Thursday, June 30, 2011

Ayam masak kicap

Assalamualaikum..masakan ni kegemaran keluargaku..aku tambah bahan lain supaya kuahnya agak pekat. Klu nk makan dgn ketupat pun sesuai, sebb kuahnya boleh melekat cam rendang.


Ayam masak kicap!!


Bahan

1 ekor ayam (potong, bersihkan, lumur kunyit dan goreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar - kisar halus
2 ulas bawang puth - kisar halus
1 inci halia - kisar halus
3 sudu besar lada kering kisar
ketumbar biji (tumbuk halus @ serbuk ketumbar)
kayu manis, pelaga, bunga lawang
kicap manis
air asam jawa
lada hitam- tumbuk kasar
minyak utk menumis

Cara

Panaskan minyak,masukkan kayu manis n the geng, tumis bahan kisar juga serbuk ketumbar hingga naik bau, pas tu bubuh kicap manis, masukkan ayam, gaul rata, masukkan air asam jawa, tabur lada hitam..sesuaikan kuantiti kuah..pas tu adjust rasanya..2 minit sebelum tutup api tabur bawang besar yg dihiris bulat dan sebatang lada hijau@merah sbg penyeri..

sayur betik muda


Sayur betik muda ni adalah sayur kegemaranku, sedap sungguh. Zaman remaja dulu selalu masak sayur ni tapi anak2 ku tak tau makan..anak2 moden kot..Aku pun dah lama x masak sayur ni sbb susah nk dpt betik mengkal..tp kt manila ni..betik muda gini byk dijual agaknya diaorg pun pandai buat sayur mcm kita kot. Maka berulanglah sejarah silam ..yg makannya aku dgn suami je..

Bahan

betik mengkal (kuning sikit2 je..masih keras) - diracik
bawang putih 1 ulas *
bawang merah 3 ulas *
sejemput ikan bilis *
sedikit lada hitam*
sedikit santan pekat
sedikit minyak utk menumis

Cara

tumbuk bahan bertanda*, tumis hingga naik bau, masukkan betik yg sudah diracik halus td, tambah sikit air jika dah lembut masukkan santan pekat sikit..perasa dengan garam dan klu suka buh aji..

gambonya jap lg ya..

Kek belang




Assalamualaikum..kek belang ni kek yg paling simple dr segi bahannya..mcm kek yg mak kita selalu buat dulu2 masa kita kecik2..Pertama kali buat aku dpt melayer dgn rata mcm kuih lapis tu..tp bila buat kali kedua..sebab nk cepat dan masa menuang adunan tu tertinggi sikit maka kali ni jadi berombak mcm tsunami pulak tapi rasanya tetap sama..Aku buat 1/2 adunan pun dah cukup..dpt kongsi dgn jiran lg..so klu nk 1/2 adunan ..bagi 2 je la ya..bhn2 tu..

Bahan

5 biji telur
250 gram butter
2 1/2 cawan gandum
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen
serbuk koko utk layer
pewarna

Cara

Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur 1 per 1, pukul lg..masukkan esen, susu sambil terus pukul..akhir sekali masukkan tepung, mix guna speed paling slow.

Bahagikan adunan ikut bilangan warna yg dikehendaki. Tuang adunan dlm loyang dan ratakan, tabur koko guna penapis yg kecil, buh adunan warna lain sbg lapisan kedua, tabur koko dan melapislah sampai habis semua adunan kita tu td...bakar dlm oven 45 minit 170 drjh..



dpt 18 slice saiz cam ni..wpun but 1/2 adunan..

Roti labu



Assalamualaikum. Semalam tertengok rancangan masak2 Chef Wan, dia ajar buat roti labu..masa tu tgh bakar roti kentang, bagaikan org ngantuk disorong bantal yalah..nk tau betul x skill yg kita guna slama ni. Kat dapur pulak mmg ada labu. Klu nk tau kt Manila ni mmg byk sgt labu, melambak2, murah plak tu. So pg ni kul 5 pg start projek ..guna resepi yg sama utk buat roti kentang cuma berbeza sikit dr segi kuantiti labu..Benarnya nk dapatkan kuantiti labu lecek yg tepat ikur resepi mmg susah so kita adjust jumlah tepung je lah..Roti ni warnanya kemerahan tau..

Bahan

300 gram labu lecek
3/4 sudu teh garam
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung (bantai je susu anak)
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh softener
2 sudu besar butter/shortening
1/2 biji telur
300 gram tepung high protin
2 sudu teh yis
20 ml air

Cara

Masukkan semua bhn dlm bread maker kecuali air..masa dlm proses uli tu..jengah2..klu perlu je masukkan air..klu dah elok..x yah bubuh air.(doh yg elok..x lekat di dinding Bm kita) Uli lbh kurang 15 minit. rehatkan doh hingga saiznya naik 2 kali ganda.

Bila dah naik..tumbuk doh..buang semua angin yg ada..uli jap n bentuk2 kan kpd saiz yg lbh kecil..aku buh inti butter kt dlm doh..saiz besar ujung jari kelingking je..

Biarkan saiz naik 2 kali ganda lbh kurang 20 minit, sapu telur yg berbaki td..bakar 14 minit dgn api 195 darjah..kuar oven je..sapu butter atas permukaan roti..roti akan berkilat..


yg ni tabur gula

tabur cheese