Wednesday, September 28, 2011

ikan paprik






Assalamualaikum

Ikan kat ats ni terhasil selepas berkira2 n memikir2,  nk dimasak apa  ikan ni ??? Akhirnya, buh itu buh ini, blend, tumis...wah sedap. Husna suka n suruh masak lagi cam tu utk esok hari. Senang je masaknya...

bahan
 sebarang jenis ikan - bersihkan, lumur garam kunyit dan goreng
1 labu bawang merah - kisar separuh dan hiris yg separuh lg..( boleh juga klu nk kisar semua)
2 ulas bawang putih - kisar
1 in halia - kisar
4@5 biji cili api - klu x nk pedas boleh ganti dgn cili kering/cili hidup - kisar
2 btg serai - ketuk
4 helai daun limau purut
2 kiub tomyam

Cara

Tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau, tambah sedikit air, masukkan kiub tom yam, kacau sebati. Akhir sekali masukkan ikan bersama daun limau purut yg dah dibuang urat tengahnya. Tak perlu tambah  asam n garam sbb kiub tom yaam tu dah masin. Kepekatan kuah ikut seleraa masing2.







Tuesday, September 27, 2011

Ikan masak cuka

Assalamualaikum.
Dah seminggu tak bersiaran, terkejut dgn pertambahan berat badan dan juga sibuk dgn anak2 di rumah. Typoon Pending menyebabkab class suspended 2 hari, so budak2 ni yg sibuk mengadap laptop idea pun susah gak nk dtg klu rumah riuh rendah. Hari ni mereka suma dah ke sekolah smla dan dpt lah aku menyambung misi.

Aku dah mula berdiet, lebih kurang 5 hari. Potong semua pengambilan carbohidrat. Tak amik nasi, semua jenis mee, roti, air manis..pendek kata semua makanan yg bercabohidrat. Sehari cuma boleh amik 20g carb je. Alhamdulillah wpun baru 3 hari, sudah berlaku penurunan..diet yg x perlu berlapar..jom kita sama2 diet.

Lupa pulak..gambar kt atas tu ..ikan masak cuka. Sebelum berkeluarga aku x kenal dgn masakan ni, rasanya x ada dlm resepi kuarga kami ..org Johor. Dapat resepi ni selepas berkahwin, suami yg ajar. Sedap makan masa cuaca panas, hirup kuah masa hangat2 rasa ..segar je.

Bahan

Sebarang jenis ikan - bersihkan , lumur garam kunyit n goreng 1/2 masak.
1 labu bawang besar - belah 6
2 in halia - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang
2 biji lada hidup - belah 2
1 sudu besar biji sawi.
sedikit minyak utk menumis
air secukupnya
cuka makan secukupnya
garam, perasa

Cara

Tumis semua rencah termasuk biji sawi hingga layu, masukkan air, ikan, cuka, garam dan perasa. Tunggu mendidih, tutup api..Kuantiti cuka tu ikutlah citarasa sendiri, jgn terlampau masam..sesedap rasa saja.

Tuesday, September 20, 2011

Macam mana nk kurus?

Assalamualaikum

Tiga tahun lps..tak perasan badan dah naik..bila balik kg..suma anak2 buah tegur, besarnya itu..besarnya ini..lps tu tekad..diet. Tak makan nasi..banyak gak turun.

Sekarang ni...tak kerja, cuti tanpa gaji 2 thn. Banyak masa terluang, hari2 tgk blog orang cari resepi. Selepas 1 tahun kumpul resepi wujud pulak blog masak2 sendiri. Usaha mencari dan mencuba resepi baru semakin hebat. Anak2 pulak tak berapa suka makan kuih muih ni, maknyalah jadi tukang perabis. Sedap ke tak sedap ke maknya kena makan lebih sebab tak nak membazir.

