Saturday, November 17, 2012

LEPAT PISANG BERINTI KELAPA
gambar jd berbelang..x tau nk buat cam mana lg..
Kuih org dulu2 yg sangat mudah untuk disediakan. Kuih ni saya belajar drpd en suami. Kuih nilah yg arwah mak mertua saya buat masa dulu2. Selalunya lepat pisang yg saya buat x berinti, tetapi lps makan versi yg ini, terasa sedaplah pulak.
Tak ada sukat2, semua ikut sesedap rasa je.
BAHAN
4 biji pisang....lecek
sedikit tepung gandum
2 sb gula pasir
3 sb kelapa parut
secubit garam
# campurkan sebati semua bhn di atas.
utk inti...segengam kelapa parut yg digaul dgn secubit garam.
# kuantiti boleh ubah suai ikut selera masing
CARA
bungkus adunan menggunakan daun pisang yg telah dilayur.
bubuh inti kelapa ditengah2
lipat daun n kukus 20 minit.
# pandai2 buh inti tu ya..ada teknik tp aku x sempat bljr dr mak mertua. aku hentam cara aku je...leperkan adunan, buh inti pas tu tutp smla dgn adunan.bg inti tu duk elok2 kt tgh.



Friday, November 16, 2012

SINGANG DAGING
Napalah gambar belang2..x larat nk buat byk kali..x pe lah ya..
Terima ksih kpd sahabatku..FARAH JUHANA yg bersusah payah mengajar n bawa semangkuk ke skolah utk aku rasa. Masakan pantai timur yg sangat sedap. Abadikan di sini utk dirujuk pada masa masa akan datang.
Bahan bahan
daging..potong nipis
lengkuas diracik halus...segengam
halia diracik halus...besar ibu jari
bawang besar 1 labu dimayang
bawang putih 1 ulas..mayang
3 sb keumbar biji..tumbuk kasar
5 tangkai lada kering ...potong pendek2
2 keping asam keping
garam
Cara
reneh daging td dgn semua bhn hingga empuk
apabila daging dah empuk tambah perasa n asam keping.
sedap hirup panas2..



Wednesday, November 14, 2012

APAM PISANG
Suami beli pisang yg sgt cantik, gemuk pendek pisang tu, kulitnya pun licin mencin. Tp cuma dia yg sorang je yg mkn..nmpk gaya aku kena buat sesuatu. Kek pisang dah selalu buat, nk buat jemput2 pisang, berminyak la pulak, nk buat lepat mls nk melayan daun pisang tu..akhirnya jadilah apam pisang.
Resepi yg paling ringkas, lembut n x muak..boleh makan berulang2.
Bahan
7 biji pisang...besar jugak saiznya
1/2 cup gula
1sk garam
# lecek pisang bersama gula n garam
tambahkan 2 cup tepung kek yg di ayak bersama 1sk soda bikarbonat.
perap 1 jam
kukus 45 minit.
makan dgn kelapa..aku x sempat beli kelapa..sbb tiba2 je ujan lebat td..aku mkn cecah dgn milo..sedap.

Monday, November 12, 2012














PULUT DURIAN
Musim durian dtg lg, pg td dpt baik punya durian ioi...kuning keemasan. Murah pulak tu, cuma RM40 utk 4 biji yg besar. Apa lg cancel menu nasi ayam..ganti dengan menu pulut durian. 
Biasanya org johor mcm aku ni x pandai mkn pulut durian cam ni, sekarang ni sudah pandai setelah d ajar oleh suamiku. Selalunya dia akan gaul n ramas2 utk aku..anak2 tgk eeee...tp sedap, betul, x tipu. Makan pulak kena cepat2 klu lambat2 takut muak.
Cam ni cara nk makannya..tanak pulut dgn air biasa je...jgn lupa buh garam sikit.1 nisbah 1. 1 cup pulut 1 cup air. Sediakan santan pekat campurkn sedikit garam, sedikit gula perang dan beberapa ulas durian.
Siram beberapa sb santan atas pulut, tabur sedikit gula n gaul dgn beberapa ulas durian, ngap cepat2.




