Monday, September 5, 2011

Masakan Muslim Filipino

ayam yg dimasak dgn serunding kelapa

Assalamualaikum.

Masakan di bawah adalah masakan muslim Filipino yg kebanyakkannya berasal drpd Mindanao. Masakan mereka tidak banyak beza dengan masakan kita, terutama rendang daging, ada juga masak lemak cili api tetapi mereka tidak menggunakkan santan yg pekat mcm kita.

Masakan ni saya beli semasa bulan puasa, kedai makan mereka hanya dibuka selepas pukul 4.30 petang. Di sini kami berbuka puasa pada pukul 6.15.

Kuih muih tradisional mereka yg saya jumpa dan suka makan ialah wajik, sama macam kita tetapi mereka taburkan tahi minyak di atas wajik td. Ada juga bingka ubi tetapi mereka tak guna gula merah dan atas bingka mereka campuran sapukan susu pekat dan cheese. Bingka ni saya dah pernah buat sendiri dan resepinya ada di sini , pada saya sangat sedap kuih ni.

rendang daging, banyak guna kerisik
kerabu/urap
daging masak kicap
hati lembu 
pucuk n batang keladi masak bersama ikan bilis yg digoreng n ada ikan kering...sedap sgt.
cucoq udang 
sambal terung
karipap n popia
nasi kunyit n ayam panggang