Friday, December 16, 2011

Garlic Bread


Assalamualaikum..

mencuba roti ni pulak ..drpd dapur Ita Masam Manis. Roti ni juga tak menggunakan dough improver n dough softener, juga tanpa telur..tapi tetap lembut..Terus kpd bahan2 ya..x sempat ni kejar masa nk pack barang..

Bahan

3 cawan tepung roti
1 cwn air suam kuku - aku ganti dgn susu penuh krim
1 sb yeast
2 sb gula
extra virgin olive oil - aku ganti dgn butter
1 sk garam

Cara

Aku campur semua bhn n on Bm. Bila dah jd doh tunggu hingga doh naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh n bentukkan.
 Bahagikan doh kpd 2 yg sama besar. Canai doh menjadi btk 4 segi, sapukan garlic spread dan gulung, slps tu potong 4. Susun dlm loyang. Tunggu naik lg baru bakar selama 30 minit dgn api 170'.

Garlic spread
50 gram salted butter
3 ulas bawang putih - cincang halus
sedikit daun ketumbar- cincang

Campurkan semua bhn..






Cinnamon Pull Apart Bread

Assalamualaikum.


Assalamualaikum.

Aku mmg suka mencuba resepi roti yg baru. Ketika meneliti resepi garlic bread Ita Masam Manis, terjumpa pulak resepi roti ni di blog Nor Secubit Garam. Ptg tu juga terus buat sbb teruja membaca ayat2 'hasutan' nor. Roti ni walaupun tanpa shortening, water roux, softener dan dough improver hasilnya sangat mengkagumkan. Roti yg sangat lembut, x rugi mencuba.

Sengaja buat 2 jenis bentuk. 1 aku roll kan dan satu lg ikut bentuk asal. Seronok juga makan roti bentuk asal yg bertimpa2 tu. Kita cuma tarik sekeping..sekeping tanpa perlu gunakan pisau, dr situ kita dpt lihat n rasa betapa lembutnya roti ni..terima kasih secubitgaramnor..saya share resepi kt sini utk anak2 saya pula ya..

bahan

2  3/4 cawan + 2 sb tepung roti
1/4 cawan gula kasar
2 1/4 sk yeast
1/2  sk garam
4 sb butter
1/3 susu penuh krim
1/4 air biasa
2 biji telur
1 sk vanilla

Filling

1 cawan gula ( au guna separuh je)
serbuk kayu manis secukupnya
4 sb butter - cairkan hingga jadi brown
1/2 sk nutmeg - x buh

cara

masukkan 2 cwn tepung, gula, garam dan yeast - ketepikan

pukul telur - ketepikan

dlm periuk kecil campurkan susu n butter, panaskan hingga butter cair, campurkan pula air dan vanilla..biarkan suam2 kuku

Tuangkan campuran butter n susu dlm bhn kering, kacau dgn senduk, masukkan telur n kacau lg..Tambah baki tepung n on BM. Setelah jd doh biarkan hingga doh naik 2 kali ganda ..lbh kurang 1 jam ( doh mmg melekit).

Tumbuk doh n kuarkan angin pas tu bolehlah mencanai..

Doh di bahagi 2 sama besar. canai doh, ratakan filling, potong 6.
Timpakan kepingan doh ni cam rumah pangsa, kemudian potong lg kpd 6..
susun kepingan dlm loyang, biarkan hingga ia naik smla. Dah kembang baru masukkan dlm oven yg dah dipanaskan.
bakar selama 30 minit dgn api 170'.


canai lebar n tabur filling


potong 6

susun kepingan rapat2
yg ni aku roll..