Thursday, August 25, 2011

Talam suji




Assalamualaikum

Asyik buat kuih menggunakan tepung suji je kan..nak habiskan stok sebenarnya. Selalunya suami klu belikan tepung ni 2..3 peket dihangkutnya..utk sekali buat x perlu kuantiti yg banyak sbb tepung ni muai. jadiknya kenalah rajin2 cari resepi utk menghabiskan tepung ni.

Resepi ni dah 2 tahun diamalkan, sesedap rasa, seelok kejadiannya, x lembik, x keras, sedang2 elok je.

Bahan (bhg bawah)

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan

Cara
 campurkan semua bahan, kacau sebati, pas tu masak guna api sederhana hingga naik wap. Masukkan pula dlm loyang yg dah di sapu minyak, kukus hingga masak lbh kurang 20 minit.

Bahan (bhg atas)

4 cawan santan pekat
2 sudu besat tepung jagung
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah
2 biji telur
2 helai pandan

Cara
Campurkan semua bahan, kacau sebati pas tu masak atas api hingga naik wap, tuang ke atas bhg bawah yg dah siap kita kukus tadi. Kukus semula 30 minit.