Sunday, July 10, 2011

Tart Kastard



Assalamualaikum..Semalam terasa nk mengemas kabinet tpt aku menyimpan bahan2 kuih, saja cek stok ..sbb lbh kurang 5 bulan je lg aku kt manila ni..kena habiskan mana yg patut..Rupanya masih byk lg tepung kastard aku..ada 2 kotak setengah, tanpa buang masa aku terus buat tart kastard..resepi dah tersimpan lama dah...ari ni baru berjaya mencubanya. Resepi amik drpd liana_pg@myresepi..terima kasih byk2...seeedap sgttt...suuukaaa.

Bahan (doh)

2-3 sudu besar susu segar
250 g tepung gandum
1 sudu besar gula
1 telur (pukul dgn garpu sedikit)
125 mentega
secubit garam

Cara

Gaul ramas tepung, gula, garam dan mentega kemudian masukkan telur, uli hingga takat jd doh shj. Bubuh susu segar jika doh agak keras..(aku x buh pun sbb doh dah jd elok). Rehatkan doh  lbh kurang 1/2 jam.
Terap doh , kemaskan dlm acuannya , cucuk permukaan doh dgn garpu dan bakar lbh kurang 15 minit.

Bahan filling

500 ml susu segar
2 biji telur
50 g tepung kastard
100 g gula
1/2 sudu teh esen
secubit garam

Cara

Campur sebati semua bahan, masak hingga agak pekat. Tuang dlm pastri dan bakar semula lbh kurang 15 minit..klu nk hias pun boleh..aku buh coklat chip kt tengah2..nmpk cantik..dan sedap..



buh kastard guna paiping bag buatan sndri

No comments:

Post a Comment