Thursday, June 30, 2011

Ayam masak kicap

Assalamualaikum..masakan ni kegemaran keluargaku..aku tambah bahan lain supaya kuahnya agak pekat. Klu nk makan dgn ketupat pun sesuai, sebb kuahnya boleh melekat cam rendang.


Ayam masak kicap!!


Bahan

1 ekor ayam (potong, bersihkan, lumur kunyit dan goreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar - kisar halus
2 ulas bawang puth - kisar halus
1 inci halia - kisar halus
3 sudu besar lada kering kisar
ketumbar biji (tumbuk halus @ serbuk ketumbar)
kayu manis, pelaga, bunga lawang
kicap manis
air asam jawa
lada hitam- tumbuk kasar
minyak utk menumis

Cara

Panaskan minyak,masukkan kayu manis n the geng, tumis bahan kisar juga serbuk ketumbar hingga naik bau, pas tu bubuh kicap manis, masukkan ayam, gaul rata, masukkan air asam jawa, tabur lada hitam..sesuaikan kuantiti kuah..pas tu adjust rasanya..2 minit sebelum tutup api tabur bawang besar yg dihiris bulat dan sebatang lada hijau@merah sbg penyeri..

sayur betik muda


Sayur betik muda ni adalah sayur kegemaranku, sedap sungguh. Zaman remaja dulu selalu masak sayur ni tapi anak2 ku tak tau makan..anak2 moden kot..Aku pun dah lama x masak sayur ni sbb susah nk dpt betik mengkal..tp kt manila ni..betik muda gini byk dijual agaknya diaorg pun pandai buat sayur mcm kita kot. Maka berulanglah sejarah silam ..yg makannya aku dgn suami je..

Bahan

betik mengkal (kuning sikit2 je..masih keras) - diracik
bawang putih 1 ulas *
bawang merah 3 ulas *
sejemput ikan bilis *
sedikit lada hitam*
sedikit santan pekat
sedikit minyak utk menumis

Cara

tumbuk bahan bertanda*, tumis hingga naik bau, masukkan betik yg sudah diracik halus td, tambah sikit air jika dah lembut masukkan santan pekat sikit..perasa dengan garam dan klu suka buh aji..

gambonya jap lg ya..

Kek belang




Assalamualaikum..kek belang ni kek yg paling simple dr segi bahannya..mcm kek yg mak kita selalu buat dulu2 masa kita kecik2..Pertama kali buat aku dpt melayer dgn rata mcm kuih lapis tu..tp bila buat kali kedua..sebab nk cepat dan masa menuang adunan tu tertinggi sikit maka kali ni jadi berombak mcm tsunami pulak tapi rasanya tetap sama..Aku buat 1/2 adunan pun dah cukup..dpt kongsi dgn jiran lg..so klu nk 1/2 adunan ..bagi 2 je la ya..bhn2 tu..

Bahan

5 biji telur
250 gram butter
2 1/2 cawan gandum
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen
serbuk koko utk layer
pewarna

Cara

Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur 1 per 1, pukul lg..masukkan esen, susu sambil terus pukul..akhir sekali masukkan tepung, mix guna speed paling slow.

Bahagikan adunan ikut bilangan warna yg dikehendaki. Tuang adunan dlm loyang dan ratakan, tabur koko guna penapis yg kecil, buh adunan warna lain sbg lapisan kedua, tabur koko dan melapislah sampai habis semua adunan kita tu td...bakar dlm oven 45 minit 170 drjh..



dpt 18 slice saiz cam ni..wpun but 1/2 adunan..

Roti labu



Assalamualaikum. Semalam tertengok rancangan masak2 Chef Wan, dia ajar buat roti labu..masa tu tgh bakar roti kentang, bagaikan org ngantuk disorong bantal yalah..nk tau betul x skill yg kita guna slama ni. Kat dapur pulak mmg ada labu. Klu nk tau kt Manila ni mmg byk sgt labu, melambak2, murah plak tu. So pg ni kul 5 pg start projek ..guna resepi yg sama utk buat roti kentang cuma berbeza sikit dr segi kuantiti labu..Benarnya nk dapatkan kuantiti labu lecek yg tepat ikur resepi mmg susah so kita adjust jumlah tepung je lah..Roti ni warnanya kemerahan tau..

