Sunday, December 22, 2013

Asam pedas periuk noxxa


Asam pedas noxxa



Bahan

kisar bwg merah, bwg putih, sedikit halia, cili kering, sedikit belacan.
on stir fry, buh minyak msk dlm periuk dan tumis hingga naik bau. Off . masukkan ikan, tmbah air, tambah perasa, asam dan garam, daun kesum dan bunga kantan. dan on highpress 4 minit..siap..
Roti naza
Roti (resepi naza)
Mencuba kepelbagaian cara untuk dapatkan hasil yang terbaik..
Bahan
 air suam kuku, 1 bji telur 2 sb susu pekat = jadikan jum. 280 ml
1 paket yis
7 sb gula (utk bun)
* campurkan 2 bhn ini ke dlm cecair di atas biarkn hingga nmpk berbuih
tambah 2 sb butter , 1 sb shortening, 1 sb susu tepung dan sedikit garam ke dlm..
500 g tepung roti.
masuk dlm bread maker n onn hingga selesai bibik tu menguli.
tggu naik lbh kurang 1 jam
tumbuk2 utk buang angin..masukkan beg plastik n ramas2 boleh..klu mls..on je smla bread maker tuh.
baru bentukkan..buh le inti kcg merah ke..inti kelapa ke..ikut suka.
tggu naik lg baru masukkan oven..bakar selama 13 mnit api 200.
masa roi msh panas ..sapukan butter..bru nmpk berkilat.

Daging goreng

Daging goreng noxxa

Masakan yang simple dan daging pun lembut.
Saya cuma perap  sekejap daging dengan garam, kunyit, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam.
Masukkan daging dlm periuk..tambah air lbh kurang 1 cup..tutup periuk dan highress selama 20 minit. Buang wap..bukak tudung dan saya on stir fry sehingga agak kering sedikit kuahnya..Off dan tabur bawang besar yg dihiris kasar..x sempat masukkan bawang..anak dah serbu.

Dodol

Dodol Noxxa
Ni guna santan perah tangan..x cantik sgt..nk wat cam mana..tuannya x sabar nk cuba..x leh nk tggu esok2.


Bahan

500 ml santan pekat (beli kt pasar) bkn santan kotak
2 cwn tepung pulut..
1 sb tepung beras
3 cwn gula merah
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara

Masukkan suma bhn dlm blender ( kecuali daun pandan) n blend hingga sebati
Tapis adunan dan tuang dlm periuk
tombol arah steam dan on steam 2 minit.
buka tudung dan on stir fry kacau hingga berkilat  nmpk berminyak.




Saturday, December 21, 2013

Periuk Pelbagai Guna

Periuk Noxxa


Periuk Noxxa pelbagai guna.
Akhirnya tergoda juga dengan periuk ni. Tapi tak menyesal beli sebab memang berbaloi.
Bukan setakat memudahkan keja di dapur tetapi amat menjimatkan masa. Fungsinya juga pelbagai. Boleh merebus, menumis, mengukus, buat popcorn, masak dodol dan macam2 lagi..buat kek pun boleh.
1.Untuk masak nasi tak kira nasi goreng nasi putih, lemak, mimyak, tomato,serai, arab dan segala jenis nasilah..hanya mengambil masa 7 minit tanpa mengira kuantiti. Nisbahnya...1 cup beras = 1 setgh cup air + setengh cup air lg.
Hanya tumis bahan ( guna stir fry) off setelah naik minyak, tambah air ikut sukatan, masukkan beras, tutp peutup periuk dan on high pressure selama 7 minit.  Siap.
2. Bihun goreng.
1 bungkus bihun elok guna brand jasmin. Basuh sahaja tak perlu rendam.
Sukatan air..1 bungkus bihun=3 cup air.
Tumis rencah,.(stir fry) masukkan ayam dsb..masukkan air, bahan perasa..off  tutup periuk dan on steam 2 minit. Siap..Buka tudung masukkan sayur sawi n taugeh. tutup periuk kejap..siap..
3. Untuk sukatan pulut pula..2 cup pulut = 1 1/2 cup air + 1/2 cup santan pekat.
basuh pulut dan tos. masukkan air pas tu masukkan pulut tutup periuk tekan highpress 7 minit..lps buang wap..masukkan santan.gaul sebati dan tutup smla periuk.

Thursday, December 5, 2013

Wednesday, December 4, 2013

kek kukus masam manis

Kek Kukus Masam Manis



Bahan2
325 g butter
250 g gula castor
300 g tepung naik sendiri
6 bji telur
1 st esen
100 g asam manis - potong kecil

Cara

butter n gula pukul sebati
masukkan telur 1 per 1 dan terus mix sebati
masukkan esen, tepung n asam manis
bubuh dlm loyang 8 in tutp dgn aluminium foil kukus 1 jam..



sedap juga kek ni..lupa ambil di mana..

Tempahan

kek carrot


snow cheese kek


cream puff


marble cheese kek


snow cheese kek








kek coklat moist.





Resei kek ni ambil dari buku yg dah lama dibeli. Kek yg sedap dan lembab.

Bahan.

