Sunday, July 24, 2011

Pulut serunding



Assalaamualaikum

Mula 2 nk buat pulut inti..tgk2 gula merah habis la plak, gula kabung ada 1 ketul lg tp sayng nk guna. Tak de kt sini tuu.aku bawa dr Msia, esok2 nk guna utk buat kuih buah melaka, Husna suka. Jadiknya ubah haluan..buat serunding maka jadilah pulut serunding. Aku dgn suami je yg makan pulut serunding ni...anak bujang makan dgn nasi konon2nya nasi ambeng...

Bahan

pulut
santan
garam

Kukus  pulut yg dah direndam 1 mlm. Perahkan santan agak2 paras pulut dan buh garam. Lbh kurang 15 minit lps kukus..tgk pulut klu nk... boleh buh sikit lg pati santan, gaul2 guna senduk pas tu kukus smla lbh kurang 20 minit lg.

Bahan serunding kelapa

1/2 biji kelapa parut
5 tangkai lada kering- kisar
2 batang serai- kisar
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan - kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar udang kering- kisar
3 ulas bawang merah -kisar
1 ulas bawang putih - kisar
garam
gula

Cara

tumis bahan kisar sampai naik minyak, masukkan serbuk kari, ketumbar, jintan, kunyit, kacau sebati akhir sekali masukkan kelapa. Kacau terus dgn api kecil hingga kelapa agak ringan dan kering.


No comments:

Post a Comment