Monday, June 6, 2011

Muffin yogurt



Resepi ni saya dpt masa tgk rancangan masak2 ..chef  drpd Taiwan.Tak de kerja ..lagi pun rancangan tu je la yg menarik utk ditonton..selain cerita hindustan bersiri yg tiada sarikata...x faham tapi bolehlah agak2 je  ikut mimik muka...layan je..Bahan utk muffin ni mudah, cara pun x susah..apa lg..cuba dan hasilnya ...gebu, lembut dan emm...sedap..

Bahan

100 gram yogurt plain
50 gram butter
50 gram gula halus
1 biji telur
2 sudu besar lemon jus
100 gram tepung kek
1 sudu teh baking powder

Cara

Mix butter dan gula ( guna tangan je)., guna teknik double boil..kacau hingga gula larut..ketepikan.
Kemudian, masukkan telur, mix lg, masukkan plak yogurt dan lemon jus. Akhir sekali masukkan tepung..kaup balik guna spatula hingga sebati.
Bubuh dlm cup paper bakar 20 minit 180 drjh.


muffin yogurt



dpt 6 biji..1 biji lg dah kena ngap..

Swiss Roll

hasilnya...


Kombinasi daripada beberapa resepi dan menghasilkan swiss roll yang sedap. Boleh diubah suai mengikut selera masing2.

Bahan A

3 kuning telur
70 gram gula halus
50 ml minyak masak
85 ml susu segar
114 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
1 sudu teh esen vanila

Bahan B

3 putih telur
60 gula halus
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan C

Untuk Jem ( boleh guna apa saja yg anda suka)

Saya guna jem apple hijau..sedap jugak..sebab malas nk beli..guna je apa yg ada dlm peti. Caranya pun mudah..cuma sagat 2@3 biji epal hijau n masak dgn 3 sudu besar gula. Masak hingga warna epal td berubah jd warna jernih dan jem jd pekat..campak sikit serbuk kulit kayu manis..x buh pun x pe..

Cara

Mix kuning telur dan gula hingga gula larut ..guna tangan je..kemudian campurkan minyak masak dan susu segar, mix lg. Akhir sekali masukkan tepung yg sudah diayak dgn baking powder..mix lg dan jgn lupa buh secubit garam..mix sebati...ketepikan.

Utk bhn B...Pukul putih telur hingga berbuih,kemudian masukkan gula dan cream of tartar pukul lagi hingga adunan bertanduk..bila diterbalikkan adunan x jatuh. Teknik ni dipanggil meringue.* Tip utk menghasilkan meringue.seeloknya.gunakan bekas kaca utk mengadun dan.alatan mesti bebas drpd kesan minyak masak @ majerin@butter. Juga tidak boleh ada sedikit pun kuning telur dlm adunan ini. Mix sampai berpeluh pun meringue x akan jadi klu kita langgar pantang larang yg disebut td.

Ok...jika dah bertanduk tu..bolehlah kita campur dgn adunan A td..Jgn kasar2..guna spatula dan kaup balikkan adunan hingga sebati. * Tip lg..campurkan suku adunan dulu bila dah sebati baru masukkan yg baki td..baru senang nk sebatikan..kata chef dari Taiwan yg aku slalu tgk kt tv tu..

lapik kertas minyak atas loyang, tabur kismis hitam ..(.lupa la plak..kismis tu rendam dulu dlm air panas ya..kasi dia kembang dulu)..pas tu buh setengah adunan td dan..ratakan . (saya dpt 2 loyang yg panjang). Bakar 180 drjh selama 15 mnit.

jika dah masak..sejukkan dulu pas tu sapu jem..dan gulung elok2..simpan jap dlm peti..baru makan...

* tip nk gulung..jem tu jgn sapu sampai ke hujung kek tau..tinggalkan basi lbh kurang 2 cm..utk elakkan daripada serebeh comot sbb terlebih jem. Lg satu..potong  kek (jgn sampai putus) hujung yg satu lg..lbh kurang 2cm dr tepi kek..buat 2 line..biar senang nk gulung nnti.



putih telur yg sudah bertanduk

taburkan kismis atas kertas minyak

tuangkan adunan di atas taburan kismis td

kali ni saya sapu jem mangga yg dibuat sendiri

menggulung swiss roll

yg ni..sapu nutella
hasilnya.... trblik la plk..


lasagna


baru keluar dari oven..SIAP.


Antara menu kegemaran anak2ku..Saya guna cara yang simple tetapi hasilnya tidak kurang hebat..yang penting mereka gembira menikmati hidangan yaang mengenyangkan.

Bahan

4@5 keping lasagna (x perlu rebus).
keju  yang diparut
campuran 3 biji telur dengan parutan keju


 Untuk kuah saya guna 1 mangkuk kecil daging kisar yang dimasak dgn ready made sos ( ada banyak jenis di pasaran...pilih saja yg mana suka). Saya tambah bawang dadu semasa menumis, sedikit rose mary, serbuk lada hitam, serbuk origano, garam dan gula secukup rasa. Jika suka boleh tambah carot yg didadu dan lada benggala. Kita perlukan kuah yang agak banyak  untuk melemutkan keping lasagna.

Cara

Letakan 1 keping lasagna dlm loyang, tuangkan kuah sos yg kita masak td, kemudian tuang sedikit campuran telur dgn parutan keju. Ulang proses yang sama..hingga habis kepingan lasagna yg kita guna. Harus diingat kepingan lasagna mesti tenggelam dlm kuah sos.( suka hati nk guna berapa lapis). Bakar dlm oven 180 drjh lbh kurang 40 minit..Tabur keju yg diparut atas permukaan lasagna dan bakar smla lbh kurang 5 mnit utk mencairkan keju..tunggu sejuk baru potong dan makan yee..

Sebelum ditaburkan cheese
(terbalik.. haha)

Edit

Dpt ilmu baru dan saja mencuba utk kepelbagaian rasa. Kali ni guna sos putih (bechamel) yg diajar oleh chef jommakan. Anak2 suka..lbh sedap katanya.

Bahan

100 g butter
100 g tepung gandum
garam
1 liter susu

Cara

cairkan butter, campurkan tepung, kacau sebati hingga jd adunan, tambah susu cair ,mix terus hingga adunan  x bergentel  n pekat. Perasakan dgn garam.

Cara melapis..buh sos putih ni dulu dlm loyang, diikuti lasagne, inti, lasagne, sos putih, inti, lasagne, sos putih n akhir sekali taburan cheese.

Lassi mangga

Sebenarnya saya gunakan resepi ini utk membuat mousse mangga  tapi hasil yang saya perolehi lebih kepada lassi. Sejenis minuman yg sangat enak rasanya sama seperti lassi mangga yang saya sering minum di sebuah restaurant pak arab..

Bahan

200 gram yogurt plain
100 ml susu segar
1-2 biji mangga
16 gram gula pasir
5 gram (1 sudu besar) gelatin - larutkan dgn 1 sudu besar air panas

Cara

Blend suma bahan kecuali gelatin hingga sebati. Kemudian campurkan gelatin, blend lagi lbh kurang 1 minit. Sejukkan n siap utk dihidang..


lassi mangga

Apam

Resepi ni pun mudah dan insyaAllah pasti menjadi. Rasa apam ni tidaklah selembut apam tepung beras yg merekah tu sbb apam ni hanya guna 50% tepung beras dan tidak menggunakan nasi yg diperam dgn ragi. Klu setakat teringin nk makan apam..bolehlah cuba resepi ni..kita tgk bhn2..ya

Bahan.

1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh yis
pewarna ( jika suka)

Cara

Kisar nasi dgn air terlebih dahulu kemudian satukan semua bahan termasuk nasi yg dikisar tadi  kecuali pewarna. Kacau hingga sebati, jika sudah sebati bolehlah warnakan..kalau nk belang2 bubuh 2 warna..kalau nk plain pun sedap jugak..tiada masalah..cuma cantik sikit kalau ada warna. Perap adunan 3@4 jam. Jika adunan sudah naik bolehlah dikukus 30 minit

Apam kt bawah ni guna 2 warna..dan saya guna acuan kecil kali ni..Hidang dengan kelapa yg digaul dgn sedikit garam. Kalau kelapa anda disimpan dlm peti ais.. boleh juga guna tapi kukus dulu lbh kurang 5 mnit.




kombinasi warna hijau pandan dan kuning.
Powered By Blogger