170 g butter
180g gula castor (asal 240g)
80 g koko powder
300ml susu cair/susu segar
3 bji telur
200 g tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking pwder
1/2 sudu teh garam

Cara

panaskn oven 180 dan lanser loyang 9 in dgn butter
pukul butter dan gula hingga creamy
dlm mangkuk lain mix serbuk koko dgn sedikit susu hingga jd paste
campurkn paste td ke dlm adunan yg dipukul.
masukkan telur 1 per 1
satukn tepung garam n baking pwder an ayak
+ kn bhn ayak ke dlm adunan selang seli dgn baki susu. Guna seduk kayu saja ya.

bakar selama 45 minit.
dah sejuk siram ganache coklat..




Tuesday, December 3, 2013

kek pesona

Kek yg kt dpn tu..senang je buatnya..lbh kurang mcm kek pesona tp saya ubah suai guna bhn yg ada kt umah.
saya guna biskut marie yg dicelup sebentar dgn susu segar. Kmdian saya layerkn dgn adunan cream cheese ( cream cheese+susu pekat+whipped cream yg d pukul sebati. Quantiti ikut kemanisn yg kita inginkn.) 
Yg nmpk kuning tu plak saya tabur dgn mangga yg d ptg dadu. Akhir sekali d bhg ats saya tabur dgn horlick dan milo.
sejukkn beberapa jam dlm peti sejuk sblm d potong. 
Juadah ni saya sediakn utk ank2 murid 5 pro yg berkunjung ke rumah semasa hari raya haji thn ni.
boleh je ubah suai ikut selera senduri.





Sunday, December 1, 2013

menyahut cabaran

Hari pertama..
Menu hari ni..




Berlari2 anak je..tu pn gatal seluruh badan..dah lama x bersenam..habis gegar semua lemak2.
Semangat berkobar kobar untuk mencapai target. Tggu hasilnya .


Thursday, October 24, 2013

Cream Puff

Cream Puff

ASSALAMUALAIKUM.


Bahan :
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh diganti dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum  *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar gula kastor -secubit garam 4 biji telur
1 sdk esen vanila
Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidihMasukkan bahan2 kering yang di ayak.Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer.Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.Masukkan juga esen vanila.Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)"On" kipas oven jika ada.Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

Resepi Filling Kastard
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu ) 

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
*Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Cara menyediakan Cream Puff
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.
Jemput makaaannn.. 


    Tips :
    Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
    Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
    Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
    Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
    Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata... 
    Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
    Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....

    Friday, July 5, 2013

    Lemon cheese cake

    Terima kasih kepada ....puas cari x jumpa. Maaf byk2.
    Kek ni tempahan jiran setaman.

    Resepinya..
    Base.
    kisar biskut digestive @ marie/oreo/tiger gaul dengan butter yg d cairkn. Sukatan agak2 je..yg penting bila d gaul dgn butter cair tu, biskut boleh di kepal.
    Pas tu tekan kt dasar loyang.
    klu x de loyang springform tu boleh guna loyang biasa. lg senang cuma lapikkn loyang dgn aluminium foil.



    Filling..
    250 gm cream cheese
    1/2 cwn gula halus
    1 telur + 1 kuning telur
    1 biji parutan kulit lemon ( bhg luar je tau. parut hati2 x mau terkena yg putih, nnti pahit plak.
    1 sb jus lemon
    1/3 bahagi lg 2..aku x tau sukatannya mcm mana. fresh cream.


    Cara..
    pukul cream cheese dgn gula hingga soft
    masukkan telur, pukul lg
    masukkan  fresh cream..terus pukul..akhir sekali masukkan parutan kulit lemon n jus lemon
    bakar 150' selama 45 minit 
    loyang d masukkn dlm loyang yg lbh besar n berisi air panas..kompom x merekah
    jgn lupa tinggalkan kek dlm oven lbh kurang 1 jam slps kek masak. buka pintu oven sedikit supaya x berkuap.
    sejukkan semalaman bru boleh d makan.





    Choclat Moist Cheese Cake

    choc moist cheese cake



    Dapat resepi ni dari blog kakzu semanis gula.. Dah banyak kali cuba, elok je boleh potong. Rasanya pulak sangat sedap. Kawan2 pun dah ada yg menempah setelah mencuba sekali semasa jamuan hari guru di sekolahku. Terima kasih byk2 kpd kakzu.
    Resepi ini boleh di lihat di

     Juwita 
     Dauz 
     My resepi 

    Lapisan bawah ( 1 )
    180 gm biskut tiger
    110 gm butter

    1.Hancurkan biskut tiger. ( kkzu masukkan dalam plastik dan tumbuk gune penggelek karipap, amik kau sekejap je dah hancor )
    2. Cairkan butter dan satukan dengan biskut.
    3. Tekan padat dalam loyang base ( loyang boleh bukak ) dan masukkan dalam petisejuk sementara nak siapkan lapisan atas.


    Lapisan Atas (2 )
    250 gm creamcheese
    120 gm gula castor
    150 gm uht whipping cream 
    *1  tbsp gelatin
    * air panas secukupnye ( bahan * di kacau hingga sebati ) 


    1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
    2. Masukkan whipping cream
    3. Gelatine dan susu segar di satukan dan masak atas api hingge gelatine larut.( kkzu campurkan gelatine dengan 60 ml air panas dan kacau hingge larut )
    4.Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.
    5. Tuang adunan cheese ke atas base biskut dan sejukkan di dalam petisejuk selama 1 jam @ hingga mengeras ( mungkin lebih cepat keras mengikut suhu petisejuk masing2 ye.
    Tak boleh cakap banyak, belum kemas umah lg ni, nk msk lg..
    Powered By Blogger