Saturday, November 10, 2012

sos cili homemade

SOS CILI
Home made sos cili ini sgt baik utk org yg tgh berdiet sebab...sos yg kita buat sendiri sangat kurang kandungan gulanya. Kalu kita beli sos yg ready made, sangat manis dan sudah tentu kandungan carb nya pun sangat tinggi. diet dah berminggu tapi berat tak turun2. Kalau nk mkn salad tanpa sos...makan cam tu je alamak...terkulat2 la pulak kan. Jadinya sapa2 yg tgh diet atkins tu, buatlah sos sndri, kosnya x sampai 5 hinggit, sedap n mudah pulak tu.
Bahan2
lada merah segar dlm 7 btg...beli kt rezki x sampai 2 hinggit
5 ulas bwg putih
garam secukup rasa
gula 1 sk
cuka makan 2 sb
Cara
blend lada n bwg putih..buh air tau
masak atas api kecil hingga didih
tambah perasa n cuka.
klu x nk buh gula pun boleh..lg baik sbb x de carb.
tunggu agak pekat, sejukkan n simpan dlm botol kaca. botol aku tu plastik je..tu pun farah yg bg..buat kenangan katanya.



Friday, November 9, 2012










sambal mempelam





x pernah buat n makan selepas zaman kanak2. Baru hari ni selepas 20 tahun, aku buat n menikmatinya smla selepas kemaruk makan sambal tempoyak. Simpan resepi ni baik2kt sini manalah tau esok2 anak2 aku pulak nk mencubanya...tak gitu husna.?

bahan..

cili hidup tambah sikit cili api
sedikit belacan....bakar dulu ya.

mempelam muda...kuning sikit pun ok
garam secukup rasa
bawan kecil 2 ulas

cara..

blend sumanya dalam pengisar yg kering
tambah sikit lg dgn racikkan halus mempelam td.
sesuaikan rasa...siapp

Monday, October 22, 2012

Pai Epal
gambar x mengancam...ada masalah teknikal..kesulitan amat dikesali, tp rasa...seedapp


Terima kasih kepada  hasue yag telah mencuba dan memaparkan sekaligus berkogsi resepi ini. Saya ambil resepi ni drpd blog beliau, kawan-kawan pun bolehlah berkunjung kesana ya.

Alhamdulillah setelah hampir setahun tidak menulis di sini akhirnya...hari ini aku kembali. Nasib baik masih tidak lupa cam mana nak linkkan blog ni dgn blog lain..klu tidak..parah..

Berbalik kepada resepi ni, pai yang sangat sedap, sangat mudah utk membuatnya, pasti menjadi, modal x besar, ambil masa yang sangat singkat, pastri yang rangup ..x lemau , x keras dan x terlalu rapuh. Apa lg...cubalah...

Bahan-bahan

250g tepung gandum
50 g gula icing
150 g butter
1 biji kuning telur
30 g air dingin
sehelai kertas minyak
beras@kekacang

Cara

Ayak tepung gandum bersama gula. Gaul ramas bahan ini bersama dgn butter. (potong butter kecil2)
+ kan kuning telur dan air ( buh sikit2). Boleh kepal je cukup. Air 30g yg aku guna x abis pun tau..pastri x rapuh klu guna byk air.
Uli sebati..(uli setakat sebati je..bukan uli mcm nk buat roti canai kaw-kaw tu. Lebih uli akan buat pastri kita x rapuh . Bungkus dlm plastik buh dlm peti sejuk ( kita rehatkan dia 1 jam). Pas 1 jam bru kuarkan smla n..
Canai pasti ( guna plastik bhg atas n bawah)
buang plastik bhg atas n angkat n letakkan bhg yg x berlapik tu dlm acuan pai kita. Potong dgn pisau bhg tepi@lebihan pai. Cucuk dgn garpu (aku x buh kekacang pun) terus bakar 20 minit api 180'...sbb aku suka rangup, klu ikut resepi asal 15 minit je. Pas tu siapkan inti..

Inti

4 biji epal hijau ( dadukan)
3@4 sb gula perang (quantiti gula boleh ubah ikut suka)
sedikit serbuk kayu manis
2 sb tepung gandum bancuh dgn 3sb air

Cara

Masukkan epal dadu dlm periuk bersama gula perang, masak hingga layu, tambah serbuk kayu manis dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung. Sesuaikan kepekatan.

Bila pastri dah masak, masukkan inti dan hias atasnya dgn lebihan pasti. Aku canai smla lebihan pasti dan potong memanjang , dpt 6 batng, X payah anyam2..nnti patah n x cantik mcm aku punya. letak dulu 2 batang, 1 di bhg paling kanan n 1 di bhg paling kiri , pas tu letak lg 2 btg melintang ..pandai-pandai susun mcm tikar tuh..x reti aku nk terangkan. Klu dah siap sapu kuning telur n bakar smla 45 minit 180 darjah. Resepi asal bakar 35 minit je..aku suka rangup so bakar lama sikit. Dah siap..tunggu sejuk baru makan , yang ni x leh makan panas melecur bibir kang..sbb filling tu panas yg amat.