Bahan

300 gram labu lecek
3/4 sudu teh garam
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung (bantai je susu anak)
1/2 sudu teh bread improver
1/2 sudu teh softener
2 sudu besar butter/shortening
1/2 biji telur
300 gram tepung high protin
2 sudu teh yis
20 ml air

Cara

Masukkan semua bhn dlm bread maker kecuali air..masa dlm proses uli tu..jengah2..klu perlu je masukkan air..klu dah elok..x yah bubuh air.(doh yg elok..x lekat di dinding Bm kita) Uli lbh kurang 15 minit. rehatkan doh hingga saiznya naik 2 kali ganda.

Bila dah naik..tumbuk doh..buang semua angin yg ada..uli jap n bentuk2 kan kpd saiz yg lbh kecil..aku buh inti butter kt dlm doh..saiz besar ujung jari kelingking je..

Biarkan saiz naik 2 kali ganda lbh kurang 20 minit, sapu telur yg berbaki td..bakar 14 minit dgn api 195 darjah..kuar oven je..sapu butter atas permukaan roti..roti akan berkilat..


yg ni tabur gula

tabur cheese





Monday, June 27, 2011

Puding sagu

Selalunya org panggil sagu gula melaka sbb pemanis yg digunakan adalah daripada gula melaka dan dimakan bersama santan. Tp kali ni aku anak2ku tak makan dgn santan dan gula melaka, mereka gantikan dgn susu dan sirap ..ala2 sirap bandung. Kita boleh guna susu segar atau susu cair...sedap giler kata anak2 ku...


Bahan

Sagu biji ( yg kecil)..kuantiti ikut suka..
air secukupnya
secubit garam
sirap manis
susu segar@ susu cair

Cara

Bersihkan sagu dan rendam lbh kurang 1 jam. Tujuan merendam ni supaya cepat masaknya..Sagu ni akan muai (dpt byk) so jgn buat byk sgt..lbh kurang 200 gram pun ok..klu buat 1 kilo tu dah mcm nk buat kenduri..

Didihkan air dulu pas tu masukkan sagu td..paras air tu tengelam sagu, stanby je air kt sebelah..klu rasa pekat sgt..tambah air lg..Masak hingga sagu berubah menjadi jernih...x de warna putih2. Klu nk cepat masak..guna api minima n tutup periuk sambil sesekali kacau..selalunya aku buat cam ni, tp lps didih la sagu tu..tutup api..tutp periuk..tinggal..lps 15 minit..buka periuk..semua dah jernih..Bubuh sagu dlm tapis santan dan basuh dibawah aliran air paip..nnti tinggal biji2 je..klu x nk basuh pun ok gak..

Bubuh dlm bekas, sejukkan dlm peti. Masa nk makan cuma siram sirap n susu...sedap tau..


puding sagu sirap badung

makan setelah disejukkan ..sedapppp

kali ni guna sagu biji yg perasa pandan..warna hijau

yg ni gula melaka dgn susu

Boleh juga ganti dgn santan..ikut selera masing2..

Saturday, June 25, 2011

kinilaw@salat ikan mentah

Kinilaw ni masakan mskt filipino sama seperti masakan sarawak yg dipanggil umai. Menggunakan ikan mentah tapi akan 'masak' setelah diperap dengan cuka dan jus limau kasturi..jgn risau. Klu bayangkan..mmg x lalu nak makan kot tp setelah mencuba ..mesti nk lagi. Anak ku yg sulung dan bongsu sangat2 suka..Selalunya kita guna ikan tuna, kt sini x de masalah nk dapatkan ikan tuna ni..saiz ikan ni sebesar org. Biasanya penjual dah 'slice' kan so balik umah kita cuma potong je kecil2.

Bahan
1/2 kilo isi ikan tuna - kiub tp agak nipis
1/2 cawan santan pekat @ susu segar
1/2 cawan jus limau kasturi
1 1/2 cawan cuka
1 labu bawang besar - hiris
halia sebesar ibu jari - hiris halus
2 biji lada hijau
2@3 biji cili api
1/2 biji timun - belah 2 dan hiris
garam secukup rasa

Cara

Perap kiub ikan td dengan cuka lbh kurang 2-4 jam. Setelah itu basuh ikan dan toskan.
Campurkan dgn semua bhn lain, sesuaikan rasa..hidang selepas 1 jam diperap.
Rasanya..masam2 manis (dr santan) dan ikan tu lembut je..

Kali ni guna santan dan perapdlm peti sejuk..tu yg nampak santan mcm  'beku'

Roti jala berinti



Selalu kita buat roti jala kosong dan dimakan dgn kari daging..tp pagi ni aku buat yg berinti utk bekal suami. Klu utk dibuat bekal ni kan susah nk cecah2 kari..leceh. Rasanya semua org tahu buat roti jala, senang je kan..aku jadikan n3 kali ni sbg pencetus idea je..kdg2 kita lupa..dan tertanya2 ( kita gak yg kena jawab) apa nk masak pg ni...layan je lah..