Minggu ni ROH day (reading of honors) kt sekolah anak2. Tangkaplah sekeping dua gambo dgn anak2 ni..balik umah bila belek semula gambar yg di snap..Ya Allah..gemuknya lah aku skrg ni..sedih..tekad semula utk diet.

Kelmarin, bermula pogram diet aku. Tak makan nasi. Makan buah, oat, sayur.

Semalam..tak sempat sarapan, kalut pegi kolah anak utk ROH amira, pagi buta, lps tu tak balik terus, sembang dgn kawan korean sampai tengahari.

Malam tadi...muntah2, sakit perut, masuk angin, mcm mabuk berisi ...aduhhhh. Suami kata x yah lah diet2..makan nasi je..tengah mlm buta pun terjaga, perut masih x selesa wpun suami dah urutkan. Masih muntah2. Alhamdulillah, baiknya suamiku..dia turun dapur, buatkan oat campur madu..baru dapat tidur smla.

Hari ni..nak sambung diet lg ke? Tulun...tulun..macam mana nk kurus? sikit pun jadilah..sblm balik msia..ada masa 3 bulan je lg ni..kalau x...sumbat telinga dgn kapas je lah...

Tak ada mood nk n3 makan2 minggu ni...perap dulu resepi..

Thursday, September 15, 2011

Shepherd's Pie

Assalamualaikum
Saja je mencuba resepi ni drpd buku yg aku beli kt kedai buku ari tu. Semua bahan ada kt dapur dan cara buatnya pun taklah susah sangat..rasanya pulak memang sedap. Kita boleh juga ubah suai mengikut bahan yg ada kt dapur masing2 dan mengikut selera masing2.

Bahan (dasar/inti)

sedikit minyak utk menumis
1 labu bawang- dadu
1 batang karot - dadu
2 batang celery - dadu
300 g daging kisar
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tomato paste
garam secukup rasa

bahan (top)

5 biji kentang - rebus n lecek ( aku guna yg ready made je)
1/4 cup susu segar
1 sudu besar butter
garam secukup rasa
serbuk paprika utk tabur

Cara

Tumis bawang hingga layu, masukkan daging kisar, kacau lbh kurang 3 minit hingga daging masak, masukkan sayur2 yg lain, tambah sedikit air, masukkan pula tepung gandum utk pekatkan kuahnya akhir sekali perasakan dengan bahan perasa. Kalau suka boleh tambah lada hitam.

Kentang yg dah direbus td, lecek hingga halus, tambah susu, butter dan garam..kacau hingga sebati.

Masukkan inti yg kita sediakan td ke dalam bekas tahan panas kemudian masukkan pula di bahagian atasnya kentang yg kita lecek. Guna garfu utk buat lorekkan, ( lorek2 je guna belakang garfu). Bakar dalam oven suhu 170' lbh kurang 20 minit atau hingga kentang keperangan.

masukkan inti
tutp inti dgn kentang yg kita dah sediakan n garit dgn garfu
utk saya n suami, tabur sedikit serbuk paprika

ni utk anak2..

Wednesday, September 14, 2011

Ikan singang/pindang

Assalamualaikum

Menu yg paling mudah, campak2 je siap. Masakan ni kegemaran Izzah..suka sangat dia hirup kuah ni..bukan dia je, kami pun suka, terutama hirup masa hangat2 gitu. Klu masak lauk ni kena buh kuah byk2, sbb klu kuah yg ngam2 tu utk Izzah sorang je.. Masakan sihat tak guna minyak sesuai utk org dlm pantang atau berdiet...juga utk org yg ada byk sgt vitamin M, mcm aku...tp x selalu...

Bahan

sebarang jenis ikan- bersihkan n lumur kunyit
1 labu bawang besar- potong 6 atau hiris
1 ulas bawang putih- hiris
halia - racik halus
lada basah hijau n merah- belah 2
2 keping asam keping
1 btg serai- ketuk
1 helai daun kunyit - koyak2
air secukupnya
garam
perasa


Cara
Masukkan semua bhn dlm periuk, masak hingga mendidih, sesuaikan kuantiti kuah dan rasanya. Rasa masam2 n pedas2 sikit, bau halia, bau lada hidup, bau serai, bau daun kunyit, warna kuning sikit2..ha..jadik la tu..

