Thursday, September 8, 2011

kerepek gunting

Assalamualaikum.

Kerepek gunting ni kegemaran suami. Kerepek yg tak boleh tinggal masa raya. Kuih/biskut raya yg manis2, tak pandang.
Selama ni juga aku tak pernah buat kerepek ni sbb kerepek ni byk sgt dijual kt tpt aku..raya ke, tak raya ke..memanjang ada.
Tapi lain tau buat sendiri dgn beli siap. Buat sendiri tu rasa puas bila tgk dia makan. Mula2 buat 2 cawan, 1 hari abis, esok buat lg..1/2 kilo..tahan 5 hari. Hari ni kena buat lg..tak pe...aku rela..asal suamiku suka. Resepi kt bawah ni mengikit cita rasa kami campur sikit dgn pengalaman2 suami masa tolong mak mertua buat kerepek ni masa dia kecik2 dulu.

Bahan

700 g tepung gandum
20 tangkai lada kering - sbb kami suka pedas
2 labu bawang besar
1 gengam ikan bilis
2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
1/4 cwn minyak masak ( panaskan)
2 sudu besar majerin
200 ml santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
daun kari- hiris

Cara..

Kisar halus semua bahan kasar . Kisar guna santan yg 200 ml tu.
gaul ramas tepung dgn majerin, tuang minyak panas dan gaul sebati.
Uli tepung dgn semua bahan kisar, dan perasakan dgn garam. Uli hingga menjadi doh.
Buat bebola kecil, mesin guna mesin mee,mula2 leperkan dgn no paling besar lps tu akhir sekali baru masukkan ke no second last paling kecil, pas tu masukkan pulak ke bhg yg mata lebar ( utk kuey tiew).
Goreng dlm minyak panas guna api sederhana. Sambil tabur lg daun kari utk bau yg lebih mengancam.

* Sebenarnya resepi ni juga boleh diubah suai mengikut selera masing2. Boleh ganti ikan bilis dgn udang kering. Boleh juga tambah rempah kari sedikit. Ikut suka hati sebenarnya. Kalau guna mesin mee doh x boleh lembut sangat nanti dia x nak bercerai masa kita potong di bhg yg lebar tu.