Sunday, September 4, 2011

Nasi Serai



Assalamualaikum..

Nasi serai ni teramatlah sedapnya, bau harum serai, lain drpd yg lain. Ramai kawan2 bloger yg dah cuba, cuma aku je yg lambat sikit sbb ingatkan rasanya mcm biasa2 je..tapi lps mencubanya...wah...bestnya...Dlm masa 2 minggu ni aku dah buat 2 kali..Pada aku nasi ni lbh sedap drpd nasi minyak. Aniza mesti cuba..x rugi kalau mencuba ni. layan pulak dgn ayam masak merah ke..kari ke..mmg sedap...betul ..tak tipu..bahannya pun simple je tau. dpt ilham ni drpd Ummi. Terima kasih byk2.




Bahan

4 cup beras -bersihkan n rendam 1 jam
5 cup air ( bergantung pd bersa yg diguna)
minyak sapi utk menumis
bunga lawang, kayu manis, pelaga
5 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 in halia - kisar
1 kiub pati ayam
2 helai pandan
4 batang serai - ketuk
garam secukup rasa
bawang goreng utk hiasan

Cara

panaskan minyak sapi, masukkan rempah 3 sekawan td, tumis bahan kisar hingga naik bau bersama daun pandan dan serai .
Masukkan beras, kacau lbh kurang 2 minit, masukkan air, garam dan kiub. Pastikan larutkan kiub ayam tu.
Taburkan bawang goreng jika nasi dah mula tanak..


makan dgn lauk di bawah..


sambal sotong

dalca daging

ayam goreng perap rempah