Wednesday, June 1, 2011

cheese tart



Resepi ni saya dpt drpd blog http://sue-hasue.blogspot.com/2011/03/tutorial-teknik-membuat-lorekan-di-atas.html copy paste je.. terima kasih banyak2.. sbb berkongsi resepi..


tak sia sia saya seharian di dapur.. walaupun penat.. tetapi berbaloi..fillingnya saya buat drpd mangga yg d masak dgn gula, sbb malas nk g kedai beli yg ready made :)


bahan-bahan

170gm marjerin
 50gm gula aising
 1 biji telur Gred C
 290gm tepung gandum
 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
 4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
 5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
 250gm cream cheese
 50gm gula kastor / gula halus
 1 biji telur Saiz B
 ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
 2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
 3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
 4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
buh filling manga yg ku buat sendiri..
cara menerap





deretan tart ku.. ngee :)
lorekkan..


jeng3.. hasilanya.. :D




experiment #2

Saja nk tunjuk gambar ..experiment kali kedua..lbh kemas..Kali ni guna teknik gaul ramas..hasilnya ..crust lbh lembut n gebu..















2 comments:

  1. Shidah, minggu lepas akak buat gak cheese tart ni. Filling blueberry lagi. Memang sedap. Cuma crustnye lembut sangat. Pastu kat cheese tu tak blh lorek sebab tak rata. Mcamana nak bagi rata cheesenye ye.

    ReplyDelete
  2. akk ltk adunancheesenya guna senduk ke? saya pipekan je..buh penuh2..dia rata sendiri.

    ReplyDelete