Saturday, June 18, 2011

bingka ubi (filipino) @ casava cake



Assalamualaikum...hari ni aku jadi tikus yg cuba baiki labu..konon nk edit2 bg cantik langsung terdelet..addoi aii..oleh kerana resepi ni sgt sedap aku x sanggup nk tgk resepi ni hilang begitu saja..x pe la aku taip smla..SELEPAS 1 BULAN..ha...ni dia gambonya..buat lg kuih ni smlm utk dptkan gambonya..

Bahan

2 cawan ubi parut yg telah diperah airnya
2 biji telur*
3/4 cawan gula pasir*
3/4 cawan susu cair*
1/4 cawan susu pekat manis*
1/2 cawan santan*
1/4 cawan butter ( cairkan)*
parutan keju (topping)
1/4 cawan susu pekat manis (topping)
secubit garam
pewarna kuning- sikit je..x letak pun x pe..

Cara

Satukan bahan yg bertanda *, kacau sebati dan asingkan 1 cawan (utk topping). Campurkan yg selebihnya  dengan ubi parut, kacau sebati , bubuh dlm loyang yg sudah disapu minyak/butter, bakar 180 drjh selama 40 minit.

Masak liquid yg kita asing td hingga pekat, sapu atas bingka, ratakan juga susu pekat manis, dan tabur parutan keju. Bakar semula 10 minit hingga warna bertukar keperangan..SIAP


lps masak..taburkan cheese n masukkan smla dlm oven 

baru kuar oven..

rasa..lemak manis susu dan cheese..mengancam..

Begedil kentang

tunggu di ngap...
Begedil kentang ni sgt sesuai dimakan dgn soto..Selalu aku buat banyak2 dan simpan dlm peti, esok2 tinggal goreng je..Bkn esok2..esoknya pun dah licin. Sbb anak bujangku bkn mkn dgn soto je..dgn nasi pun jadi..SEDAP katanya...

Bahan

2 biji kentang (direbus takat empuk je..bkn sampai lembik)
1 labu bawang besar - dadu
2 biji cili hijau @ merah - hiris
secubit garam, lada sulah klu suka buh sikit aji.
Sebiji telur - pukul sikit

Cara

 Hancurkan kentang bersama bhn perasa (jgn tumbuk dgn anak lesung sampai halus nnti begedil lembik..x leh goreng)
Campurkan lada n bawang. Kepal2kan..Celup dlm telur dan goreng guna api sederhana.

sblm digoreng
nampak x lada, bwg, lada itam tu..garam mmg x nmpk..tau

Pie butterscotch cream

selepas dingap oleh askar2...tinggal sepotong je..

Saya mmg pengemar pai n tart..tp sblm ni agak bercinta sikit nk buat terutama part menepek doh kt acuan sbb saya ni bkn jenis yg 'telaten.".kata org jawa...dlm bhs melayunya teliti dan sabar. Tapi....setelah terjumpa acuan dan tahu teknik yg mudah..rupa2nya..kerja2 menepek ni leh siap dlm bebrapa minit je. Nk tau cam mana??? Ok cam ni..TIP ni..canai doh kemudian terapkan je acuan tart kt doh lps tu terbalikkan n kemaskan je (klu acuan kecil ). Utk acuan pai yg besar plak..canai doh (saiz doh yg dicanai lbh besar sedikit dr saiz acuan), kmdian letakkan doh atas acuan dan tekan lebihan dikeliling acuan tu dgn jari atau guna penggelek..kerja yg sgt mudah..x yah bulat2 doh pas tu tepek n tekan2 kena buat 1..1...eeee x larat...x larat.

Ok..resepi ni aku ambil masa santai2 nonton tv.. pgrm masak2 Anna Olson.

Bahan
(crust)

2 cawan tpg gandum
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter( sejuk n ptg kiub)
2 sudu besar gula perang
1 biji kuning telur
4-6 sudu air sejuk( dr peti ais)

Cara

Satukan garam dlm tepung, masukkan butter dan gaul ramas hingga sebati.
satukan gula, kuning telur dan air kemudian tuang dlm tepung td..uli. Uli hanya takat jd doh je tau..
Pas tu bungkus dgn pastik simpan peti 1/2 jam sblm di canai pd acuan.
 Siap canai bakar 20 minit sblm tu cucuk garpu d permukaan crust supaya x gelembung masa d bakar.

Bahan utk filling

1 cup brown sugar
1/3 cup tpg gandum
1 cup milk
3 sudu besar butter
1 sudu besar esen
1 kuning telur
secubit garam

Cara

Dlm periuk satukan brown sugar n tepung kmdian bancuh dgn susu masak atas api sederhana hingga gula larut, masukkan butter n masak hingga pekat. Tutup api masukkan vanila n kuning telur...kacau sebati dan sejukkan.
 Bubuhlah filling ni atas pai yg dah dibakar td..

Topping

Pukul whip cream yg dicampur gula dan esen vanila hingga kental...bubuh atas filling td , sejukkan dan siap utk d hidang....

Doh yg siap d tepek

Slps bubuh filling

slps bubuh cream


Powered By Blogger