Sunday, August 28, 2011

Assalamualaikum.

Esok raya, pengumuman raya dah dibuat 2 minggu lps, esok juga diistiharkan cuti umum di sini. Kami sekeluarga  menyambut hari raya utk kali keduanya di tempat orang, seadanya sahaja. Malam nanti baru nak rebus nasi impit...buat sendiri tuu..harap2 menjadi. Esok pagi baru masak lauk pauk. sebenarnya lauk je bukan lauk pauk pun sbb tak de lah banyak jenis sangat. Cadang2... nak masak sambal kacang, sayur lodeh dan ayam masak kicap je. Tambah 1 lg menu mee kari. Esok kul 11 nak hantar masakan ni ke opis suami...nk jamu kawan2 dia dgn masakan Msia.Selalu jamu kt umah je...

 Hari ni juga cuti masak, en suami cadang n luluskan, so tak buka di rumah. Buka ala kadar je di umah lps solat kami keluar utk jamu selera di Hossein..masakan paling sedap sesuai dgn selera kami..yg suka pedas...dan ada masakan kari dan beriani.

Sebelum undur diri nak ucap juga " Selamat Hari Raya Aidil Fitri " kepada kaum keluarga di Malaysia, sahabat2 yang selalu kongsi resepi, juga kpd followers dan kpd sesiapa saja yg membaca coretan ini. Maaf andai ada terkasar bahasa, semoga ceria menyambut raya bersama keluarga tersayang.