Tuesday, August 9, 2011

Kek kukus lapis lg..



Assalamualaikum.

Semenjak dua ni asyik buat kek lapis ni je. Setelah 5..6 kali buat dlm sebulan ni, kemahiran semakin bertambah. Buat setengah adunan je dah dpt 1 loyang 6x6. Tak guna byk telur, kek ni x muak, x berminyak, bhn pun mudah, buatnya pun senang n yg penting rasanya sedap. Sesuai juga utk sahur sbb aku x suka mkn nasi..perut sebu. Utk ganti asam duit2 tu aku buat jem sendiri. jem epal hijau, n musim kurma byk ni..aku try buat jem kurma..sedap. Smlm amira minta buat lg tp x nk buh jem..dia suh buh nuttela. Esok nk cuba.




Utk buat jem ni sgt senang. Utk jem epal, kupas kulit epal dan sagat, 3 biji pun cukup. masukkan dlm periuk bersama gula n sedikit serbuk kayu manis. Masak hingga air epal agak kering. Gula tu agak2 sendiri je, yg suka manis buh 1/2 cwn.

Utk jem kurma pun sama juga. Masak je kurma yg dah buang biji dgn sedikit air . Kurma tu potong kecik2. Aku x buh gula sbb x suka manis. Yg suka manis tu leh la bubuh sedikit gula. Masak hingga kurma lembut dan airnya kering.

Klu x nk buat pun boleh , beli je jem ready made atau ganti dgn asam duit2 tu.

Kali ni lg seronok buat sbb ada biskut yg ready made hancur. Aku guna crushed grahams..lg senang kerja.

Resepi asal kek ni sumbangan sahabatku ..Maz.




Bhn.

2 1/2 cawan biskut marie - kisar. Aku guna crushed grahams
3/4 cawan gula
5 biji telur
1 buku butter
3/4 cawan susu pekat manis
vanila
pewarna - aku x buh pun
jem

Cara

Pukul hingga kembang gula dan telur, ketepikan.
Pukul butter hingga lembut dan campurkan dlm adunan gula n telur tadi, pukul sebati.
Masukkan susu, vanila n biskut, Pukul speed perlahan hingga sebati.
Yg suka boleh buh warna utk lapis yg berbeza.
Kukus. Aku buat 4 lapis je. Setiap lapis buh jem. Lps lapisan yg terakhir tutup loyang dgn aluminium foil n kukus 40 minit.