Sebenarnya kan...aku buat 2 adunan. 1 adunan tu aku buh inti durian...maka dia jadi pai durian. Gambo esok aku upload, kamera aku entah kt mana ....Sedap tau pai durian ni..Inti durian ni aku buat masa musim durian bln 4 dulu..Aku masak durian dgn gula..masak lama2 penat tutup api..pas tu sambung smla..Dah masak betul , sejukkan n simpan dlm peti. Aku x buh gula byk pun, tp sbb aku msk lama maka dia pun tahan lama. Pai ni aku penah makan masa di Davao, tp sedap aku punya lglah, sbb inti durian dia aku rasa dah campur tepung..aku punya ori, gula n durian semata..manis pun ngam2 je..Esok aku akan buat utk kakak ku..norlela yg dah terliur tgk gambo..tungguu....



Monday, May 28, 2012



Kek Lapis Kukus Choco Horlick.




Sebelum itu, terima kasih kepada yatie sinar kehidupanku. Yatie pulak dapat resepi dari hasue. Kwn2 leh lah rujuk 2 blog yg saya bagi tu . Saya mintak izin buh resepi tu di sini pulak ya..sebagai rujukkan sendiri sbb kek lapis ni sedap kata kawan2..bagi saya bukan tak sedap tapi masa xtvt ni berlangsung saya sedang selsema..x dapat rasa apa2..hilang deria rasa n bau..Tapi anak2  pun suka makan..moist sgt kek ni..Ada jugak kawan sekolah yang mintak resepi, tak sabo nk cuba katanya...tandanya..memenag sedaplah kan...Kuantiti pun sedang2 je..x byk n x sikit sgt..sedang elok utk cubaan kali pertama.

Bahan:

250 g mentega tulin..aku guna 1 buku butter je.
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis..aku guna 1/2 cawan je
70 g horlick ..aku guna 1/2 cawan je
30 g serbuk koko..aku guna 3 sb je
1 st esen
1/2 cawan tepung gandum
sedikit pewarna kuning 

cara-cara

Panaskan kukusan, lapik loyang dgn kertas minyak, gris dgn sedikit butter/minyak
Pukul butter dgn gula hingga berkrim
Masukkan telur 1 per 1, pukul , tambah esen, susu pekat, pukul sebati.
Tambah tepung sikit2, guna spatula.
Bahagi 2 adunan, 1 bhg tambahkn horlicks dan sedikit pewarna kuning n 1 bhg lg tambahkn koko..kacau sebati.
Jika air kukus dah didih, bolehlah melayer 1 lapis ke 1 lapis.
Setiap lapis, ambil masa 6 minit utk permukaannya kering, pas tu bolehlah letakkan lapisan kedua..dan seterusnya Utk lapisan terakhir tunggu 30 minit. Saya tutp dgn aluminim  foil utk elak timpa wap.









Saturday, May 19, 2012



Dah lama tak masak2, semangat pun suam-suam kuku. Stok2 bahan masak pun naik berkulat dalam lemari tuh. Sindrom kurang semangat memasak ni dah 6 bulan melanda. Bila semangat ni nak melonjak semula??? Tunggu peralatan masakku sampai lah...peralatan masakku di sana lebih lengkap daripada yang ada di rumah ni..

Ada cuba 2..3.resepi baru tapi tak berapa menjadi..napa ek? Agaknya sebab tak disertai dengan semangat yang kuat dan nak cepat siap...kejar masa punya pasal...alasan je tuh..

Tapi blog ni tetap menjadi pujaan hatiku kerana ia antara kenangan terindah. Blog ni mengingatkan aku tentang kehidupan kami di tempat orang. Pengalaman sebagai suri rumah sepenuh masa yang amat membahagiakan...betul..tak tipu punya... Syukur alhamdulillah, diberi kesempatan ini.

Sunday, February 26, 2012





Kenapa gambar yg akk upload jadi belang2 gini? Siapa tahu..tolong.

Tuesday, February 21, 2012


 


lama sungguh x masak2. Sangat sibuk dgn urusan kerja mungkin sbb awal tahun..byk maklumat yg perlu dibereskan. Kadang2 sampai naik tension. Sebahagian besar masaku sekarang ni dihabiskan dgn urusan kerja. Sebelum ni semua urusan kerja tak pernah aku bawa balik ke rumah.