Bahan

200 gram tepung gandum
400 ml air
1/4 sudu teh garam
secubit serbuk kunyit

Cara

satukan semua bhn dan blend..

Utk inti

2 biji kentang - dadu
1 biji carot - dadu
200 gram daging kisar
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - penyek je..
2 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari daging - jdkan pes

Cara

Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau, masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga naik minyak, masukkan daging kisar, kentang dan karot. Tambah air dan tunggu hingga kentang empuk.. buh perasa. Inti x basah sgt tau..lembab2 je.

Guna acuan roti jala dan frying pan ( oles sikit je minyak )..kirai2 lah batter..ikutlah nk corak apa pun..angkat bila permukaan dah kering..buh inti dan gulung..mcm ketayap tu..siap tuk dihidang..





inti
sblm buh inti

buh inti kt tepi

Roti kentang



roti kentang kastad
Resepi ni dpt drpd My resepi, tapi aku dah ubah sedikit bahan2 dan kuantitinya..hasilnya..sangat sedap, gebu dan lembut wpun selepas 24 jam..x caya..cubalah..Semua bhn2 ni boleh beli di PSP tpt kita..so jgn risau yee rahimah. Lps ni aniza pun boleh la cuba, takut karat plak bread maker tu klu simpan lama sgt. Klu ikut resepi asal..mereka cuma guna 60 g kentang lecek dan 135ml air..dan mereka x guna bread improver, softener dan lemak sayuran yg lain2 tu serupa je..Suka hatilah nk ikut yg mana 1..tp klu guna resepi di bawah ni..hasilnya lbh membanggakan..InsyaAllah..

Bahan

200 gram kentang lecek (aku guna yg ready made..cuma bancuh dgn air panas)
1/2 biji telur
3/4 camca teh garam
2 sudu besar susu tepung ( susu anak pun boleh)
4 sudu besar gula
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil softener
2 sudu besar butter @ lemak sayuran/shortening
300 gram tepung high protin
2 sudu kecil yis
30 ml air suam
*Butter beku yg dipotong dadu, saiznya sebesar ujung jari kelingking je (utk inti)

Cara

Uli semua bhn kecuali * hingga sebati . Kalau guna bread maker masukkan semua bhn ikut urutan. Hati2 dgn jumlah air..masukkan sedikit2..takut terlembik. Tp klu terlembik..tambah tepung sedikit..hingga jd doh. Aku uli lbh kurang 15 mnit je..sambil jengah2 utk pastikan doh menjadi. ( smlm buat ikut resepi asal..doh terlembik sbb  aku guna byk  kentang, ikut resepi asal cuma guna 60g tp aku guna 200g) konon nk sedap..lg pun dah terlanjur bancuh byk..sayang plak nk buang.

Lepas uli dan dah jd doh biarkan doh naik 2 kali ganda (letakkan doh ditempat yg agak suam,jauhkan dr kipas, doh susah nk naik ltk tpt sejuk2)..lepas tu tumbuk doh utk keluarkan angin dan bentukkan kecil2. Smlm aku dpt 29 biji. Semasa bentukkan masukkan butter yg dipotong dadu sbg inti.

Biarkan lbh kurang 45 minit hingga saiz naik 2 kali ganda..sapu telur yg baki 1/2 biji td, boleh gak tabur gula atas roti td dan kalau rajin boleh hias dgn kastad...bakar 15 minit api 195 darjah..

Resepi kastad

3/4 cwn susu segar
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh butter
1/2 sudu teh esen
secubit garam

Campur semua bhn, kacau sebati n masak hingga pekat.
Masukkan kastad dlm plastik yg digunting sedikit bucunya dan picitkan atas roti sblm d bakar.

Sebaik keluar oven, aku lanserkan roti dgn butter yg beku..roti akan berkilat dan baunya lbh mengancam..




adunan siap diuli



adunan dah naik 2 kali ganda

bentukkan menjadi bebola kecik
Bebola kecil td dah naik 2 kali ganda setelah dibiarkan lbh kurang 45 mnit
hias dgn kastad

yang ni tabur cheese
yg ni tabur gula

close up

Saturday, June 18, 2011

bingka ubi (filipino) @ casava cake



Assalamualaikum...hari ni aku jadi tikus yg cuba baiki labu..konon nk edit2 bg cantik langsung terdelet..addoi aii..oleh kerana resepi ni sgt sedap aku x sanggup nk tgk resepi ni hilang begitu saja..x pe la aku taip smla..SELEPAS 1 BULAN..ha...ni dia gambonya..buat lg kuih ni smlm utk dptkan gambonya..

