Sunday, July 24, 2011

Nasi lemak


Assalamualaikum

Seminggu sekali mesti masak nasi lemak, bukan ketagih tp malas nk fikir menu lain. Anak2 ni tau.. ikan x mau, sayur x makan, yg dia tau nk lauk ayammm je.Kalau offer telur pun suka lah sangat. Kt sini saangatlah susah nk beli ayam..bkn mcm kt jln 4, stok abis je lari g kedai blkg..dpt ayam. Kt sini 2 minggu sekali baru g beli ayam sbb jauh kt sanun..sekali g beli 6 ekor ayam, 2 kilo daging 1 kilo daging kisar ...jenuh aku menyiangnya...stok utk 2 minggu. Habis lauk ni.kena.makan ikan..TERPAKSA..mak n paknya kena cubit2kan utk 4 org anak yg dah beso2..x leh ada kulit sikitpun..kalau termakan sikit pun dia rasa loya nk termuntah..ikut perangai sapa entah..aku suka je..tulang je aku x makan.

Nasi lemak ni ikut cara masak belah mertuaku, suamiku yg mengajonya..sbb mak dia masak macam ni masa dia kecik2 dulu. Layan je lah..

Bahan

beras ..suka hati berapa pot pun
santan kelapa
bawang kecil - hiris
halia - ketuk/hiris
sedikit halba
daun pandan
garam

Cara

Bersihkan beras, tuangkan santan mengikut sukatan yg biasa anda guna, masukkan hirisan bawang, halia, halba, daun pandan yg disimpul dan garam secukup rasa.

Kelainannya di sini ialah penggunaan halba. Bukan halba campur tau..halba campur tu utk masak kari. Beli kt kedai mamak atau india. Bijian kecil warna kuning keorenan..Klu nk lbh aroma titikkan serai..aku x buh sbb pokok serai aku segan nk hidup pasai hari2 aku dah kerjakan..x sempat rimbun..


2 comments:

  1. Assallamualaikum kak.

    Sedap jugak kan nasi lemak letak halba.. Naz suka..
    Kak, jemput datang rumah Naz ye amik award http://ovenkecil.blogspot.com/2011/07/terima-kasih-dianasky-blues-kitchen.html

    ReplyDelete
  2. mmg sdp naz..tp anak2 ni la byk songeh, kena kutip buang utk dia. Ok nnti akk dtg amik..kena bawa bakul besar ke kecik nk buh award ni..hihi

    ReplyDelete