Assalamualaikum.
Teruja nk mencuba buat pau keledek ros ni setelah melihat di blog Nuri, bakery2embroidery. Tengahari tu jumpa, rasanya dan2 tu jugak nk p cari keledek. Dpt keledek dah dekat maghrib tp sbb semangat dah datang buat jugak mlm tu. Keras2 tangan ni jadik jugakkk bunga ros tp x lah secantik tuan asal wendyinkk.blogspot n Nuri punya.
Pau keledek ni lembut dan manis dia pun senang2 je, pendek kata x rugi mencuba. Buatnya pun x lah cerewet sgt. Sapa2 yg kreatif tu mesti jadi lebih cantik. Jom cuba.
Bahan
125 gm keledek yg dah kukus (aku rebus je)
100 gm air
6 gm yis
50 gm gula
25 gm shortening
225 gm tepung pau ( aku guna tepung gandum)*
1/2 sudu teh baking powder*
1/8 sudu teh garam*
ayak bhn *
Cara
lenyek keledek hingga halus
larutkan yis dgn 100 gm air
masukkan bhn yg diayak dlm mangkuk bersama gula dan keledek.Boleh juga letak sedikit pewarna ketika ini ..jika suka ( aku x letak)
masukkan bancuhan yis dan uli sebati hingga jd doh.
masukkan shortening dan uli lagi hingga sebati.
tutp adunan dan rehatkan adunan dlm 1/2 jam @ hingga adunan kembang sedikit.
Tumbuk doh dan uli sejap, bentukkan bebola kecil. ( nuri buat 12 kuntum = 30 bebola tp aku buat lebih kecil..60 bebola .)
Cara membentuk bunga
leperkan 5 bebola yg sama saiz, susun dgn menimpa antara 1 sama lain..timpa separuh je.
saja2 sapu jem konon2 sbg inti.. |
lepas tu gulung dgn kemas spt di atas.
ambil chopstik 'gergagi' di bahagian tengah melintang hingga gulungan td putus dua..maka jadilah cam ni..
kukus dgn api max 12 minit. Pastikan x timpa wap ya.
* utk dptkan gambaran yg lebih detail leh tgk kt tuan asal..spt yg dah dinyatakan diatas.
* oleh sbb aku buat waktu mlm, udara pun sejuk je..so adunan ni x leh cpt sgt mengembang. Lg 1..campuran yis tu aku xbuh semua sbb takut terlembik adunan..ada dlm lbh kurang 2 sudu besar yg aku tinggalkan..so aku x ltk pun dlm peti semasa dlm proses mengubah.