Monday, June 13, 2011

Kek batik

hasilnya...

Dah 2 thn x buat kek batik ni..anak2 selalu gak minta tp aku buat x acuh je sbb mesti x ada biskut marie kt sini. Ketika selongkar2 dapur HaSue terjumpa plak resepi ni. Nampak cantik sgt susunan 'batik' dia tu..rupa2nya..HaSue ni x gaulkan biskut ni dlm coklat yg kita masak  dlm periuk tu. Tp dia susun selapis2 biskut tu dlm loyang kemudia baru tuang coklat yg dimasak td. Nampak sgt menarik dan kemas. Dari segi rasanya pulak..HaSue kata ada rasa2 cloud 9. Aku pun teringin nk mencuba..usaha cari biskut marie di mall..selak biskut2 lain tu..AKHIRNYA...jumpa..made in Msia ..tp biskutnya nipis..mudah pecah.emmm .tak pe lah..Sampai rumah terus buat, anak2 x sabo2 nk mkn wpun x sejuk lg..memang sedap ! kata anakku rasanya lbh sedap drpd cloud 9. Tima kasih HaSue  http://sue-hasue.blogspot.com/2011/05/oh-kek-batik-coklat.html    sbb kongsi resepi.


Bahan

200g milo
250 butter
3 sudu besar serbuk koko
1 tin susu pekat manis
biskut maarie secukupnya.

Cara

Masukkan semua bhn dalam periuk kecuali biskut. Masak menggunakkan api sederhana hingga adunan sebati dan agak2 pekat.
Lapikkan loyang dgn plastik dahulu supaya kek batik ni mudah dikeluarkan. Kemudian susun biskut marie hingga penuh permukaan  loyang (1 lapis), tuangkan adunan coklat setelah itu lapis lg dgn biskut, siramkan adunan coklat. Buat sampai habis..sejukkan.



mcm ni la cara menyusun biskutnya.