Wednesday, October 12, 2011

kek cream caramel

Assalamualaikum..

Musim bloger buat kek caramel dah habis tp aku baru nk n3. Tak pa la kan..tak salahkan sbb ramai lg kawan2ku , anak2 buahku n adik2 ku yg masih belum cuba buat kuih ni. Kek ni 2 dlm 1..ada kek dan ada cream caramel. Tak susah pun nk buatnya jgn susah hati. hari minggu nnti blehlah mencuba lps tidur2kan anak tu, sbb klu x ada prjk cam ni maknya pun mesti tertidur samakan..

Kek ni dah banyak kali buat, rasanya kali pertama buat masa baru2 sampai kat sini  ..thn lps..Tapi bila 'musim' ni datang smla, kita pun buat lg..dan lagi..saja nk mencuba kelainan drpd pelbagai sumber.. sbb lain bloger lain cara..dan lain rasa. Buat kali pertama mmg lupa aku ambil dr mana, kali ni mencuba drpd   Ita Masam Manis   dan Sasha Rahmat.



Bahan ( caramel)

2 sudu besar gula
Taburkan gula terus ke dlm loyang 8x3 dan masak atas api perlahan. Tutup api bila gula dah mula cair dan bertukar warna keemasan.

Bahan cream caramel

3 kuning telur
2 telur
1 cawan susu cair
1 cawan susu manis
sedikit esen

Campurkan semua bahan, kacau sebati tp jgn sampai berbuih, tapis. Tuangkan bahan ke dlm loyang yg dah siap kita buat caramel td.

Bahan kek

3 kuning telur
135 ml air
3 sudu besar minyak masak
1/4 cawan gula
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*

* ayak bersama

Cara
Putar semua bhn kecuali bhn yg diayak hingga gebu, masukkan pula bhn ayak..kaup balik hingga sebati. ketepikan..

Bahan (meringue)

6 putih telur
1/3 gula halus
1 sudu teh cream of tartar.




Cara
Pukul putih telur hingga kembang, masukkaan gula sedikit demi sedikit bersama cream of tartar. putar terus hingga bertanduk.

Campurkan meringue td ke dlm adunan kek. Masukkan 1/3 dulu..kaup balik guna spatula hingga sebati kemudian masukkan yg bakinya, kaup balik hingga sebati. Bahagikan kpd 3 bhg n warnakan.

* nk buat meringue ni kena tau teknik tau.
Peralatan mesti bersih n bebas drpd minyak. Sbb tu aku buat meringue ni dulu sebelum buat adunan kek..mls nk basuh2 pekakas.

Cara nk buh dlm loyang yg dah ada cream caramel:

sendukkan 3 sudu warna pertama di tengah2 loyang, diikuti warna ke2 n warna ke3. Buat hingga 3/4 loyang. Buh pula 2 sudu warna 1..sama cam proses di tas. Akhir sekali guna 1 sudu..




Guna teknik steam bath. Buh dlm loyang yg berisi air panas. Letak kt rak yg paling bwh..45 mnit 160'





yg ini ikut resepi sasha rahmat..


yg ini ikut resepi Ita Masam Manis..caramelnya lembut sikit
jamu kt tetamu..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger