Monday, October 10, 2011

Pau keledek



Assalamualaikum.

Teruja nk mencuba buat pau keledek ros ni setelah melihat di blog Nuri, bakery2embroidery. Tengahari tu jumpa, rasanya dan2 tu jugak nk p cari keledek. Dpt keledek dah dekat maghrib tp sbb semangat dah datang buat jugak mlm tu. Keras2 tangan ni jadik jugakkk bunga ros tp x lah secantik tuan asal wendyinkk.blogspot n Nuri punya.
Pau keledek ni lembut dan manis dia pun senang2 je, pendek kata x rugi mencuba. Buatnya pun x lah cerewet sgt. Sapa2 yg kreatif tu mesti jadi lebih cantik. Jom cuba.

Bahan

125 gm keledek yg dah kukus (aku rebus je)
100 gm air
6 gm yis
50 gm gula
25 gm shortening
225 gm tepung pau ( aku guna tepung gandum)*
1/2 sudu teh baking powder*
1/8 sudu teh garam*
ayak bhn *

Cara
lenyek keledek hingga halus
larutkan yis dgn 100 gm air
masukkan bhn yg diayak dlm mangkuk bersama gula dan keledek.Boleh juga letak sedikit pewarna ketika ini ..jika suka ( aku x letak)
masukkan bancuhan yis dan uli sebati hingga jd doh.
masukkan shortening dan uli lagi hingga sebati.
tutp adunan dan rehatkan adunan dlm 1/2 jam @ hingga adunan kembang sedikit.
Tumbuk doh dan uli sejap, bentukkan bebola kecil. ( nuri buat 12 kuntum = 30 bebola tp aku buat lebih kecil..60 bebola .)

Cara membentuk bunga

leperkan 5 bebola yg sama saiz, susun dgn menimpa antara 1 sama lain..timpa separuh je.



saja2 sapu jem konon2 sbg inti..



lepas tu gulung dgn kemas spt di atas.

ambil chopstik 'gergagi' di bahagian tengah melintang hingga gulungan td putus dua..maka jadilah cam ni..


kukus dgn api max 12 minit. Pastikan x timpa wap ya.

* utk dptkan gambaran yg lebih detail leh tgk kt tuan asal..spt yg dah dinyatakan diatas.
* oleh sbb aku buat waktu mlm, udara pun sejuk je..so adunan ni x leh cpt sgt mengembang. Lg 1..campuran yis tu aku xbuh semua sbb  takut terlembik adunan..ada dlm lbh kurang 2 sudu besar yg aku tinggalkan..so aku x ltk pun dlm peti semasa dlm proses mengubah.


4 comments:

  1. sedap jgk kak letak smbl tumis tu!! hemmmm cantik ler kuning pny kaler tu!!

    ReplyDelete
  2. sasha..tu jem la bkn sambal. Lain kali akk nk korek bawah mcm sasha buat utk buh inti. akk x buh pewarna, guna keledek oren.

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum kak..
    Cantik bunga rose keledek akak..hehehe.. But serious!! mmg cun jadi bentuk bunga tu..

    ReplyDelete
  4. wsalam Naz. Kebetulan agaknya Naz jd cantik sbb akk ni x kreatif sangat.

    ReplyDelete