Sunday, July 24, 2011

up side down pizza


Assalamualaikum

Resepi ni belajar dr Izah muffin lover , http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/upside-down-pizza.htm   .Anak2 suka makan jenis masakkan yg cam ni..buatnya pun mudah jugak.Aku start buat kul 5 pg..termasuk masak fillingnya sekali n kuar oven kul 6 pg..sempat buat bf diaorg sblm g kolah. Cepat kan..Terima kasih Izah.

Bahan  (filling)

Boleh guna isi ayam @ daging kisar. Aku guna daging kisar je. Masak je..tumis dgn bawang merah, bawang putin, buh lada hitam, rosemary sikit, oregano, sos tomato, sos cili, garam, gula..aku guna sos ready made yg tuk buat spagethi tu. Yg suka boleh tmbah sayuran yg sesuai.

Adunan Beter

2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu teh garam

Blend je suma bhn ni.

cara

Tuang filing dlm bekas tahan panas, pas tu taburkan parutan cheese mozarela, tuang pula beter di atasnya Masukkan dlm oven 180 drjh selama 25 minit. Aku tabur lg cheese n masuk smla dlm oven slama 2 minit.

tabur mozarela cheese atas filling
tuang beter
tabur lg cheese atas adunan yg dah masak
msukkan oven  smla 2 minit utk cairkan cheese
hasilnya..sedap...

Jus Pegaga

Assalamualaikum.
Rezeki aku menyewa di rumah ini dpt pokok pegaga sekali. Pokok pegaga kt sini elok tumbuh melata masa musim panas..bila dtg musim hujan..daunnya jd mcm berkurap plak. Terbalik kot..kt tpt kita bila musim hujan baru dia naik elok kan...apa2 je lah..Sebenarnya org sini x tau pun ttg pokok ni apatah lg khasiatnya. Kuasa Allah..mcm mana pokok ni boleh melata plak kt halaman umah aku..

Makan pegaga ni bagus tau terutama utk org perempuan lps bersalin..boleh mengecutkan rahim. Utk org yg x bersalin plak boleh gak makan, kulit akan cantik berseri2..awet muda. Bentuk daunnya yg seperti bentuk otak manusia boleh meningkatkan kecerdasan..sesuai juga utk anak2. Tapi diaorg x mau minum sbb baunya. Untuk hilangkan bau maung daun pegaga ni perahkan sedikit lemon..

Bahan

secekak daun pegaga - bersihkan
sedikit madu/ gula batu/gula pasir
sedikit perahan lemon

Cara

Blend pegaga, tapis dan campurkan bhn lain..sejukkan..

tumbuh sekelompok di laman dpn umah



blkg umah..

Nasi lemak


Assalamualaikum

Seminggu sekali mesti masak nasi lemak, bukan ketagih tp malas nk fikir menu lain. Anak2 ni tau.. ikan x mau, sayur x makan, yg dia tau nk lauk ayammm je.Kalau offer telur pun suka lah sangat. Kt sini saangatlah susah nk beli ayam..bkn mcm kt jln 4, stok abis je lari g kedai blkg..dpt ayam. Kt sini 2 minggu sekali baru g beli ayam sbb jauh kt sanun..sekali g beli 6 ekor ayam, 2 kilo daging 1 kilo daging kisar ...jenuh aku menyiangnya...stok utk 2 minggu. Habis lauk ni.kena.makan ikan..TERPAKSA..mak n paknya kena cubit2kan utk 4 org anak yg dah beso2..x leh ada kulit sikitpun..kalau termakan sikit pun dia rasa loya nk termuntah..ikut perangai sapa entah..aku suka je..tulang je aku x makan.

Nasi lemak ni ikut cara masak belah mertuaku, suamiku yg mengajonya..sbb mak dia masak macam ni masa dia kecik2 dulu. Layan je lah..

Bahan

beras ..suka hati berapa pot pun
santan kelapa
bawang kecil - hiris
halia - ketuk/hiris
sedikit halba
daun pandan
garam

Cara

Bersihkan beras, tuangkan santan mengikut sukatan yg biasa anda guna, masukkan hirisan bawang, halia, halba, daun pandan yg disimpul dan garam secukup rasa.

Kelainannya di sini ialah penggunaan halba. Bukan halba campur tau..halba campur tu utk masak kari. Beli kt kedai mamak atau india. Bijian kecil warna kuning keorenan..Klu nk lbh aroma titikkan serai..aku x buh sbb pokok serai aku segan nk hidup pasai hari2 aku dah kerjakan..x sempat rimbun..


