Sunday, July 24, 2011

Seri Muka

Assalamualaikum,

Buat kuih ni utk bekal suami 'menebas' bersama dgn kwn2nya drpd Palau dan Pakistan. Kawan2 dia ni suka makan kuih muih Msia. Tiap minggu mesti kena pikir menu utk bekal diaorg ni..
Saja aku masak pulut ni lebih sikit, pagi makan dgn serunding dan belah petangnya buat kuih seri muka.biar hangin satu badan.

Bahan (utk bhg bawah)

pulut (rendam 1 mlm)
santan
garam

Pada aku kukus lbh senang, bubuh pulut dlm loyang, buh santan (separas pulut je), dan garam, kacau sikit bg garam tu larut dan kukus lbh kurang 1/2 jam. Biasanya bhg pulut ni buat nipis je..sbb anak2 aku nilah mkn yg atas je..so nk sukatnya.masa rendam tu guna loyang yg sama, dr sini leh la kita dpt agak ketinggian pulut tu..nk tinggi takat suku loyang ke.setengaah loyang ke.ikut masing2.

Bahan (utk bhg atas)

1 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan santan dan jus pandan (blend sekali)
3/4 cawan gula
1 biji telur
garam secubit

Masukkan semua bhn dlm blender dan blend hingga sebati, tuang atas pulut yg dah siap kukus tadi ,jgn lupa tekan dan padatkan dlm loyang dulu. Kukus semula 40 minit. Aku guna loyang 6 kali 6 inci...ngam2 je..



loyang tu lapik dulu dgn aluminium foil supaya senang nk potong dan kuarkan

No comments:

Post a Comment