Dalam sibuk2 tu sempat gak jengah blog kawan2 dan terasa syoknya cuba mencuba..masak memasak ni. Terfikir lah pulak..kalau aku masak kek yg cantik n sedap2 ni mesti boleh jadi terapi minda..esok nak cubalah...InsyaAllah..

Saturday, January 28, 2012

Pau







Selama ni buat kuih pau main hentam taram je, jadi tu mmg lah jadik. Tapi x salah n byk baiknya jika kita menuntut dulu..menuntut kt blog kwn2. tentu hasilnya lebih baik kann..kwn2.

Pau water roux ni mmg gebu. Saya ambil drpd blog jintanmanis. Tq jintan manis.. Ikut juga tips yg diberi. Memamg betul..Experiment saya yg pertama..api terkuat sikit, masa terlebih sikit pas tu kalut2 terus bukak penutup ..hasilnya..pau saya terkejut..saya lbh2 terkejut sbb.... pau saya mengecut sumanya Dia tgh kembang elok2 tiba2 saya bukak penutup apa lg..mcm daun semalu yg disentuh...terus mengucup.. Masa kukus trip kedua, lbh hati2, dan hasilnya...memuaskan..gebus..Belajar drps pengalaman ya..

Bahan

500 g tepung pau
3 sb shortening
220 ml air suam + garam
3 sb gula
2 sb baking powder
4 sb water roux
2 1/2 sk yis

Cara

Uli je dlm BM sampai siap. pas tu perap sampai naik,
tumbuk ..buang angin, bentukkan pulak dgn masukkan inti. Aku buh inti kacang hitam yg ready made punya.
Tunggu kembang sekali lg pas tu kukus..6@7@8 minit je..

* elok baca tips yg jintan manis saran kan tu..


Donut keledek









Semalam buat donut keledek untuk buat pertama kalinya. Hasilnya memang tidak mengecewakan. Donut ni sangat lembut walaupun dah sejuk. Walaupun makan banyak tapi kan.. perut ni x kembung. Selalunya kalau makan donut biasa tu, aku mmg alah..kembung perut , mungkin sbb penggunaan yis. Kali ni tidak..kebetulan atau sebab ditambah keledek.aku pun x pasti..Lain kali nk buat lg, nk cuba guna keledek lain2 warna..mesti menarik. Lembutnya lain macam...best sgt..terima kasih kepada..jintanmanis. kali pertama juga guna donut cutter..baru beli n baru terjumpa kt kedai...ketinggalan zaman sungguh aku ni..

Bahan.

250 g tepung gandum
80 g keledek rebus yg di lecek Aku guna 150g.
2 sb susu tepung
1 biji telur - pukul sikit
80ml susu segar@ air suam ( aku buh sikit2 sbb guna keledek lebih, takut terlembik)
1 1/2 sb butter
2 sb gula
1 1/2 sudu kecil yis

Cara

Aku guna BM je..buh suma bahan tekan on..
dah sebati..perap biar dia naik. Lbh kurang 1 jam.. Pas tu...tumbuk2 buang angin.
bentukkan  dan tunggu kembang lg.
goreng dlm minyak panas.
salut gula..makan panas2..sedapp..


sedaaappp..kata anakku..

ppss...kenapa gambar kita jd cam tu ek? Ada 2 tone warna..



Thursday, January 12, 2012




Sudah tiga minggu berada di rumah tapi masih lagi sibuk. Sibuk dengan kerja, mengurus anak2 dan macam2 hal ..Sesekali sempat juga jengah dapur kawan2. Terasa rindu utk mencuba resepi baru tapi masa belum mengizinkan..Kesian blog ni..sunyi sepi. 

InsyaAllah bila semua dah selesai, dan semuanya dah stabil ..aku akan mula memasak semula. Buat masa ni..makan tengah hari pun aku tapau ...setiap hari...melampau kan. Kadang2 tu makan malam pun beli..sebenarnya aku x de mood nk memasak...huhuhu.





Thursday, January 5, 2012


 


Selamat tahun baru, selamat bersekolah semula utk anak2,  dan selamat mengajar  utuk guru-guru termasuklah aku...Setelah 2 thn bercuti sepenuhnya, hari pertama ke sekolah macam2 perasaan ada..agak blurr..hari kedua alhamdulillah..mood dah datang smla..Lega..
Powered By Blogger