Saturday, June 25, 2011

kinilaw@salat ikan mentah

Kinilaw ni masakan mskt filipino sama seperti masakan sarawak yg dipanggil umai. Menggunakan ikan mentah tapi akan 'masak' setelah diperap dengan cuka dan jus limau kasturi..jgn risau. Klu bayangkan..mmg x lalu nak makan kot tp setelah mencuba ..mesti nk lagi. Anak ku yg sulung dan bongsu sangat2 suka..Selalunya kita guna ikan tuna, kt sini x de masalah nk dapatkan ikan tuna ni..saiz ikan ni sebesar org. Biasanya penjual dah 'slice' kan so balik umah kita cuma potong je kecil2.

Bahan
1/2 kilo isi ikan tuna - kiub tp agak nipis
1/2 cawan santan pekat @ susu segar
1/2 cawan jus limau kasturi
1 1/2 cawan cuka
1 labu bawang besar - hiris
halia sebesar ibu jari - hiris halus
2 biji lada hijau
2@3 biji cili api
1/2 biji timun - belah 2 dan hiris
garam secukup rasa

Cara

Perap kiub ikan td dengan cuka lbh kurang 2-4 jam. Setelah itu basuh ikan dan toskan.
Campurkan dgn semua bhn lain, sesuaikan rasa..hidang selepas 1 jam diperap.
Rasanya..masam2 manis (dr santan) dan ikan tu lembut je..

Kali ni guna santan dan perapdlm peti sejuk..tu yg nampak santan mcm  'beku'

Roti jala berinti



Selalu kita buat roti jala kosong dan dimakan dgn kari daging..tp pagi ni aku buat yg berinti utk bekal suami. Klu utk dibuat bekal ni kan susah nk cecah2 kari..leceh. Rasanya semua org tahu buat roti jala, senang je kan..aku jadikan n3 kali ni sbg pencetus idea je..kdg2 kita lupa..dan tertanya2 ( kita gak yg kena jawab) apa nk masak pg ni...layan je lah..

Bahan

200 gram tepung gandum
400 ml air
1/4 sudu teh garam
secubit serbuk kunyit

Cara

satukan semua bhn dan blend..

Utk inti

2 biji kentang - dadu
1 biji carot - dadu
200 gram daging kisar
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - penyek je..
2 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari daging - jdkan pes

Cara

Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau, masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga naik minyak, masukkan daging kisar, kentang dan karot. Tambah air dan tunggu hingga kentang empuk.. buh perasa. Inti x basah sgt tau..lembab2 je.

Guna acuan roti jala dan frying pan ( oles sikit je minyak )..kirai2 lah batter..ikutlah nk corak apa pun..angkat bila permukaan dah kering..buh inti dan gulung..mcm ketayap tu..siap tuk dihidang..





inti
sblm buh inti

buh inti kt tepi

Roti kentang



roti kentang kastad
Resepi ni dpt drpd My resepi, tapi aku dah ubah sedikit bahan2 dan kuantitinya..hasilnya..sangat sedap, gebu dan lembut wpun selepas 24 jam..x caya..cubalah..Semua bhn2 ni boleh beli di PSP tpt kita..so jgn risau yee rahimah. Lps ni aniza pun boleh la cuba, takut karat plak bread maker tu klu simpan lama sgt. Klu ikut resepi asal..mereka cuma guna 60 g kentang lecek dan 135ml air..dan mereka x guna bread improver, softener dan lemak sayuran yg lain2 tu serupa je..Suka hatilah nk ikut yg mana 1..tp klu guna resepi di bawah ni..hasilnya lbh membanggakan..InsyaAllah..

Bahan

200 gram kentang lecek (aku guna yg ready made..cuma bancuh dgn air panas)
1/2 biji telur
3/4 camca teh garam
2 sudu besar susu tepung ( susu anak pun boleh)
4 sudu besar gula
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil softener
2 sudu besar butter @ lemak sayuran/shortening
300 gram tepung high protin
2 sudu kecil yis
30 ml air suam
*Butter beku yg dipotong dadu, saiznya sebesar ujung jari kelingking je (utk inti)

Cara

Uli semua bhn kecuali * hingga sebati . Kalau guna bread maker masukkan semua bhn ikut urutan. Hati2 dgn jumlah air..masukkan sedikit2..takut terlembik. Tp klu terlembik..tambah tepung sedikit..hingga jd doh. Aku uli lbh kurang 15 mnit je..sambil jengah2 utk pastikan doh menjadi. ( smlm buat ikut resepi asal..doh terlembik sbb  aku guna byk  kentang, ikut resepi asal cuma guna 60g tp aku guna 200g) konon nk sedap..lg pun dah terlanjur bancuh byk..sayang plak nk buang.

Lepas uli dan dah jd doh biarkan doh naik 2 kali ganda (letakkan doh ditempat yg agak suam,jauhkan dr kipas, doh susah nk naik ltk tpt sejuk2)..lepas tu tumbuk doh utk keluarkan angin dan bentukkan kecil2. Smlm aku dpt 29 biji. Semasa bentukkan masukkan butter yg dipotong dadu sbg inti.

Biarkan lbh kurang 45 minit hingga saiz naik 2 kali ganda..sapu telur yg baki 1/2 biji td, boleh gak tabur gula atas roti td dan kalau rajin boleh hias dgn kastad...bakar 15 minit api 195 darjah..

Resepi kastad

3/4 cwn susu segar
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh butter
1/2 sudu teh esen
secubit garam

Campur semua bhn, kacau sebati n masak hingga pekat.
Masukkan kastad dlm plastik yg digunting sedikit bucunya dan picitkan atas roti sblm d bakar.

Sebaik keluar oven, aku lanserkan roti dgn butter yg beku..roti akan berkilat dan baunya lbh mengancam..




adunan siap diuli



adunan dah naik 2 kali ganda

bentukkan menjadi bebola kecik
Bebola kecil td dah naik 2 kali ganda setelah dibiarkan lbh kurang 45 mnit
hias dgn kastad

yang ni tabur cheese
yg ni tabur gula

close up
Powered By Blogger