Roti Yogurt




Assalamualaikum

Nampak roti ni di blog http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/roti-kismisyogurt.html.. Teruja utk mencuba jugak dan hasilnya membanggakan Roti yg sangat lembut sama mcm roti kentang dan roti labu yg dah buat hari tu. Aku buat 300 gram je dan dpt 20 biji sedang elok utk keluargaku.  Me kasih Izah sbb kongsi resepi.

Bahan

1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1 sudunkecil garam
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil softener
2 sudu besar shortening
125 g yogurt
3 sudu besar air suam ( jika perlu)
300 gram tepung high protin
2 sudu kecil yis kering

Cara

Masukkan semua bhn mengikut urutan dlm BM..dan on.Sesekali jengah klu perlu masukkan air, klu dah elok adunan x yah...sbb aku guna yogurt tu sampai 125 gram, klu ikut resepi asal cuma 50 gram je..mls nk simpan baki sikit2..

Yg uli manual pun boleh cuma uli macam biasa..

Aku uli hingga sebati je x lama sangat, biarkan doh naik 1 kali ganda ( lbh kurang 1 jam) (letakkan doh di tempat hangat supaya adunan cepat naik). Sementara tu buat kerja lain.jgn tunggu dpn tu nnti dia segan nk naik..

Jika adunan dah kembang.tumbuk doh utk kuarkan angin, lps tu terus bentukkan..aku buat 20 biji. Dah siap bentukkan tunggu lg sampai dia naik lg 1 kali ganda..sapu susu manis tabur gula dan bakar190 darjah 14 minit.



Seri Muka

Assalamualaikum,

Buat kuih ni utk bekal suami 'menebas' bersama dgn kwn2nya drpd Palau dan Pakistan. Kawan2 dia ni suka makan kuih muih Msia. Tiap minggu mesti kena pikir menu utk bekal diaorg ni..
Saja aku masak pulut ni lebih sikit, pagi makan dgn serunding dan belah petangnya buat kuih seri muka.biar hangin satu badan.

Bahan (utk bhg bawah)

pulut (rendam 1 mlm)
santan
garam

Pada aku kukus lbh senang, bubuh pulut dlm loyang, buh santan (separas pulut je), dan garam, kacau sikit bg garam tu larut dan kukus lbh kurang 1/2 jam. Biasanya bhg pulut ni buat nipis je..sbb anak2 aku nilah mkn yg atas je..so nk sukatnya.masa rendam tu guna loyang yg sama, dr sini leh la kita dpt agak ketinggian pulut tu..nk tinggi takat suku loyang ke.setengaah loyang ke.ikut masing2.

Bahan (utk bhg atas)

1 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan santan dan jus pandan (blend sekali)
3/4 cawan gula
1 biji telur
garam secubit

Masukkan semua bhn dlm blender dan blend hingga sebati, tuang atas pulut yg dah siap kukus tadi ,jgn lupa tekan dan padatkan dlm loyang dulu. Kukus semula 40 minit. Aku guna loyang 6 kali 6 inci...ngam2 je..



loyang tu lapik dulu dgn aluminium foil supaya senang nk potong dan kuarkan

Pulut serunding



Assalaamualaikum

Mula 2 nk buat pulut inti..tgk2 gula merah habis la plak, gula kabung ada 1 ketul lg tp sayng nk guna. Tak de kt sini tuu.aku bawa dr Msia, esok2 nk guna utk buat kuih buah melaka, Husna suka. Jadiknya ubah haluan..buat serunding maka jadilah pulut serunding. Aku dgn suami je yg makan pulut serunding ni...anak bujang makan dgn nasi konon2nya nasi ambeng...

Bahan

pulut
santan
garam

Kukus  pulut yg dah direndam 1 mlm. Perahkan santan agak2 paras pulut dan buh garam. Lbh kurang 15 minit lps kukus..tgk pulut klu nk... boleh buh sikit lg pati santan, gaul2 guna senduk pas tu kukus smla lbh kurang 20 minit lg.

Bahan serunding kelapa

1/2 biji kelapa parut
5 tangkai lada kering- kisar
2 batang serai- kisar
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan - kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar udang kering- kisar
3 ulas bawang merah -kisar
1 ulas bawang putih - kisar
garam
gula

Cara

tumis bahan kisar sampai naik minyak, masukkan serbuk kari, ketumbar, jintan, kunyit, kacau sebati akhir sekali masukkan kelapa. Kacau terus dgn api kecil hingga kelapa agak ringan dan kering.