Wednesday, May 18, 2011

ice cream (home-made)

Setelah membelek2 beberapa resepi dari internet akhirnya...saya mencuba yg ini...dan hasilnya ...sungguh sedap, bahan2nya pula mudah ..dapatlah melepaskan gian anak2 utk makan ais cream, kerana di sini sukar utk mendapatkan ais cream yg halal..

bahan2

270 gram coffee mate
500 ml susu segar (perisa apa pun boleh)
100 gram gula halus (kurangkan jika guna susu yang berperisa)

cara

bancuh coffee mate, gula dan susu hingga sebati ..setelah itu
simpan dlm freezer hingga 3/4 beku..
kluarkan semula adunan td dan mixer sampai saiz adunan 2 kali ganda..
boleh tambah apa2 jua perasa yg anda suka..(coklat chip, coklat rice, mangga yg dipotong dadu dsb ) 
simpan semula dlm freezer sampai beku..
note : biasanya bancuh pg dan belah petangnya baru mixer.. dan simpan semula sampai keesok pagi.. bru boleh mkn..
:))


ice-cream mangga yg di tabur dgn coklat rice..
sebelum dipukul 

adunan menjadi 2 kali ganda selepas dipukul

hasilnya...gebu je..



kaya



Resepi ni saya dpt drpd Haziq (My resepi )Terima kasih kpd tuan punya resepi. Ini adalah resepi pertama yg saya cuba memandagkan sukarnya mendapatakan kaya di sini (mungkin langsung tiada di sini)..setelah dicuba resepi ini benar2 menepati selera keluarga. Resepi ini juga menjadi pemangkin utk saya terus mencari dan mencuba resepi2 lain di internet.. Semakin lama semakin seronok hingga penuh satu buku resepi yg sudah saya kumpul dan cuba..Oleh itu saya cuba pindahkan resepi yg saya sudah cuba itu ke blog saya sebagai rujukan.


bahan2

2       cawan gula pasir
1/2    cawan air
500g pati santan
5       biji kuning telur
2       camca tepung kastard
1       helai daun pandan

cara

campurkn gula dan air.. masak jadikn ia gula hangus..
campurkn santan pekat kacau hingga gula hangus td larut..
sejukkn.. pastu campurkn kuning telur, tepung kastard yg dicampur
dgn sedikit air dan daun pandan.. kacau atas api sederhana hingga mendidih..
kaya akan menjadi pekat setelah sejuk..


gula hangus..

lepas dimasukkn santan..

dh nk siap.. :)

siap sudaaaa.. 

Powered By Blogger