Wednesday, August 3, 2011

wajik kerisik



Assalamualaikum.

Kuih ni dah lama buat tp masih duk kt dlm 'edit post' je. Hari ni baru dia kuar. Kuih ni kuih org dulu2, cara memasaknya sama mcm kita nk buat wajik dan dodol, cuma pulut tu perlu kita sangai dan kisar dulu. Dari sini lah dtg harum wanginya tu..Tapi kan ..aku buat ari tu yg pasti pulut tu 250gram, bhn2 yg lain main campak2 je. Tak sukat pun, ikut sesedap rasa je..Cari jugak resepi ni kt tenet utk dpt kan sukatan tp x byk jumpa. Kot2 kwn ada yg lbh arip, leh la menyumbang idea.

Bahan

250 g pulut
gula merah
santan
daun pandan
kerisik

Cara

Bersihkan pulut kemudia toskan hingga kering. Kemundian sangai atau goreng tanpa minyak hingga pulut tu bertukar warna keperangan. Tunggu sejuk, kisar pulut td tp jgn halus sangat.ketepikan dulu.

Masak gula merah/kabung hingga gula larut, masukkan santan dan simpulan daun pandan. Masak hingga gula dan santan ni pekat dan 'tua'.

Asingkan 2 sudu besar pulut kisar ni dan masukkan pula pulut yg selebihnya, kacau, dan akhir sekali masukkan kerisik. Sentiasa kacau dgn api perlahan. Aku x kacau lama sgt pun, x larat, lg pun buat sikit utk sekali makan je. Kalau buat byk n niat nk simpan lama kena kacau lama sikit supaya kuih ni tahan lama.

Pulut yg kita asing td tu tabur kt atas wajik kerisik kita sbg hiasan..aku ikut je..org tua2 dulu buat.