dulu. kemudian blend semua bahan lain hingga halus dan sebati. Masukkan bhn blend dlm telur, kacau sebati perlahan2, supaya telur x berbuih nnti hasilnya x halus kata tuan punya resepi. Pas tu kukus lbh kurang 45 minit...sejukkan baru simpan esbox..

Bingka suji

Assalamualaikum.

Mencuba resepi ni minggu lps lg sebelum puasa. Sedap bingka ni. Nak buatnya pun tak susah sangat. Kat umah ni masih byk lg stok tepung somalina atau tepung suji ni. Ini kes nk perabis stok la ni. Jumpa resepi ni kt sini..http://homekreation-recipes.blogspot.com/2011/04/baked-sugee-kuih-bingka-suji.html. Terima kasih..byk2.

Bahan

3 bijitelur
110 g gula
160g tepung suji
250 ml santan pekat
jus pandan @ 1 sudu teh pandan paste
1/4 sudu teh garam
435 ml air
90 gram butter
30 g tpg gandum

Cara

Satukan telur dan gula, pukul hingga gula larut, masukkan tepung suji, santan, pandan paste,garam dan air. Kacau sebati. Masak guna api sederhana hingga pekat. Tutup api, campurkan butter dan tepung gandum, jika dah sebati bubuh dlm loyang dan bakar 1 jam 90 drjh.