Monday, August 8, 2011

Kuih Cek mek Molek


Assalamualikum.

Pertama kali makan kuih ni lbh kurang 5@6 thn lps. Dijamu lps meeting, masa tu rasa seeedapnya..Sebelum ni ada juga cuba buat kuih ni tp rasanya mcm susah nk bentukkan dia, gula tu x nk duk diam kt dalam. Tp semalam buat lagi lps terliur tgk kt umah  Teratak Mutiara kasih   , senang pulak menggentelnya..Alhamdulillah bertambah lg satu kemahiranku hasil kongsi2 ilmu ni. Kuih yg famous kt Pantai Timur dah sampai kt org Johor dan jauh pulak jalan ke Manila sekarang ni..Doh yg sama utk buat kuih keria.

Bahan

keledek- rebus dan lecek
sedikit tepung gandum
gula sbg inti
garam

Cara

Lecek keledek, masukkan garam dan tepung gandum. Tepung gandum x perlu banyak, nnti kuih keras, asal jd doh cukup.Uli hingga jadi doh. bentukkan..mula2 buat bebola kecil, leperkan dlm bentuk bujur, bubuh 1 sudu kecil gula, cantumkan semula dgn kemas supaya gula x terkeluar masa digoreng.

Berdasarkan pengalam, jangan rebus keledek sampai lembik dan tunggu sejuk baru lecek. Sbb apa..keledek yg terlalu lembut perlukan byk tepung utk jd doh sama juga klu kita lecek dia panas2..tambah2 tepung..akhirnya kuih kita keras. Jadi..asal empuk cukup, dan sabo ya..tunggu sejuk..