Wednesday, December 7, 2011

Biskut Coklat Chip

Assalamualaikum.

Biskut ni anak dara yg buat..Projek si Husna. Akhirnya klu x tumpah pun..titis juga kuah kt nasi. Dia dpt resepi ni drpd kawan kelasnya di sekolah. Dlm subjek BI di sekolah dia ada aktiviti 'show and tell' setiap pelajar kena bentangkan projek dengan lengkap di depan kelas. Salah seorg kawan dia terangkan cara2 nk buat biskut ni daripada A hingga Z. Balik umah je..sibuk ajak beli bahan dan terus buat. Aku cuma pantau dr jauh je. Tiga kali berturut buat biskut ni..sedap sangat katanya..

bahan

2 cawan tepung gandum*
1 cawan butter
1 1/4 cawan gula perang ( aku kurangkan)
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu teh baking soda*
2 sudu teh vanilla
2 cawan coklat chip
2 biji telur
* ayak bersama
Cara

Pukul gula dan butter hingga lembut, campurkan telur dan vanilla  pukul hingga sebati.
Masukkan campuran tepung bersama baking soda sedikit2, dan coklat chip
Sudukan kt loyang yg dah dilapik dgn baking paper. Letak jarak2 sbb dia mengembang
Bakar selama 15 minit dgn suhu 175'