Sunday, February 10, 2013

Slice Cheese Cake
Slice Cheese Cake
Suka sgt dgn kek ni, sedap. Gebu n lembab2 gitu. Jumpa kt ..dapurmas. Sesedap rasa, tidak terlalu manis. Mintak izin cnp kt sini utk rujukan sendiri. Terima kasih Mas. Tapi ada 1 masalah yg x dpt diselesaikn..jenuh cari kt blog2 lain..x dpt juga..tang filling tuh..aku x pasti guna jenis yg mcm mana. aku punya filling suma tenggelam..x mcm mas punya..huhu tp x jejaskn rasa..kira ok lah tuh. Kena nuntut juga dgn sifu ni..
Blueberry Slice Cheese Cake
Resepi :  HaSue
Sumber : Izahdaut

Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90 g gula halus
110 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110 g mentega @ marjerin
Blueberry filling secukupnya



Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c, gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. 
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega @ marjerin.
Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah).
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling * yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.

Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang  sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven).
untuk lihat step by step...klik  SINI.