Tuesday, October 11, 2011

marble choclate cheese cake

Assalamualaikum

Dah sebulan buat kek ni tp baru hari ni ada kesempatan utk di n3 kan. kek ni sedap, lembut dan yg paling bestnya  ada gabungan cheese, ngamm...Terima kasih kpd yatiememories. Minta izin share kt sini pulak ya.

Bahan A

250 gm mentega
1 1/2 cwn gula halus
5 biji telur
1/2 cawan koko*
1 1/2 cwn tepung gandum*
2 sudu kecil baking powder*
1/4 cawan susu cair
bahan * ayak

Bahan B

250 gm cream cheese
3 sudu besar gula
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen




Cara

Panaskan oven 160', lapik loyang dgn kertas minyak dan lenserkan.
putar mentega hingga putih,
masukkan telur 1 per 1, putar hingga kembang
perlahankan speed, masukkan tepung selang seli dgn susu hingga habis, gaul sebati guna spatula. Ketepikan dulu

Dlm mangkuk lain pukul cream cheese, esen n gula hingga lembut
masukkan telur n pukul lg hingga berkrim

masukkan adunan coklat dlm loyang , ratakan kemudian masukkan pula adunan cream cheese dan ratakan. Buat sampai habis. Boleh juga ikut kreativiti sendiri. Bakar selama 45 minit.