Teruja selepas melihat roti ni di blog Nor Secubit Garam. Terus mencuba dengan menggunakan resepi beliau sbb sebelum ni aku x pernah lagi meroti menggunakan teknik water roux. Sebenarnya aku memang teringin sangat nak mencuba guna teknik water roux ni dan nak merasa kelainannya. Ternyata roti ni sangat lembut walaupun aku tak letak shortening ( habis stok).
Mula projek pukul 5 pagi, masih sempat utk dihidang sbg breakfast sebelum pukul 7 pagi utk anak2 n suami sebelum keluar rumah meneruskan tugas masing2 Terima kasih kepada Nor. aku guna resepi basic doh di sini ya..--->secubitgaramnor.
Bahan
380 g tepung high protin
3 sudu besar susu tepung
80 gram gula halus
3 sudu kecil yis segera
1 biji telur gred A- pukul ringan
100 ml air
100 gram water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gram butter
30 gram shortening
cara
masukkan semua bhn cecair dahulu kemudian diikuti bahan2 kering dlm bread maker dan tekan on. ( ikut Bm masing2)
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 1 kali ganda. ( aku biarkan adunan dlm BM sbb dlm tu suhu hangat sikit..cepat naik).
Keluarkan doh dan tumbuk utk keluarkan angin.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan bentuk spt dlm gambar di bawah.
Untk Inti
Boleh ubah suai mengikut selera masing2. Aku guna inti sardin, masak seperti biasa tetapi biar kering sedikit sbb klu berkuah susah nk menggulung nnti.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 195'.
Utk water roux:
1:5 --1 utk tepung dan 5 utk air
50 gram tepung
250 ml air
bancuh sebati dan masak guna api sederhana hingga pekat.
water roux |
canai doh n ratakan inti ..anak2 punya x buh sayur |
kami punya..tambah bawang n tomato dadu, hirisan lada n tabur daun ketumbar |
gulung kemas dan cantumkan sblm dipotong2 |
Puas hati... habis sblm ptg.. |
Assallamualaikum kak Rosiedah..
ReplyDeleteWah kak, bestnya tgk gambar yg dah ditabur dgn inti dan segala jenis daun tu.. Menyelerakan.. Best ni kak..huhuhu.. bila nak meroti ni..
Wsalam naz. Mmg sedap bg kita tekak org2 tua ni. Anak2 pulak pandang semacam.
ReplyDeletesalam kak..bestnya makan roti ni utk breakfast...satu xcukup ni....ekekekeke
ReplyDeleteWsalam Liza..mmg syok buat sendiri, dpt makan panas2, bersih, suci n halal.
ReplyDeleteterbaek la cekgu ! nyam3....
ReplyDeleteOren misaki: terima kasih, nyam5 mmg sedap.
ReplyDelete