Friday, March 29, 2013

RVC
cam cantik je kann..
baru nk belaja2..seronok la pulak






Buat kek ni untuk makan2..Byk kali juga buat kek ni. Kek yg x berapa merah..saja x letak byk..takut.  Dan tak terlalu manis...sedang2 je. Tapi tak ingat amik kat mana sbb byk sgt buat homework. Mintak izin simpan kt sini sbg rujukan sendiri.

Bahan
250g tepung kek* (ayak)
1/2 st garam* (ayak)
2 sb serbuk koko* (ayak)
113g butter
160g gula halus
3 telur
sedikit esen
240ml buttermilk @ 1cwn susu segar  +1 sb cuka biar 10 minit
1 sb pewarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bkabonat

Frosting
1 buku cream cheese
1/2 cwn gula
1 cwn whipping cream.


Cara

gula + butter - pukul 2 minit
+ telur 1 per 1 - pukul lg hingga gebu

Dlm bekas buttermilk td, + pewarna merah - kacau sebati

kurangkn kelajuan masukkan tepung selang seli dgn buttermilk. ( mula dgn tepung akhir dgn tepung)

magkuk lain + soda dgn cuka - berbuih, tuang cpt2 dlm kek..kaup balik je.
tuang dlm loyang bakar 30-40 minit api 170'

sejukkan...belah 2 buh cream cheese..

*frosting yg lebih mudah n ringkas tp sedap

cream cheese putar bersama susu pekat..buh perahan lemon sikit...kami guna yg ni je.









Monday, March 25, 2013


Assalamualaikum...

carrot cake...tempahan saleha






snow cheese cake...tempahan kak ani.
menerima tempahan utk kwn2 rapat...bru nk bljr2...

Monday, March 11, 2013

Tempe masak ungkep.
pertama kali cuba resepi ni, sedap la pulak.Akan jd menu pilihan nampaknya. Dpt idea masak menu ni drpd jiran dpn rumah...terima kasih Illa. Katanya, dia selalu masak  ungkep tempe. Aku sebelum ni x pernah pulak dengar tempe msk ungkep. Hari ni tergerak hati mencuba..wah...sedap rupanya..jom cuba.



Tempe dipotong kecil. Tumis bwg merah, bwg putih yg sudah dikisar..masukkan serbuk ketumbar dlm 2 sudu besar,masukkan juga ikan bilis dan serai yg diketuk. Bubuh bhn perasa dan sepotong kecil asam keping.Tunggu hingga naik minyak. Akhir sekali masukkan tempe. Kacau  hingga mesra dan boleh bubuh sedikit air supaya rasa rempah tu meresap dlm tempe. Tutup api apabila kuah dah agak kering.
.

Friday, March 8, 2013

LAI CHEE KANG
 Tiba2 terasa nak buat sendiri lai chee kang ni.Syok makan musim2 panas mcm skrg ni. Buat sendiri kan muai, puas dapat makan berulang2 kali. Bubuh je apa yang ada janji sesuai.
Bahan2
Red dates, potong 2 dan reneh, bila dah nk didih tu masukkan cendawan putih  Cendawan putih tu rendam dulu dan potong2. Apabila dah didih betul tutp api dan masukkan agar2 strips yg telah dipotong pendek., panjang2 jari kelengking. 
Buah kembang semangkuk tu boleh rendam dulu sampai kembang. Klu masukkan terus dlm periuk, boleh jugak. Pas tu aku buh, chia seed gantikan selasih, halwa buah pala, nata de coco, cincau, buah laici, kacang tanah yg besar2 tu..beli je yg ready made.

Boleh makan suam2 kuku atau sejuk..nyaman ..