Bahan

2 cawan ubi parut yg telah diperah airnya
2 biji telur*
3/4 cawan gula pasir*
3/4 cawan susu cair*
1/4 cawan susu pekat manis*
1/2 cawan santan*
1/4 cawan butter ( cairkan)*
parutan keju (topping)
1/4 cawan susu pekat manis (topping)
secubit garam
pewarna kuning- sikit je..x letak pun x pe..

Cara

Satukan bahan yg bertanda *, kacau sebati dan asingkan 1 cawan (utk topping). Campurkan yg selebihnya  dengan ubi parut, kacau sebati , bubuh dlm loyang yg sudah disapu minyak/butter, bakar 180 drjh selama 40 minit.

Masak liquid yg kita asing td hingga pekat, sapu atas bingka, ratakan juga susu pekat manis, dan tabur parutan keju. Bakar semula 10 minit hingga warna bertukar keperangan..SIAP


lps masak..taburkan cheese n masukkan smla dlm oven 

baru kuar oven..

rasa..lemak manis susu dan cheese..mengancam..

Begedil kentang

tunggu di ngap...
Begedil kentang ni sgt sesuai dimakan dgn soto..Selalu aku buat banyak2 dan simpan dlm peti, esok2 tinggal goreng je..Bkn esok2..esoknya pun dah licin. Sbb anak bujangku bkn mkn dgn soto je..dgn nasi pun jadi..SEDAP katanya...

Bahan

2 biji kentang (direbus takat empuk je..bkn sampai lembik)
1 labu bawang besar - dadu
2 biji cili hijau @ merah - hiris
secubit garam, lada sulah klu suka buh sikit aji.
Sebiji telur - pukul sikit

Cara

 Hancurkan kentang bersama bhn perasa (jgn tumbuk dgn anak lesung sampai halus nnti begedil lembik..x leh goreng)
Campurkan lada n bawang. Kepal2kan..Celup dlm telur dan goreng guna api sederhana.

sblm digoreng
nampak x lada, bwg, lada itam tu..garam mmg x nmpk..tau

Pie butterscotch cream

selepas dingap oleh askar2...tinggal sepotong je..

Saya mmg pengemar pai n tart..tp sblm ni agak bercinta sikit nk buat terutama part menepek doh kt acuan sbb saya ni bkn jenis yg 'telaten.".kata org jawa...dlm bhs melayunya teliti dan sabar. Tapi....setelah terjumpa acuan dan tahu teknik yg mudah..rupa2nya..kerja2 menepek ni leh siap dlm bebrapa minit je. Nk tau cam mana??? Ok cam ni..TIP ni..canai doh kemudian terapkan je acuan tart kt doh lps tu terbalikkan n kemaskan je (klu acuan kecil ). Utk acuan pai yg besar plak..canai doh (saiz doh yg dicanai lbh besar sedikit dr saiz acuan), kmdian letakkan doh atas acuan dan tekan lebihan dikeliling acuan tu dgn jari atau guna penggelek..kerja yg sgt mudah..x yah bulat2 doh pas tu tepek n tekan2 kena buat 1..1...eeee x larat...x larat.

Ok..resepi ni aku ambil masa santai2 nonton tv.. pgrm masak2 Anna Olson.

Bahan
(crust)

2 cawan tpg gandum
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter( sejuk n ptg kiub)
2 sudu besar gula perang
1 biji kuning telur
4-6 sudu air sejuk( dr peti ais)

Cara

Satukan garam dlm tepung, masukkan butter dan gaul ramas hingga sebati.
satukan gula, kuning telur dan air kemudian tuang dlm tepung td..uli. Uli hanya takat jd doh je tau..
Pas tu bungkus dgn pastik simpan peti 1/2 jam sblm di canai pd acuan.
 Siap canai bakar 20 minit sblm tu cucuk garpu d permukaan crust supaya x gelembung masa d bakar.

Bahan utk filling

1 cup brown sugar
1/3 cup tpg gandum
1 cup milk
3 sudu besar butter
1 sudu besar esen
1 kuning telur
secubit garam

Cara

Dlm periuk satukan brown sugar n tepung kmdian bancuh dgn susu masak atas api sederhana hingga gula larut, masukkan butter n masak hingga pekat. Tutup api masukkan vanila n kuning telur...kacau sebati dan sejukkan.
 Bubuhlah filling ni atas pai yg dah dibakar td..

