Tuesday, October 18, 2011

Sinigang Salmon Belly



Assalamualaikum

Masakan sinigang ni masakan org2 sini..filipino. lebih kurang mcm masakan kita ..singang. Rebus je x guna minyak. Sesuai utk org yg sedang mengawal kolesterol. Selain asam rebus, singang, masak cuka, dan sup kita boleh tambah 1 lg menu..sinigang. Sesekali ubah selera dan mempelbagaikan masakan apa salahnya.

Masakan ni pedas2 sikit dan masam2 yg terbit drpd kalamansi atau limau kasturi. Salmon belly ni pulak kaya dengan lemak omega 3 yg sangat baik utk kesihatan. Di sini sangat mudah utk mendapatkan ikan jenis ini. Kalau bhg belly ni mmg mereka dah pack2 dalam 1 kilo. Di Msia x pasti pulak...sbb sebelum ke sini, aku pun x pernah makan bhg belly ni..bahagian yg paling byk lemak. Boleh juga ganti dengan ikan lain kalau nak cuba masakan ni..Tak nak cuba ke?




Bahan

1/2 kilo salmon belly
 7 batang kangkong
1 biji terung panjang - hiris
1 batang carot putih - hiris dan celur sekejap
1 labu bawang besar belah 6
3 biji cili hijau - belah 2
3 biji cili api- kalau nk lg pedas
jus limau kasturi
garam
perasa

Cara

Masukkan semua bahan kecuali kangkung, masak hingga mendidih.
Masukkan kangkung, bahan perasa ,garam dan jus limau kasturi. Kuantiti jus limau kasturi tu agak2..sampai kuah terasa masam2 sikit.


No comments:

Post a Comment