Thursday, September 8, 2011

kerepek gunting

Assalamualaikum.

Kerepek gunting ni kegemaran suami. Kerepek yg tak boleh tinggal masa raya. Kuih/biskut raya yg manis2, tak pandang.
Selama ni juga aku tak pernah buat kerepek ni sbb kerepek ni byk sgt dijual kt tpt aku..raya ke, tak raya ke..memanjang ada.
Tapi lain tau buat sendiri dgn beli siap. Buat sendiri tu rasa puas bila tgk dia makan. Mula2 buat 2 cawan, 1 hari abis, esok buat lg..1/2 kilo..tahan 5 hari. Hari ni kena buat lg..tak pe...aku rela..asal suamiku suka. Resepi kt bawah ni mengikit cita rasa kami campur sikit dgn pengalaman2 suami masa tolong mak mertua buat kerepek ni masa dia kecik2 dulu.

Bahan

700 g tepung gandum
20 tangkai lada kering - sbb kami suka pedas
2 labu bawang besar
1 gengam ikan bilis
2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
1/4 cwn minyak masak ( panaskan)
2 sudu besar majerin
200 ml santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
daun kari- hiris

Cara..

Kisar halus semua bahan kasar . Kisar guna santan yg 200 ml tu.
gaul ramas tepung dgn majerin, tuang minyak panas dan gaul sebati.
Uli tepung dgn semua bahan kisar, dan perasakan dgn garam. Uli hingga menjadi doh.
Buat bebola kecil, mesin guna mesin mee,mula2 leperkan dgn no paling besar lps tu akhir sekali baru masukkan ke no second last paling kecil, pas tu masukkan pulak ke bhg yg mata lebar ( utk kuey tiew).
Goreng dlm minyak panas guna api sederhana. Sambil tabur lg daun kari utk bau yg lebih mengancam.

* Sebenarnya resepi ni juga boleh diubah suai mengikut selera masing2. Boleh ganti ikan bilis dgn udang kering. Boleh juga tambah rempah kari sedikit. Ikut suka hati sebenarnya. Kalau guna mesin mee doh x boleh lembut sangat nanti dia x nak bercerai masa kita potong di bhg yg lebar tu.


Wednesday, September 7, 2011

Pumpkin Cheese Cake

Assalamualaikum,

Menyahut cabaran sahabat karibku Aniza..yg teringin nk mkn pumpkin ces kek ni..tp suh aku buat dulu. Ok set aniza..jadi ...sedap..Aniza leh cuba. Akk dah bega2 resepi ni. Lps ni aniza cuba try test, pas tu hantar laporan kt akk..Sebenarnya dpt ilham drpd 1001resepi.

Bahan crust

200 g biskut ginger snaps..Akk pakai biskut apa yg ada je kt dapur..
120 g butter - cairkan
2 sb brown sugar - akk x buh..x suka manis

Cara
Satukan semua bahan, tekan kt dasar loyang yg dah dialas kertas minyak. Akk guna bekas kecik je kali ni.

Bahan kek  ( setelah diubah suai sb resepi asal..banyak sgt kuantitinya)

250 g cream cheese
1 cup labu - rebus n lecek
1/3 cup gula
1/3 cup yogurt
1 telur
1 sk garam
2 sudu besar tepung gandum.

Cara

Putar cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan telur, terus putar.
masukkan pula yogurt, labu, garam dan tepung. Putar hingga sebati.
Kalau masih ada ketul2 labu, masukkan je dlm blender semua bhn tu..kisar halus.
Tuangkan adunan ke atas crust, bakar dlm dulang yg berisi air didih, 40 min api 170'.

sebelum msuk oven. Ngam2 dpt 6 bekas ni.


yg ni dah siap..

Tuesday, September 6, 2011

ABC

Assalamualaikum..

Minggu lepas terjumpa mesin ice shaver ni kt mega mall. Sebenarnya dah lama mencari dan bila terjumpa tu terus je amik. Si Husna yang suka sangat makan ABC kt umah ni. Pantang jumpa mesti nak, kadang2 ABC yg kita beli kt luar tu tak padan dengan harga. Pernah juga dapat yg masam sbb gula merah dia dah basi.. aksesori tak tara mana tapi harga ...amboi aii.

Sekarang boleh buat sendiri, bubuh la apa nak..nak banyak mana...suka hati kau lah nak...

cuma letak sirap, gula merah, susu cair, susu pekat, jagung, jeli kelapa. tak sempat2 baru  je sampai umah, koyak plastik terus buat.

Ini lah alat mesin ABC 


Monday, September 5, 2011

Masakan Muslim Filipino

ayam yg dimasak dgn serunding kelapa

Assalamualaikum.

Masakan di bawah adalah masakan muslim Filipino yg kebanyakkannya berasal drpd Mindanao. Masakan mereka tidak banyak beza dengan masakan kita, terutama rendang daging, ada juga masak lemak cili api tetapi mereka tidak menggunakkan santan yg pekat mcm kita.

Masakan ni saya beli semasa bulan puasa, kedai makan mereka hanya dibuka selepas pukul 4.30 petang. Di sini kami berbuka puasa pada pukul 6.15.

Kuih muih tradisional mereka yg saya jumpa dan suka makan ialah wajik, sama macam kita tetapi mereka taburkan tahi minyak di atas wajik td. Ada juga bingka ubi tetapi mereka tak guna gula merah dan atas bingka mereka campuran sapukan susu pekat dan cheese. Bingka ni saya dah pernah buat sendiri dan resepinya ada di sini , pada saya sangat sedap kuih ni.

rendang daging, banyak guna kerisik
kerabu/urap
daging masak kicap
hati lembu 
pucuk n batang keladi masak bersama ikan bilis yg digoreng n ada ikan kering...sedap sgt.
cucoq udang 
sambal terung
karipap n popia
nasi kunyit n ayam panggang

Sunday, September 4, 2011

Nasi Serai



Assalamualaikum..

Nasi serai ni teramatlah sedapnya, bau harum serai, lain drpd yg lain. Ramai kawan2 bloger yg dah cuba, cuma aku je yg lambat sikit sbb ingatkan rasanya mcm biasa2 je..tapi lps mencubanya...wah...bestnya...Dlm masa 2 minggu ni aku dah buat 2 kali..Pada aku nasi ni lbh sedap drpd nasi minyak. Aniza mesti cuba..x rugi kalau mencuba ni. layan pulak dgn ayam masak merah ke..kari ke..mmg sedap...betul ..tak tipu..bahannya pun simple je tau. dpt ilham ni drpd Ummi. Terima kasih byk2.




Bahan

4 cup beras -bersihkan n rendam 1 jam
5 cup air ( bergantung pd bersa yg diguna)
minyak sapi utk menumis
bunga lawang, kayu manis, pelaga
5 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 in halia - kisar
1 kiub pati ayam
2 helai pandan
4 batang serai - ketuk
garam secukup rasa
bawang goreng utk hiasan

Cara

panaskan minyak sapi, masukkan rempah 3 sekawan td, tumis bahan kisar hingga naik bau bersama daun pandan dan serai .
Masukkan beras, kacau lbh kurang 2 minit, masukkan air, garam dan kiub. Pastikan larutkan kiub ayam tu.
Taburkan bawang goreng jika nasi dah mula tanak..


makan dgn lauk di bawah..


sambal sotong

dalca daging

ayam goreng perap rempah

Powered By Blogger