Topping

Pukul whip cream yg dicampur gula dan esen vanila hingga kental...bubuh atas filling td , sejukkan dan siap utk d hidang....

Doh yg siap d tepek

Slps bubuh filling

slps bubuh cream


Thursday, June 16, 2011

one tan, 1 tan, wantan

selepas digoreng.


Wantan ni salah satu pembuka selera suamiku. Nak buatnya pun sgt mudah. Pendek kata ndak..x ndak je..Sebab apa..kulit wantan ni kita beli je yg ready made. Intinya plak, ikutlah mana2 yg sempat, ada pelbagai jenis,  ikutlah selera masing2. Antara inti yg sesuai...daging kisar, isi ayam yg dipotong kecil, isi udang, isi ikan pun boleh..cuma tambah bawang besar yg didadu dan hirisan cili dan bahan perasa..tumis hingga semua bhn masak..inti x boleh berair sgt tp bkn lah kering mcm serunding..sesedap rasa gitu. Buat inti ni pun x perlulah 1 periuk besar..kita cuma guna sikit je..1 magkuk kecil pun cukup.

Cara bungkusnya plak..cuma ..bentangkan kulit watan..bubuh inti di tengah, 1 sudu kecil pun cukup pas tu sapu2 sikit dgn air ( yg dibancuh dgn tepung jagung) di sekeliling kulit wantan tu dan punjutkan. Buat sampai abis inti..dan akhir sekali bolehlah digoreng dgn minyak yg banyak.

Kali ni aku buat wantan yg berintikan isi ayam dengan sedikit kentang...perasa kari..Aku amik je..ayam msk kari dgn kentangnya sekali..(lauk smlm x abis..) Kali ni aku bungkus mcm karipap..x punjut cam selalu..menarik.. rangup..dan yg penting sedap..


cara melipat..mcm nk bungkus kcg putih



letakkan inti di tengah
                                   

siap dibungkus


Wednesday, June 15, 2011

Terung dadar

setelah di goreng and HASILNYA~!


Terung dadar ni..aku yg bagi nama..sbb aku terlupa apa nama sebenarnya dlm bhs tagalog. Masakan ini adalah masakan mskt filipina. Aku selalu juga makan di kedai makan Muslim Mindanau. Masakan mereka x jauh beza dgn masakan kita. Antara menu yg aku kenal..rendang daging, nangka muda msk lemak, ikan talapia msk lemak cili api tp mereka guna sedikit shj santan.
 Aku dapat resepi ini setelah bertanya2 dgn tuan punya kedai. Kadang2 kita habis idea nk 'diapakan' dgn terung ni..selain menjadi rampai dlm gulai..Apa kata cuba resepi yg ini. Sangat2 sesuai dan bertepatan dgn masa kalau en suami dah hidupan api arang tuk bakar ikan @ panggang ayam...kita tumpang sekaki..bakar teung kita sampai masak..sampai masak..bkn sampai rentung. Ok ini resepinya...

Bahan

terung panjang ( saiz yg agak kecil) kuantiti ikut suka..jgn potong tau..tangkai pun jgn buang.
garam, serbuk kunyit
2 biji telur
1 labu bawang- dadu
1 biji lada merah - hiris


Cara

Bersihkan terung dan panggang atas api hingga masak keseluruhannya. Terung akan lembut jika sudah benar2 masak.
Kupas kulit terung dan leperkan terung menggunakan sudu. Tekan2 dgn sudu. Terung mesti leper dari atas hingga ke bawah. Lebih leper lbh baik.
Perasakan dgn sedikit garam dan kunyit

Sediakan bancuhan telur dadar.( telur, bawang, lada, perasa di satukan)

Celupkan terung yg sudah leper td dlm bancuhan telur dan goreng..mcm kita buat telur dadar..
X perlu deep fry..saya guna frying pan je..Klu nk byk telur yg melekat kt terung td..bolehlah siram2 bancuhan telur td masa dlm kuali..kita repair2 la biar cantik n sedap. Angkat jika sudah masak..ITU SAJA..senang kan..Yg PENTING terung mesti masak ketika d bakar ( bila kita tekan dgn jari..terung dah lembut).

terung yg sudah dibakar

terung yg sudah dikupas kulitnya

leperkan terung menggunakan sudu

terung yg telah dileperkan

celup di dalm telur dadar

Powered By Blogger